Pengikut

Sabtu, 27 September 2014

Pelaksanaan Solat Istikarah Dan Jawapan Solat Istikarah


solat istikarah
solat istikarah 

Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak pernah henti untuk kita. Marilah berselawat ke ats junjungan besar Nabi Muhammad. Ramai yang bertanya dengan acik tentang solat isktikarah. Memang benar berkali-kali acik sudah melakukakannya. Istikarah ini bukan hanya ketika kita berada di dalam keraguan soal cinta tetapi bahkan pekara yang lain ketika kita mempunyai dua pilihan dan keraguan tentang sesuatu pekara. 


Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.

Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa(doa istikarah)

Ramai yang bertanya bagaimana melakukan solat istikarah ini. Seeloknya di lakukan di waktu malam  dan hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Pelaksanaannya : 

Rakaat Pertama


1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an (mana-mana surah lazim ) 
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah


doa istikarah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Lakukan beberapa kali pun tidak menjadi halangan. Bagaimana nanti hasil dan jawapannya ?

Ianya melalui pelbagai caranya dan semuanya rahsia ALLAH dan dia mungkin berikan ketika kita dalam kita tak sedar. Ramai yang mengatakan melalui mimpi , mengikut pengalaman acik jawapan itu datang ketika dalam keadaan tak di jangka. Boleh baca Solat Istikarahku Terjawab Bahawa Dia Bukan Jodohku


Jika kita rasa jawapannya masih belum ada lagi, bersabarlah Allah tahu yang terbaik untuk kita. Mungkin di rahsiakan untuk kita untuk perancangan yang Maha hebat yang kita tak tahu. 

Lebih baik lakukan dari tidak langsung sekurangnya kita telah cuba yang terbaik. Insha Allah . 

Share This!


13 ulasan:

  1. selalu amalkan apabila sukar utk buat pilihan

    BalasPadam
  2. Betul dan tepat sekali kata2 UAI.

    BalasPadam
  3. Salam AP..Solat istikharah ni boleh kita laksanakan klau kita berbelah bg dlm membuat keputusan..thanks sharing

    BalasPadam
  4. Assalam...semua rahsia Allah...nemang benar kita sebagai hamba perlu memohon pertolongan & petunjuk daripadaNya...

    BalasPadam
  5. ye.. sebagai jalan keluar dari kebuntuan hidup..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum.... achik,

    thanks achik perkongsian ini.. bagus untuk mereka yang perlukan 'pertunjuk' daripada Allah dalam membuat keputusan penting dalam kehidupan...

    mselim3

    BalasPadam
  7. PERKONGSIAN YG BAGUS....CARILAH PETUNJUK KPD PENYELESAIAN MASALAH DGN SOLAT SUNAT ITU..INSYA ALLAH.

    BalasPadam
  8. Saya pun suka buat solat istikharah apabila buntu dalam membuat keputusan...dan jawapan yang bakal kita dapat pastinya tidak lagi meragukan, insya Allah :-)

    BalasPadam
  9. gd sharing pada mana2 yag tak tau lg dan pada kita juga yg kadang2 terlupa kan

    BalasPadam
  10. In shaa Allah... semoga Allah SWT kurniakan jln yg terbaik buat kita... aamiin...

    BalasPadam
  11. Perkongsiany yang menarik...ramai yang tahu tapi x buat....betul apa yang acik cakap.jika dia jodoh kita..kelantan dan kelantan x jadi..kelantan johor jumpa baru 3 x...dialah jodohku...bersama solat istikharah..alhamdulillah

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails