Pengikut

Isnin, 25 Ogos 2014

Semakin Ramai Belia Menggangur Di Mana Silapnya ?

gambar hiasan

 Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sekarang ini acik berada di Kuala Terengganu kerana ada urusan yang perlu di tunaikan.Laptop, broadband rosak jadi sekarang ini hanya kemaskini melalui tablet mahupun telefon bimbit. 

Sebelum bermula untuk bermadah marilah sebentar sedekahkah al fatihah untuk mangsa-mangsa MH17. Selama seminggu ini acik mendengar keluh kesah belia kita. Ramai lepasan ijazah menganggur tiada kerja, belajar lain tetapi kerja lain dan sebagainya. Ramai yang membincangkan soal tiada kerja dan di sini acik ingin kongsikan sedikit cerita kepada kamu semua untuk bersama mencari jalan penyelesaiannya.

Tapi pada acik untuk mengubah nasib kita adalah diri kita sendiri atas usaha kita disamping berdoa kepada Maha pencipta. Minggu lepas acik ada berjumpa dengan kenalan kawan abang acik, seorang warga indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Bermula bekerja dengan krontraktor dan apabila ada kemahiran buka perniagaan sendiri, kini orang kita menjadikan dia sebagai kontraktor, bermula dari sikit-sikit lama-lama semakin maju. Begitu juga apa yang di lakukan oleh warga bangladesh yang berniaga karpet dari rumah ke rumah. Hingga mereka mampu mempunyai kenderaan sendiri mahupun membeli rumah di Malaysia.

Masalahnya kita? Jika bekerja mahukan yang gaji beribu walhal jika di kira tidak sesuai dengan kelayakan kita. Malu untuk berkerja kilang ?, malu untuk berkerja angkut sampah mahupun jadi " cleaner". Sebenarnya peluang pekerjaan itu banyak hanya kita yang terlalu memilih. Lagi satu luahan kakak acik merupakan salah seorang executive human resource di sebuah syarikat. Lepasan graduan selalunya ketika interview bila di tanya boleh buat kerja lebih masa ? mereka akan ragu-ragu. Bila di tanya boleh jika syarikat perlukan ketika hari cuti di panggil tetapi banyak alasan.Bila temuduga menjadi "Yes Man" tetapi bila di suruh buat kerja semua tak tahu. Jika di temuduga pastikan beritahu kemahiran sebenar kamu dan sedia untuk belajar sesuatu yang baru.

Bayangkan bagaimana orang asing boleh berjaya dan berkejaya di negara kita. Mereka bermula dengan kesusahan dan berusaha akhir kejayaan mereka dapatkan. Bagaimana kita ? kita terlalu mengharapkan peluang itu terhidang di depan mata. Bila selalu bergaul dengan orang yang lebih matang dan pelbagai bangsa dan negara. Acik dapat pengalaman yang berharga di mana kita haruslah bermula dari bawah walaupun kita mempunyai kelulusan yang tinggi.

Jika lihat peluang ada tetapi berkaitan dengan skop kerja kita hanya jawatannya je yang kurang sedikit. Jadi ambillah carilah pengalaman dulu, lepas tu baru boleh demand. "fresh graduate " kita tiada pilihan kerana syarikat kebanyakkan mereka mahukan mereka yang berpengalaman jadi jika ada peluang yang ada di ambil.

Jika tidak sukakan kerja makan gaji ,sukakan kerja sendiri tetapi tetapi tiada modal untuk berniaga di sini acik boleh cadangkan untuk memohon Dana Belia di mana memberi pinjaman kepada belia. Sebenarnya banyak lagi pinjaman yang telah di sediakan kerajaan. Jadi rajin-rajinkan portal kerajaan untuk ketahui lebih lanjut.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya, Lihat sahaja contoh seperti blogger Tengku syukri yang berjaya dalam perniagaan hasil inovasi yang membuahkan hasil. Jadi kepada lepasan ijazah itu jangan risau bahawa rezeki dari Allah itu luas, hanyak kita perlu mencari peluang dan kesempatan untuk kita berjaya.

Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenaliNya dan mendekati diri kita kepadaNya.  Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayatNya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Share This!


20 ulasan:

Asha Lya berkata...

Rezeki ada d mna2 ..pluang trlalu luas.yg pnting usaha kena lbh.jgn cerewet dlm membina kerjaya.

toto darmawan berkata...

saya tengah cari siapa nak mau jadi partnership dalam bisnes pelancongan ke bandung

PeRdU cINta berkata...

Sikap..sama ada terlalu memilih dan majikan yang mengharapkan pengalaman daripada pemohon jawatan..pengalaman itu akan diperolehi bila majikan sentiasa beri ruang dan peluang..untuk dapat input dan output yang baik,, perlu ada hubungan 2 hala dan timbalbalas..win win situation..lebihnya redha dn serah pada Allah..

Kathy R'bain berkata...

Perlu berusaha,jgn berpeluk tubuh saja..

ika zulkefli berkata...

kekadang salah kita sndiri yg terlalu memilih, betul rezeki ada dimana-2, asalkan kita sntiasa berusaha dan mohon doa pd Allah, Insya Allah. :) tpi klau doa tak brusha xbleh jgak kan..:)

junainah mohamed berkata...

Cuba berbisnes dengan modal sendiri..biar pun bisnes kecil, lama2 jika untung dikumpul, banyak jugak hasilnya kan...

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Artikel yg menarik...

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

Setuju!! Orang kita ni terlampau memilih.. padahal jadi cleaner pun satu kerja yang halal.. apapun, mana yang dapat job yang bgus tu, tak payah nak merungut.. bersyukur

Azwar Syuhada berkata...

Agree! Kekadang terlampau memilih tu yang menyebabkan ramai orang mengganggur. Bersepah orang luar yang kerja sini dah kaya raya seperti jadi buruh kasar. Orang kita mana nak, paling2 nak kerja tempat beraircond.. hurmm..

Norhasniza Khalid berkata...

setuju acik, ubah sikap!!! jangan nak memilih sangat.. dari takde kerja langsung,...

Ismi Ana berkata...

Betul tu..orang melayu terlalu memilih. Sebab tu ramai menganggur, takpun sebab malas. Lakukan satu perubahan kalau nak lebih maju.

memmet lenggeng berkata...

Sebenarnya kerja tu sentiasa ada. Kalau taknak makan gaji, boleh berniaga, peluang ada dimana-mana..tapi kalau dah malas, memang macam2 alasannya

paridah berkata...

peribahasa dahulu ringan tulang berat perut, maksutnya kalau rajin banyak rezekinya tapi org muda sekarang berat tulang nk mengerjakan kerja2 berat, itulah masalahnya...kita harus tahu dgn berpengalaman melakukan kerja2 berat lebih memudahkn kita melakukan kerja yg lbh ringan kelak...

Khir Khalid berkata...

Allah menjanjikan rezeki kpd sesiapa jua yg berusaha. Teruskan berusaha dgn doa & tawakkal kpdNya. Mudah2an dikurniakan rezeki yg berlipat ganda, diberkati & berjaya di dunia & akhirat... aamiin.

Mar Mansor berkata...

setengah mereka tidak kisah bab kerja apa pon tp ada orang keliling yg kisah..suka jaga tepi kain orang lain..siap buat perbandingan,..hingga setengah graduan ini tertekan..tapi jadikannya sebgai 1 motivasi..ilmu yg diperolehi boleh dikembangkan dgn pelbagai kaedah..

RDZ Z berkata...

Part Bangla & Indon tu memang testimoni yang baik Acik. Tepuk dada tanya selera ya....

Sylarius Yusof berkata...

Life sekarang ni memang susah. Tapi, kalau anak muda masing-masing tak nak struggle untuk belajar hidup sendiri, memang tak ke mana la. Susah kalau hidup semua bergantung harap pada ibu bapa masing-masing. Pengalaman hidup perlu dicari. Bukan tunggu disuap oleh sesiapa.

Haslinda Hassan Ali berkata...

Al-Fatihah
warga asing yg kerja kat sini dah kaya raya,
kita dok mencari gaji yg tinggi2 kan...
terima seadanya...rezeki allah yg beri,biar mula dari bawah...
lama2 jadi bukit atas usaha sendr...thanks

Engku Muzahadin berkata...

Bnyk student u yg menganggur skrg ni, makin ramai yg buat master, sampaikan ijazah dah tak berapa nilai...

Maria Firdz berkata...

Itulah... Sbb kerja yg diharapkan tak setanding dgn apa yg dipelajari... Huhu... Jika ikhlas menuntut ilmu, tak harapkan sedemikian rupa... Rezeki Allah Maha Luas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails