Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini, marilah ucapkan syukur atas nikmat yang tak terhingga pada kita. marilah berselawat ke ats junjungan besar Nabi Muhammad. Acik ini memang dah lama tak ambil air gas ataupun air berkarbonat kerana ianya tidak bagus untuk tubah badan kita. Apa yang sekali acik lakukan adalah dengan melalukan infused water. Ahh apa pulak tu ?
Ini pun setelah di kenalkan oleh seorang rakan acik. Infused water atau lebih di kenali Spa Water adalah air putih yang diberi tambahan beberapa bahan sehingga air tersebut menjadi lebih berasa, beraroma dan bermanfaat tentunya. Buah-buahan tertentu yang dimasukkan ke dalam air, dipercaya akan melepaskan sari-sarinya ke dalam air tersebut. Selain itu infused water juga mempunyai effect yang segar kerana mengalami proses pelarutan khasiat dari buah.
Uniknya infused water ini tidak had untuk buah tertentu, jadi silakan membuat kombinasi mengikut selera kamu. Buah-buahan yang dipakai adalah buah-buahan yang masuk kategori acid dan bukan yang manis.Buah-buahan yang boleh di gunakan antaranya adalah strawberry, lemon, kiwi, limau nipis, belimbing, nenas, mangga atau daun pudina dan macam-macam lagi.
Kelebihan infused water ini ialah
1.Paling popular sekali adalah untuk menurunkan berat (perlu minum secara kosisten) dan paling penting minuman ini dapat meningkatkan metabolisma dalam badan kita.
2. Sudah tentu mengenyangkan dan air di perlukan banyak dalam seharian kita.
3. Ianya juga menyahkan toksin dalam badan kita
4. Menyegarkan kita lagi-lagi tengah bad mood
5. Mengurangkan rasa mengantuk dan tak bersemangat lagi-lagi waktu tengah hari.
6. Dapat kebaikan dari buah yang di letakkan dalam air tadi.
Contoh kombinasi bahan dalam infused water yang baik adalah :
(1) Teh hijau, pudina, limau ---- pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, kesesakan dan penyegaran nafas
(2) Strawberri, kiwi ----- kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, peredaran gula darah, penghadaman
(3) Timun, limau, lemon ---- pengurusan berat air, kembung, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman
(4) Lemon, limau, oren ----- pencernaan vitamin C, pertahanan imun, pedih hulu hati, (minumnya pada suhu bilik)
Bagaimana caranya ? hehehe mudah sahaja
Mula-mula ambillah buah-buahan yang yang kita gunakan dan basuhkan buah tersebut. Lepas itu , potongkan mengikut kreativiti masing-masing dan masukkan ke dalam air dan di biarkan semalam di peti sejuk. Esok nak bawa pergi kelas dan kerja boleh la minum dan beberapa buah boleh diisi ulang hingga pemakaian 24 jam. Infused water boleh tahan dari 3 hingga 5 hari dan semua kembali tergantung pada buah yang dipakai.Memang sedap dan menyegar dan tiada bahan pengawet kerana kita buat sendiri.
Meh acik tunjukkan cara untuk buatnya sebagai contoh
Infused water timun dan pudina
27 ulasan:
perkongsian yg menarik...
nanti murni nak try buatlah..nampak sedap
Selalu buat jugak, guna lemon, hehe.
salam acik air tu mcm air kosong (air masak) la kan..xpenah bt xsbb caranya xbrapa fhm sgt huhuu..
nampak menarik...kena try sendiri jugak ni...
Rasa apa ek acik? ada rasa buah2an tu tak? 4 sure tak ada rasa manis kan sebab tiada gula diletakkan... ermm... idah buat juga... tapi idah blend buah tu cthnya epal hijau... dan minum dengan kulit2 sekali... fiber kan... :D
memang selalu buat. memang sedap. :)
tunjuk kat mamaD , dia suka ...katanya dah buat tapi x cantik sbb letak dalam jug ..nak cari la botol tu..tq acik.
walaikumusalam aah air kosong jer..bak org kampung kata air kosong n letakkn buah di biarkan 5,6 jam.. di peti sejuk
rasanya tidaklah manis sgt.. tapi rasa buahan2nya sbb buah tu di rendam dlm air
kalau letak lemon rasa masam2nya..
kalau beli buah terus potong2 buat n smpan dlm peti ais buleh dak acik?
ke kena sejukkan buah dlu ke cmne?
nk try buat jgk ni :)
hihihi....boleh reuse eh.....baiklah dah 2 biji lemon dibuang...nasib baik baru nak try....so lepas ni boleh reuse balik....tq byk2 atas info yer....
cantik gambarnya.. simple tapi orang kita jarang minum, akak baru cuba minum air lemon.. bagus untuk toksin dalam badan.. nanti kulit bersih dan untuk dietpun boleh...pandai pilih tajuk entry...
minum sejuk-sejuk sedap ni.. bagus .. dah lah banyak khasiatnya kan..
Memg bagus ni mudah dan menyihatkn
Nice sharing...setuju mmg bagus sebab dh selalu buat..akak guna lemon...slice kan pas tu masukkan dalam air..sedap dan yang penting mmg nyah toksin...
kalau boleh dalam 5-6 jam..untuk pati buah tu keluar... baru ada rasa.. masuk peti untuk rasa sejuk dan sedap
dah slide buah tu ..masukkan dalam air dan masukkan dalam peti sejuk
baru rasa kawan office buat...sedap..
terbaik la acik.. :) suke :) nak cuba buat la nnti..
Air kosong berperisa! Memang mudah sekali...dan membuatkan air kosong ingin diminum selalu. Satu idea menarik!
nampaknya kena sediakan banyak buah2an dirumah supaya senang dipotong n rendam dlm air yg hendak diminum best tips ni...
Thanks share acik. Pasni ana try buat. ^_^ ana memang suka air kosong yg ade rase buah sikit2, xperlu manis. :)
mg terliur sgt sgt
Kita selalu guna lemon...memang best...
wah menarik sangat-sangat,, rasa mcm nak try jugak la
tanpa gula ke acik...
mcm best jer, kena try ni..
Wahh mcm best je nie.. thanks sharing Acik.. :)
Catat Ulasan