Pengikut

Jumaat, 21 Mac 2014

Keistimewaan Di Sebalik Orang Kurang Upaya (OKU)

remaja buta

Assalamualaikum

Baru balik dari Port Klang ambil barang pos di pejabat pos port klang, entahlah tak tahu kenapa barang pergi ke sana. Memang jauh ,alhamdulilah di permudahkan urusan.Berehat sebentar makan di sebuah kedai melayu untuk menambah tenaga untuk meneruskan perjalanan. Mata ini terarah kepada seorang lelaki yang sedang mengelap meja makan di sebelah meja acik. Secara tiba-tiba barangan di atas terjatuh jadi dia gelabah dan teraba-raba. Dan acik mendekati dia dan mengambil barang yang terjatuh.

Lelaki A : terima kasih tolong ambil barang jatuh, minta maaf saya tak nampak, ada terkena encik ke ?
Acik : ehh tak adalah , tak kena pun, kerja kat sini ke ? 
Lelaki A : aah saya kerja kat sini, naseblah akak ija benarkan saya kerja kat sini, yelah saya ni kurang upaya. 
Acik : Kurang upaya ? 
Lelaki A : Ye saya ini buta, sejak dari lahir lagi.
Acik : saya minta maaf, saya tak tahu.
Lelaki A Ehh tak pe, nak tanya, apa perasaan awak dapat melihat keindah ciptaan Allah.
Acik : alhamdulilah sungguh cantik, tetapi ianya terpulang pemandangan kita untuk melihat sesuatu yang cantik atau yang buruk. 
Lelaki A : saya dari kecil ingin melihat dunia ini, tetapi saya tak pernah salahkan Allah, saya dari kecil di buang keluarga dan saya tinggal di rumah anak yatim .Naseb ada seseorang yang prihatin jaga saya dan ambil saya sebagai anak angkat, baru rasa rasa sedikit kebahgiaan. Sekarang ini ibu angkat saya sedang sakit, sebab itu saya perlu kerja lebih masa.
Acik : Ya Allah yeke, abis kamu pergi balik ke kerja macam mana ? 
Lelaki A : Saya jalan kaki lah, Allahkan ada selalu menemani orang macam saya. Saya percaya pada mata hati. Saya tak pernah rasa terbeban dan tertekan keadaan saya seperti malah saya bersyukur kerana Allah memberikan rezeki saya dalam bentuk lain.Allah selalu menemani saya.Kamu kena pegang satu hal, walaupun Allah itu tak dapat di lihat oleh kamu dan saya , tapi ianya dekat dengan hati kita. Maka selalu bersangka baik dengan ALLAH, dia memberikan nikmat tanpa kita meminta , tanpa kita menduga.
Acik : Semoga Allah memberkati kamu.

Terdiam dan terkedu acik mendengarnya, kita di lahirkan dengan sesempurna isani, dapat melihat, dapat mendengar, dapat merasa dan semuanya. Tetapi kita banyak merungut dan merasa terbeban setiap masalah yang hadir dalam hidup kita.

Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.

Share This!


21 ulasan:

ANIM berkata...

terharu dan bangga dengan keyakinannya terhadap Allah SWT..kita yang celik mata bila ditipa musibah bersifat sementara pun dah gabrah dan merintih sedih
buta matanya tapi terang mata hatinya...

Azlan Strider berkata...

cerita yang menarik nie bro..sebab tu kita disuruh supaya selalu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan olehnya....

Regards,
-Strider-

KiD berkata...

satu perkongsian yang menyentuh hati aku.. moga kita semua tidak buta hati..

tiey smilez berkata...

Nice sharing.
"OKU" dipanggil sebagai Orang Kelainan Upaya- Tuan Guru Nik Aziz

Sobri Yaacob berkata...

betul acik..sentiasa bsyukur ats kelebihan dan kekurangan diri sendiri..terima kasih ats pkongsian dan salam jumaat

Khir Khalid berkata...

Tersentuh hati saya membacanya.. walaupun beliau kurang upaya penglihatan mata, tetapi hatinya lebih terang dari kebanyakan kita. Pasti Allah simpan penglihatannya utk di akhirat kelak.. Allah sayangkan beliau & tidak mahu penglihatan beliau tercemar dgn dugaan & ujian2 yg ada di dunia yg fana ini.
Satu renungan & iktibar kebaikan utk kita sama2 pelajari... subhanallah.. T kasih atas perkongsian pengalaman ini Acik.. Salam Jumaat.. :)

Vee Sandi berkata...

selalu memotivasikan diri bahawa ramai org lain di luar sana yg lebih susah hidupnya supaya diri lbh menghargai apa yg Allah beri ...

BUNDA a.k.a KN berkata...

Ramai mereka yang buta mata tetapi tidak buta hati...Subhanallah..

Bahrain Ramlan berkata...

Walaupun buta tapi terang di hati. Semoga terus Istiqomah.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terasa sebak akak membaca entri acik ini.. terbayang diri akak di tempat beliau.. doakan beliau terus tabah menghadapi semua itu.. bersama-sama kita bermuhasabah diri..

Bin Muhammad berkata...

Setiap satu kekurangan pasti diberi pula satu kelebihan... Allah swt Maha Adil dan Maha Mengetahui. Ianya yang terbaik buat kita.

p/s: Terima kasih acik kerana menegur...saya tak tahu pun pasal iklan tu. http://relakssminda.blogspot.com/2014/03/iklan-seksi-untuk-tatapan-anda.html

Pha Is berkata...

perkongsian yg baik.. banyak yg kita boleh belajar dari golongan OKU ni... antaranya sentiasa brsyukur dengan apa yg kita ada..

Mazni Munawar berkata...

kadang2 org yg kurang upaya ni lebih bersyukur drp org yg sempurna kan. hmm muhasabah diri..

ctfand (ctfand.com) berkata...

Sayunya hati baca kisah ini.. bg kita yg normal, apa lagi nikmat yang kita tak bersyukur.. :'(
Terima kasih kerana berkongsi, acik..

Mie Aimie berkata...

subhanallah, kita yang sempurna sifat ni pun kadang2x tak reti nak bersyukur

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum acik. kuatnya semangat dia. semoga Allah sentiasa melindungi dia.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

Hariz berkata...

Sedikit sebanyak buka juga pintu hati orang yang membaca ni. Tahniah bro !

Ikhlas,
profhariz

cik lisa berkata...

Ya Allah, tersentuh. Tabahnya dia, kuatnya dia sedangkan kita? Selalu aje merungut :(

Hafizul berkata...

Terima kasih bro..satu perkongsian yang membuka pintu hati saya...

Maria Firdz berkata...

Betul acik... oku mmg ada klbihan yg Allah kurniakan... Dan Allah jadikan oku utk kita rasa syukur dgn apa yg kita ada..

Mama Safiy Arfan berkata...

tacing betul bila bace entry acik..huhu..mulia sungguh hati acik dan juga pemuda tu..Syukur sbb dia sdr akan kekuasaan Allah sesungguhnya dia sdh terlepas drp seksaan mata di akhirat kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails