Pengikut

Ahad, 21 September 2014

Melalui Cinta Tak Di Sangka-Sangka

kisah sejati
gambar hiasan 


Assalamualaikum


Hai semua, apa khabar hari ini ? sebelum itu marilah kita ucapkan syukur ke atas nikmat yang Allah berikan pada kita. Marilah berselawat ke atas junjugan besar nabi Muhammad saw. Setiap hari memang tak pernah putus orang bertanya soal jodoh, cinta dan sewaktu dengannya. Tersenyum di buatnya kerana cinta itu mempunyai kekuatan yang di luar jangkaan.

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah yang tersembunyi rapi untuk kita. Kita perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya. Tetapi siapa menduga cinta itu datang tanpa di sangka-sangka. Acik ada cerita yang di kongsi kepada kamu , hal ini berlaku kepada orang sekeliling acik. Ada seorang rakan rapat acik , dia hanya pernah berjumpa sekali itupun ketika di pasar malam. Si lelaki datang kepadanya untuk berkenalan dan mereka pun berkenalan. Selepas itu ada pertemuaan ke dua. Lelaki itu rasa selesa bersama kawan acik ini dan melafazkan untuk melamarnya sebagai isteri.

Kawan acik jadi serba salah, sebab baru sangat kenal dan dia takut kalau pilihannya salah. Jadi acik sarankan bahawa dia buat solat istikarah dan dia lakukan selama 3 hari berturut-turut dengan tenang untuk meminta petunjuk dari Allah. Tetapi dalam jangkaan itu tiada petunjuk tetapi dia kuat katakan terima sahaja mungkin itu jodohnya. Selepas 3 bulan lepas itu mereka berkahwin. Alhamdulilah mereka bahagia ,sekarang ini dah ada anak 4 orang. Nasihat dia berikan pada acik adalah

1. Untuk mendapatkan yang baik kita berusaha untuk jadi baik
2. Kalau seorang sedang panas (marah) dan yang seorang lagi itu kalau boleh jalan layan dan ketika dia gembira tegurlah dan nasihatnya apa yang dia lakukan
3. Percayalah jodoh Allah dan jangan lupakannya ketika kita senang dan susah
4. Jangan terlalu memilih lagi-lagi soal hartanya

Cinta tak di jangka sering jadi kepada sesiapa sahaja. Beruntunglah mereka yang mendapatkannya dan mampu bertahan begitu lama. Ianya terjadi kepada seorang kawan kenalan acik. Dimana cinta berputik dari sebuah blog. Dia suka mengikuti blog kawan kenalan acik, memang setiap hari dia ke sana dan memberikan pendapatnya. Jadi si blogger itu jadi tanda tanya siapakah dia ? dan mereka pun saling berkenalan dan jatuh cinta. Mereka telah pun 20 tahun berkahwin.

Rahsianya yang di berikan pada acik 

1. Kepercayaan itu sangat penting
2. Jangan terlalu mendedahkan cerita keluarga kita di laman sosial ,banyak yang mengapikan dari menasihati.
3. Selalu berdoa kepada untuk kebahgiaan dan kekuatan untuk mengharungi ujianNya
4. Segala apa pun perlu berbincang dan kamunikasi sebenarnya sangat penting.

Kisah kehidupan kita berlainan dan ada yang bahagia dengan pilihannya dan ada juga kehidupannya perit dan onak berduri dan di situ ujian untuk kita. Tidak semua bernasib baik memiliki cinta yang sejati tetapi Allah selalu ada untuk kita, dia tak pernah jauh dari kita. Berdoalah dan berdoa jangan pernah berhenti berharap. 


“Dan pada sisi Allah SWT-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia. Dia mengetahui semua yang terdapat di darat dan laut, dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan sebutir biji-pun tidak akan jatuh dalam kegelapan bumi, dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata iaitu Luh Mahfud.

(Surat al-An’am, ayat: 59)


JIka kamu ada kisah yang menarik tentang cinta yang tak di sangka-sangka silalah kongsikan di kotak komen di bawah . Insha ALLAH acik akan baca semua. Jom kongsikan cerita kamu ^_^

Share This!


20 ulasan:

Ismi Ana berkata...

Acik bile lagi? Heheh. *kening jungkit2*

Hunny Kitty berkata...

best cinta yg tak disangka ni...

Aku Penghibur berkata...

inshaAllah kalau ada jodoh ^_^ i'm accepted

Cik Mun berkata...

heee..kadang2 kita xjangka..jiran sebelah rumah pun boleh jadi jodoh kita..

Shiqin Sunshine berkata...

Dah jodoh kan...huhu bahagia dah pon anak 4.. Cmne nak tau kita ni cerewet atau memilih yg terbaik? Erk ad beza x? Huhu

Aku Penghibur berkata...

cerewet itu kita terlalui meneliti dari semua sudut... memilih itu kita pilih yang terbaik bagi kita... tapi pada acik seeloknya kita pilih yang mampu buat ktia happy ^_^

Engku Muzahadin berkata...

Nice sharing.Setiap kita dijadikan berpasang-pasangan. InsyaAllah, jodoh juga sudah ditentukan. Jgn terlalu cerewet, sebab semua yg kita nampak dgn mata kasar takkan kekal abadi, lihat hati dan keimanannya, itu yang akan kekal dengan izin ilahi...

Intan Nazirin berkata...

Betul setuju sgt !!jodoh semua tlh ditentukan olehNya..mcm mane pon onak duri yg kita lalui smpai nk pengsan sampai nk muntah sekli pon kalo dh dikatekan jodoh x kemane pasti akn ttp bsame..pgalmn sendri bercinta olmost 10 taun akhirnyee kawen dh 2 org ank pon.betul tu jgn terlalu memilih..kita manusia mmg x kan perfect

Izzah Azryna berkata...

Yeah good one! Hmmmm..... jujurnya saya pon tak pernah jatuh cinta dalam erti kata orang dewasa. Kawan saya memang pernah kata, kalau Allah nak tu, oneday Dia akan collidekan kita dengan si dia even in an unexpected way. Hmmmm..... tapi pernah juga terfikir what if dia tu macam yang tak kita jangka? Kalau my future husband tu mukanya banyak jerawat, saya rasa akan paksa beliau pakai pencuci muka setiap hari hehe.

husna zahidi berkata...

perkara yg selalu jadi secara tiba2 nih yg boleh dtg heart attack nih.. hahaha..

Musliza Mohamad berkata...

Assalam. Salam kenal. Suami akak ialah senior lain fakulti. Bertemu di Kelab Alumni. Dia terbekenan bila akak muncul di pintu kelab. Salam dihulur melalui sorang rakan. Salam bersambut. Bercinta, grad bersama, berkahwin dan kini dah ada anak 3. Alhamdulillah. Walau seramai mana kenalan lelaki kita, jodoh itu tetap rahsia Allah. Moga adik bertemu jodoh nanti.

husna zahidi berkata...

sebab manusia selalunya merancang..punya impian tersendiri.. berharap apa yang kita mahu akan dapat seperti apa yg kita impikan dan dtg tepat pada masanya..
tp kita lupa, Allah SWT sebenarnya sebaik-baik perancang..:)

ANIM berkata...

tunggu acik pulak ni!!

Sobri Yaacob berkata...

ya saya stuju acik..kejujuran itu penting..iti point pling pnting ;P

Mila Hilas berkata...

hehe coming soon acik lak cmtu.hehe.murah rezeki dia dgn anak

Khir Khalid berkata...

Cinta itu indah.. satu anugerah Allah yg penuh dgn rahsia serta cabaran juga kan.. :)

Anizz Annisa berkata...

cinta yg xdisangka btl nie.. hihi.. jodoh rahsia Allah.. :)

Maria Firdz berkata...

Nice entry..

acik idah berkata...

Betul kata kawan acik tu... idah pun percaya gitu... kalau kita inginkan pasangan yang baik... kita kena jadi baik dulu... wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik kan... :)

Haslinda Hassan Ali berkata...

Cinta itu dtg dan pergi...
Jika kita cinta kan seseorg,sygi lah sepenuh hati...
Yg pertama lepas solat selalulah, berdoa dan sedekahkan
Al-Fatihah insyaallah...
Sejauh mana pun kita bergaduh dgn pasangan kita akan dirahmati...
Hanya Satu Cintakan ALLAH SWT diutamakan dahulu...
Barulah Cintakan Manusia,Redha....Yg baik dtgnya dari kita sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails