tipuan
Gambar Hiasan
 Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur ke atas hadrat ilahi atas nikmatnya yang terhingga. Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.  Dalam dunia ini kita di beri peluang untuk menjalani untuk perkara yang penuh dengan onak berduri mahupun mengikut aluan kita tersendiri. Pastinyanya jika orang berlaku jujur dan adil dengan kita setiap tindakan begitu juga dengan orang lain menuntut agar kita jujur dan adil.

Tetapi yang sering terjadi adalah pembohongan dan pengkhianat yang ktia dapat untuk kepentingan mereka. Sikap bohong dan khianat menghilangkan kepercayaan. Bukan sahaja kepercayaan kepada pembohong dan pengkhianat, tetapi juga kepada orang lain.

Dia membuatkan kita sukar untuk memberikan kepercayaan lagi kepada sesiapa, kerana risau dikhianati dan dibohongi lagi.Belum dihitung parahnya hati atas pembohongan dan pengkhianatan yang telah berlaku, yang kadangkala pula si pembohong/pengkhianat bijak memanipulasi suasana agar dirinya nampak seperti tidak bersalah, bahkan dilihat pula sebagai mangsa. Yang dikhianati dan dibohongi pula yang dilihat jahat bila hendak mendedahkan pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan. Memang bukan kecil dan sedikit keburukan yang datang dari sikap bohong dan khianat.

Maka tidak hairanlah dosa berbohong dikelaskan antara dosa-dosa yang besar. Nampak simple aja 'bohong', tetapi pembohongan menghancurkan sistem kepercayaan, yang merupakan sebuah sistem penting kepada hubungan sesama manusia, dan antara pokok kepada ketenangan dan kebahagiaan.

"Bohong dan khianat tu tak sama kan?"
Dari mana pengkhianatan boleh berlaku, kalau bukan mulanya dengan sebuah pembohongan? Pembohongan itu sudah sebuah pengkhianatan.

Kita mohon perlindungan dengan Allah dari sikap bohong dan khianat serta dari mereka yang bersikap bohong dan khianat.