Pengikut

Isnin, 3 Mac 2014

Aku Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Dia


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, ucaplah syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya.Beberapa hari ini acik agak sibuk kerana dengan masalah sepseti laptop rosak dan sebagainya tetapi di permudahkan urusan oleh Allah, syukur ya Allah. Perah berjumpa dengan Ex girlfriend kamu setelah sekian lama tak jumpa ? 

Itulah yang acik hadapi, setelah sekian lama kami tak berjumpa akhir di pertemukan oleh Allah untuk menguraikan setiap permasalah yang berlaku.Kebetulan masa itu acik bersama akak dan abag ipar acik pergi pasar borong GM di Klang secara tiba-tiba dia ternampak acik sedang dokong seorang budak.

Miss Ex : Ini acik ke ? acik dah kawin ? 
Acik : ahhh ,ehh awak buat apa kat sini ? 
Miss Ex : betul ke awak dah kawin, ini anak awak ? 
Acik : ermm macam gitulah
 Miss Ex : tapi saya lama cari awak, saya lama tunggu awak.
 Acik : untuk apa ? mungkin kita memang tak ada jodoh.
 Miss Ex tapi saya selalu berharap dan saya masih saya..
Acik : dah jangan cakap macam tu, awak dah tunang dengan kawan baik saya dan akan kawin dengan dia tak lama lagi,apa lagi yang awak nak ? 
Miss Ex :ermm saya salah dulu tinggalkan awak dan saya boleh tinggalkan dia, saya masih sayang awak.
 Acik : tak suma yang pekara yang kita mahukan kita boleh dapatkan, saya dah bahagia dengan hidup saya , awak hargailah dia dan sayangilah ,behenti mencari sesuatu yang tak pasti tapi yang di depan mata awak itu ada yang sayang pada awak.

itulah perbualan kami dalam keadaan yang merumitkan. Dalam hidup kita ini tak semua pekara yang kita suka dan mahukan itu akan kita dapatkan. Kita mempunyai hak untuk memilih dan memiliki siapa yang suka dan mahukan tapi kita tak ada hak untuk menentukan takdir kita. Takdir itu telah di tetapkan oleh Allah. Kadang kala terpaksa berbohong untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Kisah kami telah lama berakhir dan saat itu dia lebih memilih kawan baik acik, tapi mengapa sekarang dia muncul kembali dan mencari acik ? adakah dia berasa bersalah ? Ketahuilah 

Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216

Ayat ini menyarankan kita untuk menyerahkan urusan kepada Allah SWT yang mengetahui akibat segala perkara serta reda dengan apa yang ditakdirkan untuknya dan sentiasa mengharapkan daripada Allah SWT akibat serta kemuncak yang baik.

Seorang hamba yang beriman akan berfikiran positif menilai setiap saat dalam kehidupannya dengan panduan al-Quran, iman, kebijaksanaan dan panduan mata hati sehingga meyakini bahawa Allah SWT adalah penolong yang sebenarnya, mencipta sesuatu dengan kebaikan.
 
Acik tidak mahu pisang berbuah dua kali, acik tak mahu musnahkan hidup orang kerana ego dan kerakusan soal hati.Biarlah dia anggap acik sudah berkawin walaupun hakikatnya tidak. Ini mungkin cara Allah untuk sedarkan orang bahawa jangan memainkan perasaan orang lain dan tak semua pekara yang kita suka akan di dapatkan. Paling penting adalah ikhlaskan, redha dan sentiasa muhasabah diri. 

Berdoalah supaya kita sentiasa reda dengan sesuatu yang telah disusun untuk alam maya ini. Firman Allah SWT: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu? Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 17)
 

Share This!


29 ulasan:

  1. segalanya datang dari Allah, kalau itu dah tertulis jalannya untuk apa berpatah balik ye tak??? teruskan ajer dengan kehidupan yang bakal mendatang tu... hidup perlu diteruskan...

    BalasPadam
  2. mungkin dia rasa bersalah tu acik.. akak doakan semoga acik mendapat jodoh yang baik..

    BalasPadam
  3. idea berbohong utk kebaikan terutamanya bab rumahtangga/kasih sayang nih..."di sana menanti ..di sini menunggu" ..memang susah la lagi2 jadi rebutan nih kan acik ! apa pon acik punya pendirian terbaik...sesetengah orang boleh goyah imannya dgn pujuk rayu..

    BalasPadam
  4. insyallah..klu itu yang terbaik...jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan Allah swt..kita hanya merancang..

    BalasPadam
  5. kadang kala apa yang kita nak..belum tentu itulah yang terbaik untuk kita. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan acik. Mudah-mudahan acik mendapat jodoh yang terbaik buat acik nanti :)

    BalasPadam
  6. moga acik mndapat jodoh yang lbh baik dia ex itu..aamiin

    BalasPadam
  7. salam. sy lemah la bab-bab ni acik huhuhuhu...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..

    Beratnya situasi ni... hanya orang yang mengalami akan memahami..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum.... inshaa Allah setiap apa yang berlaku pasti ada hkmahnya...
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Aku bukan jodoh yang terbaik untuk dia.

    Allah menyinggahkan hati kita untuk rasa disayangi dan dicintai .
    Dalam sedar tak sedar kita lupa.
    Apa yang kita miliki itu bukan lah hak kita.
    Kita cuma penjaga yang diamanahkan untuk sesuatu tugas.
    Walaupun hakikatnya keperitan Di tinggalkan itu memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
    Terimalah dengan selapang hati kita.
    Kawan cik akak pernah kata .
    Bila kita menerima seseorang dalam hidup.
    Bermakna kita bersedia untuk kehilangannya.
    Ambil dari iktibar dari ayat tu.
    InsyaALLAH pasti hati kita boleh menerima kehilangan orang yang kita sayang.

    Kehidupan umpama sebatang pohon.
    Berbunga berbuah ia adalah hasil usaha seorang.
    Tapi jangan lupa. Bila sampai saat nya nanti.
    Dia pasti akan mati.
    Kerana itulah realiti sesuatu kehidupan.

    BalasPadam
  11. Saya takut untuk jatuh cinta semula... sayantahu ade hikmahnya..tapi pengalaman menjadikan saya serik... entahlah

    BalasPadam
  12. Hmmm...kita doakan yang terbaik untuk Acik..past is past kan..Things normally happen for a reason..Hanya Allah yang tau...

    BalasPadam
  13. jangan risau.. pasti jodoh acik akan tiba juga nanti... insya-allah jodoh itu lah yang terbaik yang Allah aturkan buat acik..

    BalasPadam
  14. Kalau sekali dia boleh tinggalkan kita... tak mustahil dia boleh buat untuk ke dua kalinya...

    BalasPadam
  15. belajar utk setia dan cuba hargai apa yg kita ada.. tapi bila Allah dah tarik sesuatu yg kita sayang, InsyaAllah gantinya akan lebih baik.. semoga acik dipertemukan dgn seseorang yg lebih baik.. amiinn..

    BalasPadam
  16. Jodoh pertemuan ditangan Allah.. setiap org pasti ada ujiannya. Klu pengalaman itu amat melukakan, lebih baik usah dikenang jika boleh memakan jiwa... serahkan segalanya kpd Nya dgn doa & usaha. In shaa Allah, akan diberikan jln yg terbaik. All the best buat Acik... aamiin.. :)

    BalasPadam
  17. mula2 baca haaa...acik dh khwn?? sekali baca hbs...hehehe... xpelah acik.. byk hikmah atas apa yg berlaku ini.. :)

    BalasPadam
  18. Jodoh saya di syurga. Dia tak ada di bumi Allah ini. Thanks for sharing acik ^__^

    BalasPadam
  19. ermm tertibe cam terkedu jap....hehe...
    akak harap acik mendapat jodoh yang baik...l

    BalasPadam
  20. mungkin dia bukanla jodoh yg terbaik buat acik..moga acik tabah

    BalasPadam
  21. kenapa kita beria-beria nak kawin ngn lelaki tu? jawapan yg tak pernah terjawab. :/


    http://iluvtour.com jemput singgah

    BalasPadam
  22. Terasa seperti Allah menjawab persoalan saya dengan menggerakan hati saya untuk baca artikel ni. Terima kasih atas entry ini. Terkedu saya membacanya.

    Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!

    BalasPadam
  23. Alla tahu yang terbaik utk kita...

    BalasPadam
  24. Short komen dr zara .. Jika anda benar2 myintaii yg ptama..xkan perna ada yg kedua. =)

    BalasPadam
  25. sad plak bila baca kisah acik..heeee...ermm,,knapa tak terus terang gak..myb ada peluang untuk kedua kalinya. ..tapi tak semstinya kita cinta orang itu kita harus memilikinya kan..??xox0

    BalasPadam
  26. kalo benar dia jodoh acik mungkin akan berjumpa lagi...tp sebaiknye kalo boleh elak, elak agar hubungan sahabat tu x terputus sebab perkara2 mcm ni..

    BalasPadam
  27. i learn something from here..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails