Gambar dari Aman Palestin-Malaysia Media Unit
Asalamualaikum


Ketika kita menanti saat tibanya berbuka puasa, pelbagai tempat yang boleh kita pergi mencari makanan kesukaan kita tetapi tidak bagi mereka yang berada di Gaza, Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatan di Gaza, 24 rakyat Palestin syahid dan 200 cedera akibat serangan zionis israel.Israel telah melancarkan serangan terhadap kediaman awam, masjid serta hospital dan telah menyebabkan kemusnahan total 40 buah rumah di Gaza.

Ketika mana kita sedang enak menyuap juadah berbuka dan sahur ke dalam mulut kita, saudara kita di bumi Palestin sedang menderita kelaparan dan bertempiaran diserang oleh rejim Zionis laknatullah.

" Maka nikmat yang manakah, yang kamu dustakan?"

- Surah Ar-Rahman.


Gambar dari Aman Palestin-Malaysia Media Unit
Bantulah mereka dengan nikmat kesenangan, keamanan dan kekayaan kita dengan berdoa, menghulurkan bantuan, tenaga sukarelawan mencari dana, menyebarkan info berita penderitaan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Gambar dari Aman Palestin-Malaysia Media Unit
Father of the Sayheed,Rashad Yaseen,grieves his son at the morgue in AlAqsa Hospita


Kita tak mampu bantu mereka untuk berjuang di sana tetapi kita boleh bantu mereka melalui doa kita. Marilah kita berdoa untuk mereka. Hulurkan bantuan yang termampu.Untuk sumbangan ke Tabung Kecemasan Gaza 2014

Aman Palestin Bhd
MBB 562263010787
BIMB 12029010047880
CIMB 8600460353
RHB 21245760004907
BMMB 12070005133717


(sumber no akaun di page aman palestin

Cara menderma di gaza melalui SMS 

Cara menderma di gaza melalui SMS