Pengikut

Jumaat, 11 April 2014

Dasyatnya Kesan Dari Sikap Bohong Dan Khianat




tipuan
Gambar Hiasan
 Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur ke atas hadrat ilahi atas nikmatnya yang terhingga. Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.  Dalam dunia ini kita di beri peluang untuk menjalani untuk perkara yang penuh dengan onak berduri mahupun mengikut aluan kita tersendiri. Pastinyanya jika orang berlaku jujur dan adil dengan kita setiap tindakan begitu juga dengan orang lain menuntut agar kita jujur dan adil.

Tetapi yang sering terjadi adalah pembohongan dan pengkhianat yang ktia dapat untuk kepentingan mereka. Sikap bohong dan khianat menghilangkan kepercayaan. Bukan sahaja kepercayaan kepada pembohong dan pengkhianat, tetapi juga kepada orang lain.

Dia membuatkan kita sukar untuk memberikan kepercayaan lagi kepada sesiapa, kerana risau dikhianati dan dibohongi lagi.Belum dihitung parahnya hati atas pembohongan dan pengkhianatan yang telah berlaku, yang kadangkala pula si pembohong/pengkhianat bijak memanipulasi suasana agar dirinya nampak seperti tidak bersalah, bahkan dilihat pula sebagai mangsa. Yang dikhianati dan dibohongi pula yang dilihat jahat bila hendak mendedahkan pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan. Memang bukan kecil dan sedikit keburukan yang datang dari sikap bohong dan khianat.

Maka tidak hairanlah dosa berbohong dikelaskan antara dosa-dosa yang besar. Nampak simple aja 'bohong', tetapi pembohongan menghancurkan sistem kepercayaan, yang merupakan sebuah sistem penting kepada hubungan sesama manusia, dan antara pokok kepada ketenangan dan kebahagiaan.

"Bohong dan khianat tu tak sama kan?"
Dari mana pengkhianatan boleh berlaku, kalau bukan mulanya dengan sebuah pembohongan? Pembohongan itu sudah sebuah pengkhianatan.

Kita mohon perlindungan dengan Allah dari sikap bohong dan khianat serta dari mereka yang bersikap bohong dan khianat.

Share This!


33 ulasan:

eyza nieza berkata...

Sangat setuju....sekali kita pernah dibohongi dan dikhianati kita akan lebih berhati-hati untuk mempercayai..kesannya bkn shj kepada si pembohong tp jg pd orang disekeliling...

Aniq Bukhary berkata...

Semoga kita terhindar daripada sifat2 mazmumah ini... Amin

Sally Samsaiman berkata...

manusia ni hati dia lembut..tapi kalau dah pernah kena tipu...mmg susah nak percaya lagi...sebab kita ada perasaan "takut"...

paridah berkata...

berbohong tanda tiada kejujuran di hati...sifat jelek itu mesti dihindari...

Nies alhaQ berkata...

Kenapa eh mesti ada yang bersikap macam tu?
Hanya tahu pentingkan diri sendiri.
Jangka singkat semata.
Jangka panjang? Hurmmmm.
Moga dihindarkan.

Haslinda Hassan Ali berkata...

mudah-mudahan dijauhkan dgn sikap sebegini rupa

Asha Lya berkata...

dua2 ada prbezaan..moga di hindari dari sifat spt ini

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) berkata...

Salam Jumaat..Mudah2 kita dijauhkan dari sikap sebegini kan.. =D

Maria Firdz berkata...

Sekali bohong mmg org dh x pcy lagi lpas tu...

BUNDA a.k.a KN berkata...

Sekali dua mungkin terlepas... jangan sampai suatu hari orang hilang kepercayaan langsung dengan kita... lama2 jadi kera sumbang...minta dijauhkan..

MyCherita berkata...

moga2 dijauhkan dari kedua-dua sikap tersebut..salam jumaat bro..^_^

Farah Waheda Wahid berkata...

semoga kita dijauhkan dari sikap bohong dan khianat ni.... salam Jumaat Acik....

Cik Yaya berkata...

salam

Cik Yaya berkata...

smua bmula dgn pmbohongan...
lepas tu blakulah khianat.hmm baru je lalui perkara ni...
sabar je la.. =/

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

itulah pasal....

Fizi Zaidi berkata...

benda2 kecik macam nie lah yang boleh jadi besar...

Hafiza AizZawa berkata...

Dahla bohong, khianat pulak tu.. .. mohon dijauhkan kerana sesungguhnya doa insan teraniaya nie akan dimakbulkan oleh Allah...

Mia Liana berkata...

bahaya sangat ni... moga kita semua dilindungiNya...

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

salam jumaat..moga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut..

Nurmujahidah Ismail berkata...

tak de faedahnya berbohong sebab lama2 orang tahu jugak,, mm

Yobert Parai berkata...

jaman sekarang memang harus lebih berhati-hati, jangan cepat percaya sama orang lain :)

puteri airyn berkata...

Tu lah mak pesan jangan cakap bohong... Tapi kadang-kadang sikap ibu bapa yang suka berbohong ditiru pulak oleh si anak.. akhirnya penyaklit ni dah jadi macam turun temurun pulak kan..

ANIM berkata...

kalau tak silap dalam pembacaan kak anim, berbohong dibenarkan kecuali dalam 3 keadaan saja iaitu ketika perang, ketika mendamaikan sesama manusia yg sedang bergaduh dan kata-kata suami kepada isteri dan isteri kepada suami (bertujuan mengambil hati), wallahua'alam

n O e s u h a i m i berkata...

mintak dijauhkan dari sikap2 sedemikian...

Sobri Yaacob berkata...

sekali kena tipu.. lps tu memng akan hilang kpercayaan... kalu bnda yg ditupu plak benda besar..payah nak nak maafkan

Sobri Yaacob berkata...

ye ke kak..tq sharing saya pun baru tahu..

RDZ Z berkata...

Semoga Allah melindungi kita semua dari sifat-sifat dengki, khianat dan juga berbohong...

Khir Khalid berkata...

Berbohong samalah juga spt menghianati.. mmg kecewa perasaan apabila kepercayaan kita terhadap seseorang itu dikhianati.. kecewa bila dibohongi. Semoga kita semua sentiasa dijauhi dari sifat2 khianat & berbohong ini... aamiin..

cik lisa berkata...

amin! semoga kita semua dijauhkan dari sikap berbohong ni, memang takde faedah berbohong ni. Sikit atau banyak, tipu itu dosa. :)

Hariz berkata...

MashaAllah.

Ikhlas,
www.profhariz.com

Azie Namico berkata...

What goes around come around , mungkin kita x pernah berbohong atau dikhianati , tapi bila kita bergaul dgn org di sekeliling ,benda2 mcm nie pasti akan berlaku dekat kita ,kita dibohongi dan dikhianati....klu dah terkena memang menyakitkan hati....selepas itu tiada lagi istilah kepercayaan.....!!! sukar utk mempercayai......weeeee

Tinta Lana berkata...

Assalamualaikum.

Lebih menyakitkan bila yang menkhianati itu dari orang yg kita percayai..

yana yani berkata...

betul perbuatan khianat dari seseorang memang akan menghantui
akak sendiri cukup takut untuk berkawan
kerana impak dari pengkhiatan seorang kawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails