Pengikut

Selasa, 15 Julai 2014

Tips Penting Untuk Lelaki Menjaga Penampilan Diri

lelaki metropolitan
gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhmdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi .Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Lelaki semestinya mahukan dirinya lebih kacak dan tampan, lagi-lagi dah dekat nak raya ini. Pastinya kita mahu sekacak semaksimum yang mungkin.  Namun dalam proses untuk menjadi bergaya, mungkin  para kaumku  lupa akan hal-hal penting yang mesti dijadikan penekanan oleh mereka. Tips ini acik ingin kongsikan untuk kaumku untuk sentiasa menjaga penampilan.

1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal

Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari

Sebaik-baiknya kamu perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut kamu. Selepas bersyampu, pastikan kamu gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.

3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan

Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, kamu juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya..

4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali

Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Kamu tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya kamu boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya kamu mempunyai salun yang sering kamu kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut kamu sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut kamu sebelum keluar rumah.

5. Pemakaian minyak rambut yang sesuai

Rambut adalah aset yang penting bagi lelaki, pilihlah yang bersesuai dengan rambut kamu. Jangan suka bertukar-tukar minyak rambut kerana ianya akan menyebabkan rambut cepat rosak . Tak mustahil rambut akan rosak seperti tumbuh rambut seperti uban.Jangan juga memakai jenis minyak rambut yang berminyak ianya juga boleh menyebab jerawat di bahagian dahi.

6. Pemakaian minyak wangi

Kalau keluar rumah jangan lupa pakai minyak wangi yng bersesuai ,jangan terlalu kuat dan terlalu menyengat. Semburkan di beberapa tempat sahaja. 

Semoga sedikit infomasi ini dapat membantu kamu semua agar kelihatan bergaya dan kacak di luar dan dalam. Inilah hanyalah hasil telitian yang rawak untuk membantu kaum adam di luar sana.

Share This!


19 ulasan:

  1. tips yang bermanfaat untuk lelaki..salam ramadhan :D

    BalasPadam
  2. Rasanya perempuan pun boleh ikut tips ni kan acik :-)

    BalasPadam
  3. lelaki sekarang bukan jarang pakai minyak rambut dah ker... gel rambut pun tak... :D

    BalasPadam
  4. amal juga cik..tambah bab shampoo dan minyak wangi he..he.. :P

    BalasPadam
  5. Nak gune gak la tip ni wpun ana bkn lelaki. Keh3

    BalasPadam
  6. Rasanya tips ni bermanfaat juga untuk perempuan... :D

    BalasPadam
  7. Ena suka lelaki yang kemas dan jaga bau badan... yeaaahhhh

    BalasPadam
  8. Terbaek. terima kasih.. hehe

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    BalasPadam
  9. nice...thanks for sharing...sesuai sgt untuk para lelaki yang tak tau nak jaga penampilan...huhu...

    BalasPadam
  10. Pendek kata ... bijak, kalau tak kena gaya pokai beb

    BalasPadam
  11. salam. perempuan pun bole ikut ke tips ni acik?? hehehe

    BalasPadam
  12. mesti acik amal tips yg dikongsikan sbb tu hensem...hmm...kena tiru ni...

    BalasPadam
  13. Penerampilan diri mmg perlu dijaga agar jiwa kita sentiasa sihat.. t kasih atas perkongsian ini Acik.. :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails