Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini, marilah ucapkan syukur atas nikmat yang tak terhingga pada kita. marilah berselawat ke ats junjungan besar Nabi Muhammad. Acik ini memang dah lama tak ambil air gas ataupun air berkarbonat  kerana ianya tidak bagus untuk tubah badan kita. Apa yang sekali acik lakukan adalah dengan melalukan infused water. Ahh apa pulak tu ?

Ini pun setelah di kenalkan oleh seorang rakan acik. Infused water  atau lebih di kenali Spa Water adalah air putih yang diberi tambahan beberapa bahan sehingga air tersebut menjadi lebih berasa, beraroma dan bermanfaat tentunya. Buah-buahan tertentu yang dimasukkan ke dalam air, dipercaya akan melepaskan sari-sarinya ke dalam air tersebut. Selain itu infused water juga mempunyai effect yang segar kerana mengalami proses pelarutan khasiat dari buah. 

Uniknya infused water ini tidak had untuk buah tertentu, jadi silakan  membuat kombinasi mengikut selera kamu. Buah-buahan yang dipakai adalah buah-buahan yang masuk kategori acid dan bukan yang manis.Buah-buahan yang boleh di gunakan antaranya adalah strawberry, lemon, kiwi, limau nipis, belimbing, nenas, mangga atau daun pudina dan macam-macam lagi.

 Kelebihan infused water ini ialah 

1.Paling popular sekali adalah untuk menurunkan berat (perlu minum secara kosisten)  dan paling penting minuman ini dapat meningkatkan metabolisma dalam badan kita.
2. Sudah tentu mengenyangkan dan air di perlukan banyak dalam seharian kita.
3. Ianya juga menyahkan toksin dalam badan kita
4. Menyegarkan kita lagi-lagi tengah bad mood
5. Mengurangkan rasa mengantuk dan tak bersemangat lagi-lagi waktu tengah hari. 
6. Dapat kebaikan dari buah yang di letakkan dalam air tadi. 

Contoh kombinasi bahan dalam infused water yang baik adalah :
(1) Teh hijau, pudina, limau ---- pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, kesesakan dan penyegaran nafas
(2) Strawberri, kiwi ----- kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, peredaran gula darah, penghadaman

(3) Timun, limau, lemon ---- pengurusan berat air, kembung, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman
(4) Lemon, limau, oren ----- pencernaan vitamin C, pertahanan imun, pedih hulu hati, (minumnya pada suhu bilik)

Bagaimana caranya ? hehehe mudah sahaja 

Mula-mula ambillah buah-buahan yang yang kita gunakan dan basuhkan buah tersebut. Lepas itu , potongkan mengikut kreativiti masing-masing dan masukkan ke dalam air dan di biarkan semalam di peti sejuk. Esok nak bawa pergi kelas dan kerja boleh la minum  dan beberapa buah boleh diisi ulang hingga pemakaian 24 jam. Infused water boleh tahan dari 3 hingga 5 hari dan semua kembali tergantung pada buah yang dipakai.Memang sedap dan menyegar dan tiada bahan pengawet kerana kita buat sendiri.


Meh acik tunjukkan cara untuk buatnya sebagai contoh 


Infused water timun dan pudina 

Potong timun ke dalam keping dan bilas daun pudina. Kepingan timun dan hirisan daun pudina itu tadi di masukkan ke dalam balang yang telah di isi air masak ( air kosong). Tutupkan air tersebut dan letakkan di dalam peti sejuk (dalam 5-6 jam) sehingga sedia untuk diminum .