Pengikut

Selasa, 3 Jun 2014

Apa Perlu Kamu Lakukan Apabila Anak Kamu Hilang ?

gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur ke atas nikmat yang di berikannya.Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sekarang ini  semakin banyak pula kes melibatkan anak hilang dan paling sadis apabila sehingga melibatnya nyawa kanak-kanak terbabit. Nauzubillah janganlah terjadi pada anak-anak kita. Kebetulan acik pernah ada program bersama unit polis untuk memberi kesedaran tentang isu wanita anak kanak-kanak dan sedikit maklumat acik dapatkan.

Apa perlu kamu lakukan apabila anak kamu hilang ? 

Mengikut risalah yang di siarkan oleh bahagian siasatan seksual dan kanak-kanak (D11) Jabatan siasatan jenayah.

Tempoh 48 pertama selepas kehilangan anak anda adalah temph paling kritikal untuk mencari dan mengembalikan anaka kamu dengan selamat ke pangkuan. Panduan berikut dapat membantu anda untuk mengewan serta meningkatkan peluang berjumpa semula dengan anak anda.

  • Segera laporkan kehilangan anak anda kepada balai poli berdekatan
  • Berikan gambar terkini anak anda kepada pegawai penyiasat
  • Berkerjasama dan memberi maklumat yang boleh di kaitkan dengan kehilangan anak anda kepada pengawai penyiasat.
  • Maklumkan apakah tindakan yang telah anda ambil untuk mengesan anak ada sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan.
  • Nyatakan denga jelas pekara-pekara berikut kepada pegawai penyiasat.
        -Pakaian anak anda semasa hilang
       -barang-barang persendirian yang telah di bawa bersama semasa hilang
       -tanda lahir,parut, atau perangai (jika boleh berikan gambaran yang menunjukkan 
         pengecaman tanda-tanda ini)
  • Senaraikan kawan-kawan atau kenalan yang boleh membantu memberikan maklumat atau petunjuk di mana anak anda berada, sertakan nombor telefon adan alamat.
  • Beritahu kepada pegawai penyiasat sekirangnya anda tahu sesiapa yang menunjukkan minat kepada anak anda atau apa-apa pengaduan yang di utarakan kebelakangan ini.
  • Simpan buku catatan bersama anda setiap masa untuk menulis apa-apa soalan yang terlintas di fikiran anda dan maklumat-maklumat baru seperti tarikh atau nombor telefon.
  • memaklumkan kepada pegawai penyiasat sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kehilangan anak anda.
  • bercakap dengan roang yang bersedia berkongsi mengenai kebimbangan dan kerunsingan.
  • Anda hendaklah sentiasa tenang dan berfikiran waras da;am menghadapi situasi ini. 
Jika anak hilang segerakan laporkan pada polis selepas 24 jam. Mungkin anak kita masih dapat di selamatkan dan di jumpai.Kita berusaha yang termampu dan banyakkan berdoa kepada ALLAH. 

Nasihat acik pada keluarga dan rakan sekalian ,ketika keluar pantau pergerakan anak-anak kamu, kalau yang masih kecil itu pimpin dia dan lihat ke mana dia pergi.Pastikan bila anak keluar itu bertemankan dengan orang yang lebih tua. 


Share This!


25 ulasan:

  1. Macam-macam boleh jd skrg ni kan. Risau nak bawak budak2 kecik keluar. Kekadang berdebar2 je hati ni bila tgk anak buah main nyorok2 celah baju kt mall.

    BalasPadam
  2. bila keluar berdua dgn zara akak memang akan gunakan kid for harness. pernah akak kena tegur sb pakaikan harness kat zara, tapi daripada anak akak hilang kena culik, biarlah pakai safety tu.

    BalasPadam
  3. risau jugak sekarang ni. even yg dewasa pon tak selamat :( especially dengan perempuan.

    BalasPadam
  4. terlampau banyak jenayah culik budak2 sekarang ni. ntah apa salah budak tu kat dia.. :(

    BalasPadam
  5. betul tuu,Sekarang,makin bertambah kes jenayah berkaitan kanak-kanak.Paling sadis bila melibatkan nyawa kanak-kanak/mangsa tu :(

    BalasPadam
  6. Makin dh tak selamat sekarang..ok..ok..nanti nk pesan pada kawan2

    BalasPadam
  7. Menjaga dan memantau anak ni nampak macam perkara mudah. Tapi pelaksanaannya memang sukar. Tambahan pula, perlakuan kanak-kanak di bawah usia pra-sekolah memang sukar dijangka. Lagipun, suasana persekitaran hari ini sudah menjadi tidak selamat kerana faktor ekonomi yang menekan, membuatkan mental para penjenayah yang berpotensi menjadi lebih nekad termasuk berlaku kejam terhadap kanak-kanak.

    BalasPadam
  8. Perkongsian yg amat baik ni Acik...boleh dijadikan panduan kerana sekarang ni banyak sangat kes budak hilang.

    BalasPadam
  9. bahaya dah sekarang nih.. budak2 memang tak boleh lepas dari pandangan mak bapak kan..

    BalasPadam
  10. Pernah nampak ada budak kecik merayau kat shopping complex sengsorang. Pastu tanya dia mana mak ayah..dia pun tak tau sambil geleng kepala. Sy pulak yg terlalu risau masa tu. Tunggu jap tgkkan budak tu. Tak lama lepas tu, mak ayah dia dtg....geram je masa tu...rasa macam nak maki pun ada.

    Entri Terkini MINDAKABUR : Google Chrome Berupaya Memainkan Video dan Audio

    BalasPadam
  11. hilang sekejap kat pasar malam pun boleh buat mak pak pucat muka..
    kalau hilang lama tak taulah..
    memang kita tahu apa nak buat acik, tapi dalam keadaan panik, biasanya lupa semuanya
    kak de pengalaman itu..huhu

    BalasPadam
  12. Sekarang ni memang banyak risiko kat luar sana..Parents kena lebih hati-hati..

    BalasPadam
  13. Na'uzubillah memang takut bila membayangkan. Mohon tak terjadi. Anak kakak dulu terlepas masuk lift sedangkan kakak dah keluar kakak dan menangis macam nak gila. Dlm hati takut kena culik!

    Panduan yg baik ni Acik..

    BalasPadam
  14. terima kasih ...kena lebih berhati2 penjenayah ada di mana2 jer..

    BalasPadam
  15. salam . bagus tips ni cik...thanks share :))

    BalasPadam
  16. nice sharing... mohon dijauhkn dr terjdi mcm ni..

    BalasPadam
  17. terima kasih kerana berkongsi maklumat yg sangat berguna ni, acik. sekarang ni, semua ibu bapa kena imaginasi jauh ke depan. fikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku...

    tips ringkas dan padat sebagai tambahan dari akak:
    i) pastikan anak-anak masuk ke dalam kereta terlebih dahulu, barulah kita ibubapa ni masuk kereta. ini tak, ada yg akak nampak, anak sebesar 4/5 tahun dibiarkan melangkah ke belakang sorang2. mak dia pulak sedap2 duduk dalam kereta. bongok.
    ii) dalam apa jua keadaan, pastikan anak berjalan dihadapan ibu bapa. bukan korang yang mendahului anak. anak tu hilang baru tau risau, menjerit bagai. taknak beringat.

    ingat. kecuaian sesaat boleh jadi penyesalan seumur hidup! (maaflah, emosi..hihi..)

    BalasPadam
  18. Menjaga lebih baik dari mencari.. jadi beringat-ingatlah sebelum terkena, kalau dah terkena ingatlah tips dari acik ni..

    BalasPadam
  19. Skrng ni mcm2 boleh jadi... semoga menjadi panduan & peringatan buat semua.. t kasih atas perkongsian Acik..

    BalasPadam
  20. aduh,, smbil baca ni pun dah terbayang kalau anak sendiri yang hilang.. terus tersentak jantung.. tak boleh nak pikir jap! Blank.. Ya Allah, lindungi lah anak2 kami dari musibah & dugaan sebegini.. Amin

    BalasPadam
  21. Kalau bawak ank buah jalan2, nad erat kuat2

    BalasPadam
  22. ada jugak orang salah faham ingat kalau budak-budak hilang kena tunggu 24 jam baru report.kalau budak kecik tak payah tunggu.buat report polis secepat mungkin.sekadar berkongsi :)

    BalasPadam
  23. nice sharing.thanx acik..sy pn risau dgn keadaan skrg ni..dendam punya hal, anak jadi mangsa...manusia2 skrg kejam xde sifat perikemanusiaan...xde agama mcm tulah pangai...Nauzubillah..Ble dh ada anak ni, kerisauan tu memang mkin melampau.

    BalasPadam
  24. Sekarang ni banyak kes melibatkan kanak kanak sebagai mangsa kan..apepun parents kena berhati² sangat dengan segala pergerakan anak² kemana² pun.

    BalasPadam
  25. Sesuatu tindakan perlu dilakukan kerajaan..Rakyat sekarang sudah merasakan keselamatan anak-anak mereka tidak terjamin walaupun di halaman depan rumah mahupun berada di sekolah.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails