Pengikut

Isnin, 22 September 2014

Pengalaman Bersama Latihan Intensif Kem Badminton Astro 2014


kem badminton astro 2014
Kesemua para peserta dan jurulatih 

Assalamualaikum

Pada 13 hingga 17 september yang lepas telah di adakan kem intensif kem badminton 2014. Acik salah seorang terlibat secara langsung untuk kem ini, acik terlibat untuk pelaksanaan aktiviti tetapi untuk hal-hal keputusan acik tidak tahu yer. Memang seronok bersama 60 peserta yang terdiri dari seluruh Malaysia terdapat 18 peserta wanita dan 42 peserta lelaki.Kem Badminton Astro adalah sebahagian kerjasama antara Astro Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian belia dan sukan,Persatuan Badminton Malaysia,  dan Sekolah Badminton Li Yongbo dan di kendalikan oleh bekas pemain profesional badminton negara  Wong Choong Hann, Lee Wan Wah, Chew CHoong Eng dan Chan Chong Ming.

Ia bertujuan memberikan peluang buat bakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan potensi mereka dalam sukan badminton dari pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di samping memupuk minat mendalam serta penyertaan lebih ramai daripada generasi muda.


dari page astro kasih 
Acik rasa ianya mencapai objektif apabila melihat kehebatan peserta-peserta. Setiap pagi perlu kejutkan mereka pada pukul 5.5o pagi untuk bersiap untuk latihan pagi dan tentu sekali solat subuh. Ada antara mereka yang sangat aktif dan memang bangun awal . Memang seronok dan sporting mereka semua dan memang boleh melayan mereka semua ini.


sempat bergambar dengan sebahgian peserta lelaki


Jika di tanya memang rasa rindu pada mereka, bila balik tu rasa "ala dah balik tak dapat jumpa mereka lagi". Paling tak boleh di lupakan kebanyakan mereka panggil acik "cikgu". Aduh seronok rasanya ,rasa cita-cita tercapai kerana dari dulu nak jadi cikgu. Tak dapat jadi tapi di panggil ini pun dah cukup.


acik dan felix fong


Dalam kebanyakan peserta acik kagum dengan seorang peserta yang pada acik mempunyai x factor yang tinggi. Inilah dia Felix Fong, bertubuh kecil dan berusia 10 tahun. Dari Sarawak dan datang ke Kuala Lumpur hanya di temani oleh pembawa yang kami hantarkan untuk iringi mereka. Bermain dengan lincah dan tidak pernah malas ketika dalam latihan. Memang berdikari setiap apa yang di lakukan, pemalu orangnya tetapi berjiwa besar.

Kalau ikutkan hampir semua acik kagum dengan persembahan dan semangat mereka bermain. Semoga di masa akan datang para peserta yang di pilih nanti menjadi pemain yang bertaraf antarabangsa. Terima kasih kepada Astro kasih kerana memberi peluang untuk acik merasai pengalaman yang berharga. Tahniah di ucapkan kepada adik-adik yang akan berjaya ke China nanti. 

Share This!


12 ulasan:

  1. assalam seronoknya acik dpt jadi cikgu di kem badminton astro...pengalaman yg sgt bermakna tu....

    BalasPadam
  2. Melentur buluh biar dari rebungnya. Semoga berhasil mencungkil bakat sehingga dapat mencari pengganti sehebat Datuk Lee Chong Wei...

    BalasPadam
  3. Muka2 inilah yg akan mengharumkan nama negara. Tahniah. ^_^ terus tetibe acik jadik cikgu. Alhamdulillah..hasrat tercapai. Hehe

    BalasPadam
  4. Tahniah Acik coz terlibat sama..Malaysia memang memerlukan pelapis LCW...Good luck untuk adik-adik ni..

    BalasPadam
  5. bagus program camni kan acik
    malaysia sekarang dah ketandusan orang seperti Lee Chong Wei

    BalasPadam
  6. muahaha.. teringat kecik-kecik suka main badminton... rasa jaguh betul masa tu..

    BalasPadam
  7. tahniah adik2 semua...
    semoga suatu hari nnt menjadi pemain antarabangsa,
    yg terkenal dimata dunia...

    BalasPadam
  8. bagusnya acik jadi cikgu badminton. saya ni main badminton pun tk reti..

    BalasPadam
  9. Woww... pengalaman yang berharga ni acik... bukan semua orang boleh dapat... tahniah... dan tahniah juga buat anak2 tersebut... :)

    BalasPadam
  10. Wahh menariknya..pengalaman yg amat berharga.. Tahniah Acik . Semoga martabat sukan badminton negara kita terus terbela.. :)

    BalasPadam
  11. Rindunya astro, dulu dulu kak Kep selalu join treasure hunt anjuran kelab kreatif, skarang dh ade kelab badminton? Best best..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails