Pengikut

Sabtu, 12 April 2014

Segelintir Rakyat Malaysia Suka Membazir Makanan

juadah makanan
Gambar hiasan dari google
Assalamualaikum

Alhamdulilah sampai sudah di Johor , untuk beberapa hari cuti pertengahan sem. Sepanjang perjalanan acik dari Shah alam ke TBS dan ke Johor .Acik memerhati segenap ruangan yang ada. Setiap perhentian pasti akan acik melihat telatah mereka di food court dalam membeli makanan. Memang penuh pinggan tu di ambil makanan tersebut, nak kata hampir tiada ruang di pinggan. Tapi bila dah makan tak habis dan di buang begitu sahaja. Masyarakat kita memang mewah dalam soal pemakanan ini. Tak kira jenis taraf hidup sama ada yang kaya, dan sederhana.

Kadang sedih acik tengok, makan sikit jer tak habis terus buang. Kalau mak acik nampak tu pastinya di marah, kerana ia satu pembaziran ,ambil makanan ikut kemampuan kita bukan mengikut nafsu. Bukan apa, ketika kita sedap makan yang sedap-sedap , kenyang perut hingga membuyut, tetapi ada mereka yang berlapar tidak makan berhari-hari kerana kesusahan mereka. Lebih ironis lagi, seorang dari lima penghuni Planet Bumi atau 800 juta manusia kebuluran setiap hari. Apa yang jelas, makanan banyak tetapi tidak seimbang pengagihannya. Malaysia membazirkan makanan sedangkan banyak orang lain tidak cukup makan. Dalam sehari kita membuang 15,000 tan makanan, jikalau dikumpulkan boleh menutup tujuh padang bola atau cukup untuk memberi makan pada 7.5 juta orang. Agaknya itulah korban kemajuan dan kemakmuran.

 Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka untuk menghargai makanan dan seimbangkan dalam pengambian makanan.Sedarlah di negara kita merupakan negara yang antara ramai obesiti kerana pemakanan tak terkawal terutama kepada remaja kita. Makanlah mengikut keperluan tubuh badan kita bukan mengikut nafsu. Kalau ikutkan nafsu satu periuk pun boleh habis.

Bukan apa,acik menaip ini kerana sedih dengan masyarakat kita terlalu membazir dalam soal makanan ini. Mereka kata selagi boleh makan, maka makanlah. Seharusnya kita mengikut cara rasullulah makan sebelum lapar behenti sebelum kenyang.

Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)

Amalan seperti ini baik untuk (tubuh) manusia, iaitu jika dia makan kerana sudah lapar atau memang perlu untuk makan. Jika dia makan, maka dia tidak berlebihan dalam makan dan tidak sampai kenyang yang berlebih. Adapun jika kenyangnya tidak memudharatkan dirinya maka itu tidak mengapa. 

Jika ada lebihan sedekahlah kepada mereka yang memerlukan. Acik menaip ini juga mengingatkan diri sendiri, bukan apa, mak memang ajar kami adik beradik agar tidak membazir soal makanan kerana ianya perlu di beli. Dulu kami nak makan ayam , memang jarang dapat makan. Lauk sedap-sedap memang jarang sekali. Jadi kepada kamu yang mampu maka beringatlah bahawa ada mereka yang lagi sangat memerlukan makanan, jadi jangan membazir.

Share This!


19 ulasan:

  1. Sama2 kita memperingati dan cuba kita elakkan.. membazirkan amalan syaitan.. lg satu, kesian kat makanan nangis kena buang.. hehe.

    BalasPadam
  2. badan kita ni sebenarnya xperlu makanan yg terlalu banyak...berlebihan makan menyebabkan pelbagai masalah sampingan...tq acik memperingatkan perkara yg betul

    BalasPadam
  3. Saya biasa beli sikit je..sbb dah tahu perut kecik..cepat kenyang. Biasa masak pagi pun untuk sorang..berkongsi dengan suami..hehe

    BalasPadam
  4. Ena pun kadang kadang suka buang makanan. Tapi selalunya enalah tempat memperabiskan makanan kawan2 mana yang tak habis makan tu. Ekekekek

    BalasPadam
  5. saya tak suka betul tengok orang makan tak habis.... lebih-lebih lagi bila pergi buffet.. mcm tak bersalah jer ambil makanan pastu tak makan.. saya kalau tak sedap pun tetap makan gak... org lain punya susah nak dptkan makanan, kita suka-suka buang makanan....

    BalasPadam
  6. kita rakyat msia ni memang le, mewah dgn makanan.. masa order tak ingat, mcm2 order... membazir memang amalan syaitan.. kena ingat2 masa order makanan tu, patut2 je order n kena makan kat kedai yg masak pon sedap jugak.. kalo xsedap, makanan xdpt abis jugak, hihi

    BalasPadam
  7. serba salah jugak bila over sangat membeli...tu la jdnya bila mkan ikut nafsu

    BalasPadam
  8. Tak dinafikan... Klu kt kedai lagi ketara la.. Tapi sy dan suami amlkan amalan mmbungkus... X hbis makn bungkus bawa balik...

    BalasPadam
  9. kita sudah terlalu kaya.itu mudha kita katakan.wahulam.kalau air untuk detik ini usah di buang sebab sekarang kena kedekut sikit dengan air. itu sunber wajib perlu ada. sekarang tiada air baru kita hargai..syukuri

    BalasPadam
  10. Di sesetengah negara, rakyat mati kerana kebuluran, tetapi di Malaysia rakyat mati sebab terlebih makan..bila dah susah baru nak mensyukuri nikmat yang Allah berikan..tunggu Ramadhan nanti lagi banyak pembaziran akan berlaku..

    BalasPadam
  11. Sememangnya Malaysia sebuah negara dgn pelbagai jenis makanan... mmg meriah. Namun ia bukan alasan utk kita membazir. Membazir itu sahabat syaitan. Sama2lah kita beringat. Perkongsian yg sgt baik utk renungan & peringatan kita. T kasih Acik.. :)

    BalasPadam
  12. Membazir tu kan tak elok.. kesian kalau dibandingkan dengan negara miskin, dorg tak cukup makanan sehinggakan kebuluran... kita sangat beruntung dilahirkan di negara yang kaya dengan makanan...

    BalasPadam
  13. nak beli makanan, beli sikit dahulu agak kalau tak kenyang beli lagi. simple je. hehehe tapi orang tembolok sangat. haha

    BalasPadam
  14. Hidup bukan untuk makan semata namun kita perlu makan untuk meneruskan hidup..berhenti makan sebelum kenyang..bersederhana dalam segenap aspek kehidupan lebih baik untuk mencari keberkatan dalam hayat kehidupan yang singkat ini..

    BalasPadam
  15. Terima kasih Acik kerana mengingatkan..
    Lebih baik kita ambik sikit dari ambik banyak, lebih baik tak cukup dari berlebihan, huhu

    BalasPadam
  16. kita kat malaysia nie terlalu byk mknan
    sebab tu makanan berlebihan...thanks info

    BalasPadam
  17. orang negara lain mati tak cukup makan
    kita mati terlebih makan =)

    akak pernah terbaca satu kajian yang dilakukan
    lupa mana sumber
    mengatakan pembuangan makanan diseluruh dunia membimbingkan
    kalau dikutip kesemua pembuangan
    ianya dapat mebasmi masalah kebuluran di sesetengah negara

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails