Ticker

6/recent/ticker-posts

Layari Internet Lebih Empat Jam Undang Penyakit Mental Kepada Kanak-Kanak ?

gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ,ucapkanlah syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad saw. Acik sangat meminati dalam dunia psikologi mengkaji tentang "human behavior" dan sedang sibuk membaca kajian tentang media sosial acik tertarik berkaitan dengan obsesi kanak-kanak.

Kita sedar di arus perkembangan teknologi merubah gaya hidup kita terutama pada kanak-kanak. Sekarang kanak-kanak tidak lagi seperti dulu yang suka keluar pada waktu petang-petang bermain bola bersama kawan .Tetapi kini mereka lebih sibuk di dalam rumah melayari internet. Pernah acik ,ajak beberapa anak rakan tertangga untuk bermain bola di petang hari , mereka banyak memberi alasan

"ala bang tak nak lah panas, main komputer lagi best"
" tak naklah bang, penat nanti berpeluh"

Pandang yang berbeza berlaku, walhal jika badan berpeluh bersenam ianya bagus untuk kesihatan. Tak pelik jika dengar apabila kanak-kanak sekarang ada kecing manis, darah tinggi dan penyakit yang lain kerana pola pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat. 

Satu lagi yang paling membimbangkan apabila kanak-kanak yang suka menghabiskan masa terlalu lama melayari Internet boleh mengundang risiko menghidap penyakit mental itu apa yang di laporkan oleh pakar kesihatan Britain.


Jabatan Kesihatan England (PHE) memberi amaran, kanak-kanak tersebut berisiko menghadapi masalah kesihatan termasuk tekanan perasaan, kerisauan, kesunyian, rendah keyakinan diri dan bersikap agresif akibat tabiat buruk itu.Portal berita Daily Mirror yang memetik laporan PHE melaporkan, jumlah masa yang dihabiskan melayari laman sosial dan tahap kesihatan saling berkaitan terutamanya ke atas golongan muda.Jelas laporan berkenaan, satu daripada 10 kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai masalah mental dan satu pertiga daripada golongan remaja menghadapi masalah sedih atau tekanan perasaan sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.Maklumat terbaharu ini diperolehi berdasarkan jumlah ibu bapa atau kanak-kanak yang menghubungi talian khas, Childline untuk melaporkan kes buli di dalam talian, kes bunuh diri dan kes mencederakan diri sendiri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Penyakit mental boleh mengancam golongan kanak-kanak seawal usia antara lapan dan 15 tahun.
Pada acik ianya satu yang amat membimbangkan sekali, kanak-kanak mereka tidak pandai mengawal perasaan dan tidak menapis maklumat yang di dapatkan dan di baca. kadang kala mereka jadi obses dan tertekan apabila tidak dapat melayari internet dan jadi mangsa buli di alam maya. Selain Internet, kanak-kanak yang meluangkan masa terlalu lama menonton televisyen dan bermain permainan video lebih daripada empat jam sehari boleh mengundang penyakit tersebut

Jadi cuti sekolah ini, jangan biarkan anak-anak 24 jam menghadap komputer, menonton TV dan sebagainya .Jadi pergilah luangkan masa berkualiti dengan mereka , ajarkan permainan tradisi kita yang amat seronok. Perubahan dan contoh datangnya dari orang dewasa .jadi ianya menjadi tanggungjawab kita.Kita mampu merubah tabiat mereka. 



Catat Ulasan

27 Ulasan

SalbiahM berkata…
kalau anak-anak saudara datang rumah saya selalu tutup suis modem dan heret semua ke luar..hehehe. nak diorang enjoy cam masa kita budak-budak dulu :)
Fiza Aizzawa berkata…
Kalau anak kecik jangan didedahkan dengan gadget2 nie semua.. kalau dah diajar.. memang susah nak betulkan semula.. zaman dah berubah.. cara hidup pun dah berubah...
Ismi Ana berkata…
Bukan kanak2 je sakit mental. Org dewasa pun. Bile internet xde, stress. Bahaya jugak tu. Hehe..adik2 tu kalau dapat tab ke ipad ke mmg x ingat lapar. Sembahyang pun skip2. Geram kita dibuatnye.
Unknown berkata…
bahayanyaa.. adik2 husna semua skarang smpai lewat malam online..tmasuklah kakak dya..-.-
Maria Firdz berkata…
owh no... no internet and gadjet for my doughter...
✿INA AINAA✿ berkata…
Ena memang marah anak anak buah ena kalau asyik tengok game, tengok tv. Paksa dorang pergi main badminton ke, main kejar kejar dengan adik beradik yang lain ke. Bahaya sekarang ni.
Shahrul Yusof berkata…
Bahaya beb gajet-gajet ni kat bebudak. Untuk long term, kemungkinan bebudak ni boleh jadi socially-awkward bila dah besor nanti. Benda ni dah makin menular dalam kebanyakan family. Nak salahkan budak tu pun tak bole jugak, sebab parent dia sendiri yang bagi sebab nak mudahkan kerja dari nak melayan kerenah anak-anak dengan berkomunikasi dengan anak-anak seperti normal.
Engku Muzahadin berkata…
Huh, nasib Muz bkn kanak2, kalau x dh kena pnykit mental kot....Huhu
Nadia Johari berkata…
Tau tkpe..bengan je tgk budk2 selalu tgk komputer..game..
randomlyally berkata…
memang ada positif dan negatifnya..tapi lagi BANYAK negatif... ibu bapa kena kawal anak2..boleh bagi tapi biar berpada. kalau sampai dah taknak main kat luar tu..hmm sendiri mau ingatlah..

nak highlite balik point acik yang ni "mereka tidak pandai mengawal perasaan dan tidak menapis maklumat"..ini bahaya lain pula. pantaulah selalu. tepuk dada tanya iman...
sitirohaida berkata…
kalau boleh taknak mereka ketagih internet...
Tanpa Nama berkata…
syukurlah kathy memang tetapkan masa untuk anak² on9.kalau kathy on9 baru diorang on9 sebab kathy akan offkan suis wifi bila tak guna.
sobri yaacob berkata…
akak saya cuba buat..tapi msalahnya..bila saya kluar balik..diorg bkak balik modent tu..tensen..kcuali kalau kita adakan aktiviti yg best mcm mandi sungai..laju la diorg tingglkan gadet tu.klau stakat ajak main kat luar..haram x mahu..
nice sharing acik..... :)
nabila biela berkata…
budak2 skrg mmg suke sgt dgn gadget2..mak ayah kena tegas sket dalam hal ni..huuu
BinMuhammad berkata…
4 jam mengadap internet...apa agaknya yang ditengok? Kalau blogger mungkin sibuk nak update entri dan blogwalking...tapi budak2 ni tengok ape? Kena pantau tu...
Karen Monica berkata…
sungguh berbeza masa kita budak-budak dulu berbanding budak-budak sekarang yang lebih suka melayan internet dari keluar bermain di luar
Unknown berkata…
Hmm makin menjadi-jadi, tetapi tak dapat nak menyalahkan sepenuhnya kepada kanak-kanak, kerana mereka menjadikan ibubapa sebagai ikutan, ada kemungkinan sikap kita sendiri yang sering berada dihadapan skrin, menyebabkan mereka terikut-ikut, wallahualam.
Bunda_nora berkata…
Apa pun orang dewasa kena pantau...
4 jam...banyak benda berfaedah lain boleh dibuat...
Mademoiselle Irdina berkata…
Xleh nak buat apa...Banyak projek yang saya selalu kena buat melibatkan penggunaan komputer..Nak kena kurangkan ni..
jie susanos berkata…
prubahan hidup org dulu dengan skrg..kita sbgai org dewasa ni kena memainkan peranan gak..jgn biakkan kanak2 leka bermain intenet terlalu lama..mgkin ada sbb kanak melayani itenet terlalu lama.awasinya..
Cik Itah berkata…
salam. yke cik? huuu baru tahu..ni kena nasihat anak buah ni huhu
Khir Khalid berkata…
Mmg kena pantau budak2 skrng ni... tak boleh diberi kebebasan sewenang2nya dlm mengendali alam siber ni...
Adam Faiz berkata…
Ohh.Macam tu pulak iye? kena bagitahu adik lah ni :3
Unknown berkata…
tu lan kannnnn
anak2 akak dah teruna belaka, masa depa kecil internet tidak terlalu meluas lagi
memmetlenggeng berkata…
Sayapun sekarang limitnkan internet ni pada anak...bagi juga, tp berpada-pada