Pengikut

Sabtu, 22 Mac 2014

Jangan Takut Dengan Kegagalan

gagal

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi ini, ucaplah syukur kepadanya atas nikmat yang tak terhingga. Jangan lupa berselawat ke atas nabi muhammad saw. Hari ini acik terpanggil untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan sekalian, pagi-pagi ada seorang rakan yang bertelefon bersedih kerana keputusan SPM tidak baik ,dia rasa tertekan sebab dia dah buat sebaik mungkin.

Acik dulunya bukanlah seorang yang pandai pernah di ketuk kepada kerana tak lulus subjek matematik , pernah di panggil "bodoh" . Kat sekolah rendah kalau tak dapat nombor akhir mesti dapat nombor kedua akhir. Pernah masuk kelas intensif untuk pelajar kurang bijak, pagi-pagi pukul 7 dah kena datang sekolah sebab ada kelas sampai 7.30 pagi.

Sampai satu tahap acik rasa tak nak sekolah , takut, malu di ejek kawan-kawan seolah-olah di pandang hina. Dari situ acik belajar dari kesilapan dan acik berusaha sedapa upaya walaupun keputusan UPSR biasa-biasa sahaja. Masuk di sekolah menengah acik dah tekad untuk buktikan aku mampu buat dan tiba di akhirnya keputusan SPM acik pun hanya biasa sahaja,memang rasa kecewa juga sebab keputusan tak dapat seperti apa yang kita harapkan.

Sampai sekarang masih ada lagi ramai tak percaya acik sambung belajar ke Ijazah ? 

Budak bodoh boleh masuk univerisiti ? sampai ada kawan-kawan yang dulu memperlekehkan diri ini bila jumpa jauhkan diri sebab dulu dia hina kita, sekarang dia malu sendiri.

Sebenar hati kita ini kerana terlalu takut pada kegagalan jadikan kita berfikir dan terus berfikir , ianya akan memberi kesan  dan kata-kata itu tersimpan di bahagian separa sedar kita dan mungkin boleh jadi kenyataan kerana kegagalan itu datang seperti apa yang kita mahukan. Kegagalan itu sebenarnya adalah permulaan sebuah cerita. Permulaan sebuah kehidupan bagi seseorang.

Ya,memang sakit menghadapi kegagalan , tetapi kamu kena fikirkan masih jauh lagi perjalanan. Banyak lagi pekara yang perlu kita selesaikan. Kegagalan hari ini yang kita bukanlah pengakhiran hidup kita tetapi ia merupakan lembaran yang baru untuk kita.

Otak kita selalu di setkan untuk mengejar kejayaan, tanpa pernah memikirkan kegagalan. Sehingga kita takut dengan kegagalan kerana ianya mungkin menghantui kita. 

Orang kata itulah kau malas belajar, belajar main-main sebab itu tak berjaya.

Kadang-kadang kita berusaha macam nak gila, tak tidur cukup, sampai tak makan tetapi tak pernah capai apa yang di usahakan.Tetapi kawan-kawan usaha sikit ja terus dapat, itu tandanya Allah nak uji kesabaran kita.

Pernah tak kamu  terfikir ‘apa akan aku buat jika aku gagal nanti’?”

Orang yang ingin berjaya harus tahu adanya saat-saat kegagalan. Dalam merancang kita bukan sekadar mencari jalan untuk cemerlang tetapi juga perlu tahu halangan-halangan yang boleh menyebabkan kegagalan.

Ramai yang acik temui dan dapati ramai di antara mereka terlalu inginkan kejayaan tetapi langsung tidak peduli akan risiko kegagalan. Mereka merancang untuk berjaya tetapi terlupa merancang untuk menghadapi risiko kegagalan dalam perancangan tersebut.

Dalam kita mengejar kejayaan kita pasti akan tempuhi kegagalan. selalunya kegagalan itu di anggap negatif oleh diri kita mahupun orang sekeliling kita kerana ia membuatkan kita sedih , gundah gelana ,tak berdaya, lemah ,tak semangat , rasa tertekan dan pelbagai lagi.Masih ramai tak sedar bahawa sebenarnya  kegagalan itu adalah guru terbaik dalam kehidupan kita.Apabila kita gagal, kita akan lebih beringat dan sentiasa muhasabah diri berbanding orang lain dan ianya mungkin akan kita ingat sampai bila-bila.

Ini bukan masanya untuk kita terus menyalahkan diri kita, bangun ,bangkit, masih banyak lagi pekara yang perlu kamu lakukan. Buktikan kamu boleh buat yang terbaik di masa hadapan. Segalanya ini adalah peracangan Allah, kita dah berusaha, kita dah bertawakal dan tiba masanya kita berserah dengan ketentuannya. Dia mungkin sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Selalu bersangka baik dengan Allah.Jangan putus asa dengan apa yang kamu lakukan, percaya pada diri kamu. 

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. 
 
Allah s.w.t melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya : 

Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Bagi mengelakkan perasaan kecewa dan putus asa atas kegagalan yang di alami:

  1. Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik.
  2. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. 
  3.  Bersabar dan sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi 
  4. Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmahnya disebaliknya.
  5. Sekiranya doa yang kita mohon masih belum dimakbulkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t dan sentiasa terus berdoa dan menghampirkan diri kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya.Allah selalu ada dengan kita.  
 إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ
Maksudnya; Tatkala Rasulullah berkata kepada sahabatnya ( Abu Bakar ) Janganlah kamu bersedih kerana Allah besama kita, lalu Allah s.w.t memberikan ketenangan kepadanya.

Share This!


24 ulasan:

Mazni Munawar berkata...

nice entry acik. tak semestinya gagal sekali gagal selamanya. spm ni saya nak buat betul2 :)

RDZ Z berkata...

Tak ada kejayaan tanpa kegagalan acik. Yang penting bangun setiap kali gagal dengan lebih bersemangat.

Khir Khalid berkata...

Kegagalan mengajar erti kedewasaan dan menjadikan seseorang itu lebih baik & berjaya bagi mereka yg berfikir... salam hujung minggu Acik.. :)

Nao Mei berkata...

Kegagalan itu tangga paling utama untuk kita berjaya .
Sebab kegagalan itu merupakan satu motivasi yang baik untuk kita bangit berjuang.
Apa yang penting jangan pernah mengalah hanya kerna satu kegagalan.
Bangkit dan perbaiki.

sYiRa LoKMaN berkata...

kegagalan itu adalah batu loncatan buat kita mngecapi kejayann..
bila dah berjaya nnti baru kita rasa nikmatnya kegagalan lalu..

PeRdU cINta berkata...

Suka baca entry acik...Kalau kita berjaya..hati kita gembira,, bersyukur,, ucapan tahniah,, dan bila menemui kegagalan...pastinya sedih,, hampa,, kecewa,, namun bila kita berjaya itu adalah hadiah dan andai gagal lagi..kita sudah punya Kekuatan dalaman untuk tempuhinya..kegagalan itu salah satu cara Allah mentarbiah hati kita..

Hariz berkata...

Aku tak takut dengan kegagalan tetapi cuma. Hmmm

Ikhlas,
profhariz.com

paridah berkata...

kegagalan penguat semangat untuk mencapai kejayaan n kejayaan yg selalu diraih melekakan membuat terlupa berusaha mencapai kejayaan sebenar...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

kegagalan itu bukanlah bermaksud berakhirnya hidup kita.. tetapi kegagalan itu adalah permulaan untuk kita bermuhasabah, menginsafi diri serta memperbaiki kelemahan diri kita agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.. hidup tanpa kegagalan umpama minum air sirap tanpa gula, pasti akan terasa tawar sahaja rasanya..

BUNDA a.k.a KN berkata...

Gagal sekali tak semesti gagal selamanya,,,yang penting kene gandakan usaha..

Mie Aimie berkata...

sama la kite acik, amy dlu ms tadika pun duduk group paling last...but i prove it that they are wrong...im not loser..

ctfand (ctfand.com) berkata...

terkena di hati lah entri ini. akak dulu kategori bengap dalam subjek matematik ting.4. tak pernah lulus..hihi. alhamdulillah, walaupun asyik gagal, entah macamana bila exam spm dapat pulak kredit 2 dalam matematik.

Pengajarannya, dalam apa hal pun, jangan jadikan kegagalan sebagai penghalang, tapi jadikannya sebagai cabaran!! memang menjadi.. :D

Yahya Doank berkata...

Waah betul sekali mas. jangan takut dg kegagalan, pokoknya harus semangat terus

cik lisa berkata...

math selalu aje dapat markah tak lawa, usaha punya usaha, Alhamdulillah. Mesti ada usaha & semangat yang berterusan :D

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Teruskan berusaha...

Aisya A. berkata...

gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya.. usaha lagi dan jangan putus asa.. Allah sentiasa ada bersama kita, insyaAllah dipermudahkan segalanya.. kan? :)

Nilam syapina berkata...

betul tu janga takut kegagalan . gagal mengajar kita utk usha berazam lbh luar biasa.
acik singgah join

http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...achik,

kegagalan sekali bukan bermakna gagalan utk selama-lamanya. Apa yang penting adalah belajar daripada kegagalan dan sentiasa fokus utk berjaya. Usaha dan tawakal adalah faktor kejayaan Achik.. moga Achik terus maju baik blog dan kehidupan ..

mselim3

Siti Zara Nurhaidah berkata...

Kegagaln tu pemangkin ntuk kita teus brusaha kn acik ? Xda Kegagaln, xda la kejayaan.. kerana kejayaan itu tcipta dr sbuah kegagalan.. =)

kamil salleh berkata...

Sekalai gagal, bukan selama-lamanya kita gagal, pasti ada hari kita akan berjaya. Berdoa, jangan tinggal solat dan buat solat hajat, Insya Allah berjaya. Jangan berputus asa.

Hafizul berkata...

Alhamdulillah...terima kasih bro sudi kongsikan....kalau tak gagal, macam mana nak berjaya kan???berjaya dari kegagalan itu satu nikmat yang tak terkalah hebatnya...

Cik Itah@RRP berkata...

salam. nice entry acik..betul tu..kita usah takut dengan kegagalan..kejayaan takkan ada tanpa kegagalan di awal cerita :)

Maria Firdz berkata...

Gagal sekali tak bermkna gagal selamanya..

Haslinda Hassan Ali berkata...

dari kegagalan lah kita akan berjaya...
mencari dan mencari erti kejayaan...
insyaallah kita boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails