Pengikut

Jumaat, 2 Mei 2014

Cara Mencari Jodoh Menurut Islam

cari jodoh
ehsan google



Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadratnya atas nikmat yang tak terhingga. marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini acik sempat pergi ke kelas agama bersama beberapa rakan yang lain. Kebetulan ustaz acik kongsikan satu kisah yang mengubah pandangan acik tentang yang berlaku kepada rakannya.

Ustaz :Masa saya belajar dulu , saya ada seorang kenalan sahabat lelaki  yang pernah cerita kisahnya pada saya.  Masa remaja seperti kamu semua , saya juga ingin mencari cinta sejati, hingga sahabat saya terpikat pada seorang muslimah ini, wajahnya memang cantik dan penampilan sangat menutup aurat. Satu hari  sahabat saya terlafazkan kepadanya bahawa dia sukakan wanita tersebut kerana kecantikannya.

Wanita itu menjawab : jika kamu sukakan saya kerana kecantikan saya maka sentuh wajah ini.

sahabat : kenapa perlu buat sedemikian, kita bukan mahram, saya tak mahu 

wanita Menjawab : jadi dekatkan diri kepada maha pencipta dahulu dan kembalilah kepadaNya.


Kisah ini ingin tunjukkan kebergantungan kita kepada Allah walaupun soal jodoh di samping kita berusaha .Jadi di sini acik ingin kongsikan kepada kamu semua cara mencari jodoh menurut islam.

Pertama : Muhasabah diri

Paling penting adalah kita muhasabah diri kita, kita renungi setiap genab hidup kita, apa yang telah kita lakukan, bagaimana hubungan kita dengan Allah? dengan ibu bapa ? dan orang sekeliling ? muhasabah ini sangat bagus untuk kita memperbaiki mana yang kurang dan menjaga hubungan kita dengan pencipta dan sesama manusia. Jika kita inginkan yang soleh/ solehah jadi kita juga kena jadi seperti itu .

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Kedua : Tidak Pernah putus berdoa KepadanNya 

Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 : “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Agar doa lebih terkabul, perhatikan juga adab-adab berdoa dalam Islam. Jadi jangan berdoa menurut versi kita sendiri. Berdoalah menurut apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita, nescaya doa kita akan lebih terkabul.
3. Memperbanyak ibadah sunnah

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti sholat tahajjud, sholat dhuha, shaum, tilawah Al Qur’an, infaq, dan lain-lain. Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah Swt. Insha Allah 

4. Jangan terlalu memilih
Kadang kala jodoh sukar untuk datang kerana kita juga , kerana terlalu memilih dan mmpunyai senarai kriteria yang tertentu dan harus di tepati. Tak mahu yang gemuk, hitam , gaji tinggi dan sebagainya. Seeloknya terimalah dia seadanya sama ada kelebihannya mahupun kekurangan yang ada padanya. 
5.Memperluaskan pergaulan 

Cara lain agar cepat mendapatkan jodoh adalah memperluas pergaulan. Dengan pergaulan yang luas kita juga lebih banyak mendapatkan pilihan. Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan rakan kita. Itulah gunanya pergaulan yang luas. Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.Pergaulan luas bukan bermakna pergaulan bebas ianya adalah memperluaskan hubungan sesama insani. Contohnya berkenalan rapat dengan muslimat di surau atau masjid, pergi ceramah-ceramah agama mahupun kelas-kelas agama.Mana tahu ada mak cik yang berkenan untuk anaknya ? 


6. Meminta bantuan orang lain

Cara lain agar cepat mendapatkan jodoh adalah meminta tolong kepada orang lain yang reputasinya baik. Orang tersebut boleh jadi seorang guru mengaji, murobbi, rakan baik, orang tua, saudara, dan lain-lain. Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya.

Acik rasa enam ini sahaja dahulu, jika ada penambahan akan acik kongsikan kepada kamu semua. Ini antara kita dan selebihnya biarlah Allah peruntukkan seseorang untuk kita. Jangan risau dan bimbang jodoh kita telah di tetapkan oleh Allah dia tahu yang terbaik untuk kita. 

Share This!


29 ulasan:

  1. Terima kasih acik. Pensyarah sy ada ingatkan jugak, kalau nak cari calon ni mula-mula fikirkan tentang tanggung jawab dulu.. dan lepas tu baru cinta akan timbul.

    Kalau yang hanya fikir tentang cinta tu yang jadi berantakan sebab tak adanya rasa tanggung jawab.

    Semoga sy dikurniakan isteri yang solehah.. aminn.. hehe...

    BalasPadam
  2. In Shaa Allah..perkongsian yg sangat bemanfaat mudah-mudahan dapat kita amalkan..

    BalasPadam
  3. ada kawan kathy kerana terlalu memilih akhirnya dia tak kahwin sampai sekarang..nak lelaki yang macam ni,macam tu,at last semua tak dapat.

    BalasPadam
  4. betul kan acik.. moga2 org yg dah Allah temukan itulah yg tbaik utk kita.. amin.. :)

    BalasPadam
  5. Semoga apa yg dikatakan Acik dapat memberi panduan kepada mereka yg masih mencari jodoh. Walaupun jodoh itu ketentuan Allah swt namun kita mestilah ada usaha utk mendapatkannya...

    BalasPadam
  6. Perkongsian yg baik & sgt bermanfaat Acik.. semoga membantu kpd yg sedang mencari jodoh.. in shaa Allah.. Salam Jumaat Acik.. :)

    BalasPadam
  7. panduan untuk mereka yg sdg mencari ...

    BalasPadam
  8. Thanks so much Acik. Great article to share with others. Moga membantu sangat bg yg still single tu...... ;)

    BalasPadam
  9. waaaa.. its help me a lot.. thanks acik ^___^ semoga kita semua dikurniakan jodoh yang baik .amin.

    BalasPadam
  10. semoga kita mendapat jodoh yang baik , InsyaAllah.. :)

    BalasPadam
  11. semoga mendapat jodoh yang mencintai allah swt dan rasullah

    BalasPadam
  12. In Shaa Allah Acik, jika niat kita ikhlas, pasti Allah permudahkannnya...

    BalasPadam
  13. Artikel ni bagus gila :)

    awksweetgitu.blogspot.com =) behehe

    BalasPadam
  14. Nice sharing :-)

    Melihat kembali ke dalam diri sendiri ada kalanya dapat memberikan jawapan buat kita dalam usaha mencari jodoh. Walaupun ianya agak sukar, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu.

    BalasPadam
  15. Sebaik-baik pilihan wanita itu adelah pada kesempurnaan agamanya.. Sharing is caring.

    BalasPadam
  16. perkongsian yg patut di baca bagi mereka yg masih lagi mencari..... dan yg dah berkahwin pula patut baca juga untuk menghargai pasangan masing2.... :)

    BalasPadam
  17. satu perkongsian yang baik ni acik...

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum...achik,

    nice artikel achik... jodoh ini adalah rahsia Allah.. pape kita perlu berusaha untuk mendapat jodoh yang terbaik buat diri kita.

    mselim3

    BalasPadam
  19. perkongsian yg menarik acik.. :)

    BalasPadam
  20. romantik hanya kepada yang dah berkahwin :)

    BalasPadam
  21. Jodoh itu ada.. pasangan ditemukan untuk melengkapi hidup antara satu sama lain.. cepat atau lambat itu semua telah ditentukan..

    BalasPadam
  22. Catatan yg bermanfaat tuk dihayati....jodoh adlh rhsia dari-Nya...InsyaAllah...smpai msanya akn dsatukn jga...moga bertemu jdoh yg baik..amin... ^_^

    BalasPadam
  23. Infonya Sangat Bermanfaat dan Saya Merasa Mendapat Pengatahuan Baru. Terimakasih :)

    Pakar Ilmu Pengasihan Sarana Bathin Mendapatkan Jodoh Idaman - Kunjungi www.PakarPengasihan.com

    BalasPadam
  24. Bagus panduan ini untuk muda mudi amalkan.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails