Ticker

6/recent/ticker-posts

Carilah Seseorang Yang Mampu Membimbing Mu Ke JalanNya

gambar hiasan
  
  Assalamualaikum   

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas,macam mana hari nie ? alhamdulilah kalau bahagia dan sehat,jom kita berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Hari nie ada dapat pelbagai persoalan tentang cinta, cinta memang tak dapat di pisahkan dalam hidup kita walaupon masih dalam bulan syawal.Ahh ada juga yang bertanya dengan acik salah ke jatuh cinta ? habis macam mana kalau  dah suka kat seorang lelaki/perempuan tu ?



 Pada acik memang tak salah nak jatuh cinta, itukan soal hati dan perasaan kamu tak siapa dapat halang. Itu perasan yang hadir dari hati kamu , kan kan kan . Janji cinta itu biarkan di letakkan pada yang betul dan mengikut landasan islam.  Kadang memang tak dapat nak halang seseorang itu untuk jatuh cinta dan tak dapat nak halang anak muda untuk bercinta.

 Yelah zaman sekarang nie kisah cinta bermacam-macam, dan cinta bertahun tahun, katanya nak kenal cinta.   Ada yang kata, dah couple bertahun tahun tapi tak kawin juga bagaimana tu? Dah kawin perangai berubah ? baru kenal dah kawin ? macam mane pula tu ? jawabnya tentulah  jodoh semua Allah dah aturkan siapa jodoh kita, dan sebagainya.

Cinta yang terbaik adalah apabila kita mencintai seseorang itu yang membuatkan iman kita meningkat dan kita semakin rapat dengan Allah, senang kata membawa kebaikan Dalam kata katanya ada nasihat yang bergunaTegurnya penuh berhemah. Mengingati kamu soal solat, puasa dan sebagainya. Carilah seseorang itu yang mampu membawa cinta  kamu kebahgian di dunia dan akhirat.



Jangan cari yang suka pada pekara yang lagha seperti suka karaoke, lepak sampai pagi dan sebagainya. Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat  besar pahalanya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah  SAW bersabda: Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana  orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku  akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada  naungan kecuali naunganKu.

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman.  Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah  kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana  jika kalian melakukannya  nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara  kalian! (HR. Muslim). 

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,  “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis  ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah. 

 Jadi berubahlah cara cinta kerana Allah , sebab apa ?

 Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah. 

Catat Ulasan

17 Ulasan

paridah berkata…
assslam...carilahh teman percinyaan bukan sekadar berkongsi rasa namun sbg dahan kukuhh tempat menyandar tubuh...
zaman sekarang nak cari teman yang betul2 perlukan masa tak boleh main sambar jer...kena perhati dan teliti....
Unknown berkata…
Dunia cinta manusia kekadang boleh buat kita lupa...
Apa yang kita inginkan kekadang memang bertuankan nafsu.
Tak pernah buka akal untuk berfikir serta mengimbangi baik buruknya.
Cinta indah bila kita tahu menghayati dan mendalami maksud cinta...
Tapi berhati-hati dengan cinta..kerana cinta....juga bakal membuat kita terlena
Unknown berkata…
susahnya nak ajar hati agar mencintai seseorang itu kerana Allah Taala. Kerana, hal-hal duniawi telah mencengkam kuat hati ini.....
Fatihah Azanan berkata…
Perkongsian yg sangat berisi. Insha'Allah, letakkan niat ditempat yang betul. Kalau nak bercinta, letakkan niat nak berkahwin bukan main2.

My recent post : Buat Ic Baru!
fragmenbiru berkata…
Alhamdulillah,perkongsian yang sangat bermakna... dah lama Abak tak aktif..sebenarnya Abak ada nak minta tolong rakan-rakan untuk melawat ke Blog 'The Modest Ustaz',blog assigmen Abak yang membawa 60 markah... kalau bleh tinggalkan komen samada positif dan ngatif spya dapat dibuat pnambaikkan.. abak ucapkan jutaan terima kasih..Kalau Follow jgn lpkan tngalkan jejak,snang Abak nk follow smula..

http://themodestustaz.blogspot.com/
Khir Khalid berkata…
Memilih pasangan yg baik menjadi satu ibadah buat kita. Mudah2an membawa keberkatan terus ke jannah... aamiin.
Pha Is berkata…
insyaAllah.. cinta Allah, dan cinta manusia pun kerana Allah.. :)
Mysara Newrie berkata…
Insyallah. Jodoh kita semua dah dekat, dekat je dengan kita cuma bila tiba masanya Dia akan datangkan dia kepada kita
Cik Itah berkata…
salam acik..kata+ ini ;

Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah...

sy setuju sangat
Cinta Kan Kerana Allah Swt hingga ke syurga
insyaallah...good sharing
Tanpa Nama berkata…
tq for sharing acik. moga cinta ini sentiasa kekal kerana allah swt.
Jari Manis berkata…
cintailah Allah melebihi dari cintai manusia kerana cintai manusia perlukan balasan tetapi cintai Allah sebalik nya
Shahrul Yusof berkata…
Cinta itu subjektif sifatnya. Nak kenal cinta, perlu kenal diri sendiri dan bermuhasabah terlebih dahulu.
norhasnizakhalid berkata…
assalamualaikum acik, lama tak menjengah ke sini..

cinta pada Allah kekal abadi, cintakan manusia kerana Allah akan diberkati.. insyallah
Maria Firdz berkata…
Mmg kurg org skrg nk tgk yg tu... Lebih kpd rupa dan hrta je skrg...