Pengikut

Jumaat, 28 November 2014

Apabila Kita Rasa Kita Lebih Hebat Dari Orang Lain


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Beberapa hari ini entahlah tak tahu mengapa otak duk menerawang entah ke mana. Mata ini tidak lekang memerhati manusia di sekeliling. Dari pagi hinggalah ke malam pelbagai pekara yang ku perhatikan.

Manusia ini memang mementingkan status dan pangkat serta darjat seseorang. Bila pakai kereta mewah berlagak di jalan raya.Buat sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Bila pakai bersut dan mahal rasa dirinya lebih hebat dan tinggi dari yang lain. Depan mata acik sendiri, seorang pak cik terlanggar seseorang lelaki berpakaian bersut. Beberapa kali pak cik itu minta maaf. Bukan maaf di terima tetapi pak cik tersebut di tengking depan ramai orang hanya kerana takut bajunya kotor. Ayat yang tak boleh acik lupa dia kata "dah tua-tua menyusahkan orang , kalau mati lebih senang !!aku dah lambat nak pergi interview.

Acik pelik tengok pak cik masih boleh lagi senyum.


Mata ini duk memerhatikan lelaki itu, dia masuk ke sebuah bangunan. Setelah setengah jam kemudian acik lihat lelaki itu keluar dalam keadaan gelisah dan sedih sambil membetulkan tali lehernya.

Kawan acik dengan dengan nada sinis sound lelaki.

Awat bro, gelisah jer ? tak puas nak tengking orang ?

Lelaki itu hanya diam sahaja, tiba-tiba dia bersuara. Tak sangka lelaki yang aku marah tadi bakal bos aku. Malah ketika interview tadi dia seolah tak mengenali aku, malah dia bagi aku jawatan tu. Ya Allah malunyaku!! teruknya aku !!

Aku ingat dialah pak cik tu..

Itulah kita nie baru ada nikmat lebih sikit kita rasa kita hebat dari orang lain.Bila kita lebih di kenali kita rasa kita lebih bagus dari orang lain.Bila kita orang kenal sikit jer rasa kita harus di sanjung.

Jagalah hati kita jangan kita megah dalam diam. Buat mengatakan tidak tapi di hati kita rasa "aku lebih hebat dari orang lain".

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.” [al-Isra, ayat 37]

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Luqman, ayat 18]

Jagalah hati kita, jaga peribadi kita, tak perlu riak dan ujub atas nikmat yang sementara. Tak kiralah siapa kamu, anak orang kaya, blogger hebat, usahawan berjaya dan apa jua kamu. 

Share This!


11 ulasan:

SalbiahM berkata...

Thanks atas peringatan ni achik..

Sha Nikitasakura berkata...

Manusia kan mudah lupa..
Trima kasih..nasihat yg baik untuk muhasabah diri..

paridah berkata...

HMM...SIFAT SOMBONG, RIAK BUKAN HAK KITA, IANYA MILIK ALLAH...SEKALI ALLAH NAK TUNJUK TENTU TERDUDUK...

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... achik,

terima kasih achik...ingatan nie. Moga2 doakan mselim3 agar tidak lupa diri . sebagaimana kita tahu ujub adalah ibu kepada segala maksiat hati...

mselim3

CikSiti berkata...

terima kasih acik..

~CikSiti~

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

I like...

fatin wawa berkata...

pengajaran yg berguna.. org mcm ni mmg patut malu dgn diri sendiri....

Cetusan Minda berkata...

ikut darah muda tu ... bila masa berlalu , seseorang akan berubah sesuai dgn usia ...

Ismi Ana berkata...

Nice sharing acik. Peringatan bersama. :)

Khir Khalid berkata...

Biar dia tau malu sikit mcm tu hhmmm... Semoga kita semua dijauhkan dari perasaan mcm bagus ni.. astagfirullah...

Asha Lya berkata...

X prlu nak d bangga dan bongkak..seharusnya besyukurla dgn segala kurniannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails