Pengikut

Jumaat, 21 November 2014

Orang Pendiam Bahaya Ketika Dia Marah

ehsan google 

Assalamualaikum

Alhamdulilah Allah masih berikan kekuatan kepada diri ini untuk teruskan hidup dan kuatkan hati ini untuk jangan kecewa lagi. Tipulah kalau kata hati ini tak rasa apa apa kerana orang yang kita percaya sanggup buat seperti itu..ishhh abaikan sajelah.

Ahhh minta maaf sebelumnya kerana semalam acik off handphone dan tak jawab semua pertanyaan yang kamu berikan di page acik. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu kepada kamu semua. Siapa sini seorang yang pendiam ?? 

Biasalah orang yang pendiam ini biasanya di anggap passive dan jenis yang tak bercampur gaul. Di katakan orang diam nie tak pandai sebab "diam" sebab tak tahu. Yelah kat kelas diam jer, bila bagi pendapat pon agak susah nak berikan,yelah orang pendiam memang susah nak bersuara tapi tak semestinya dia tak pandai. Orang diam ini biasanye "diam diam ubi berisi" .Ahh tapi bila dia dah berkata kata pedas ayat ayatnya dan mungkin ada yang sentap, tapi bila dah bercakap memang susah nak berhenti. Diam itu biar bertempat,  biar  mereka pandang kita bagaimana sekalipun janji kita tahu diri kita bagaimana.

Ahh mesti adakan adik beradik, kawan kawan atau sesiapa saja yang jenis tawaduk dan sabar dalam segala yang di lakukan. Dia tenang saje orangnya, bila orang cari pasal dengan dia ,dia tenang saja dan mampu tersenyum. Bila orang marah walaupon bukan kesalahan diri ,di tunduk saja . Orang kutuk dia,  maki dia di facebook dan kata dia macam-macam dia sabar lagi. Orang kena kan dia,dia masih lagi sabar .ada kemungkinannya orang yang pendiam ini kadang-kadang tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.Biasanya, marah-marah ini dikumpul macam bom jangka, dan boMMmm!! meletup..maka jangan terkejut nuklear akan meletup dan mungkin akan lebih parah apa yang di katakan , akan ada yang sentap dan menyesal sebab pernah buat dia. Bahaya tau kalau jenis orang senyap ini , makan dalam oooo. bahaya tak? bahaya kan.Jadi jangan disangka orang yang pendiam ni tak ada yang panas baran,kena mood nak meletup marahnya tu, habislah marahnya berpanjangan. Mungkin ambil beberapa hari untuk pulihkan keadaan. 


Dan yang ketiga, jangan ingat orang yang setia tak boleh curang. Jangan asyik nak mainkan perasaan orang lain saja, kita cukup setia dengan dia tapi di belakang kita ada orang lain, kita masih boleh terima sebab katanya khilaf , tetapi buat lagi perangai yang sama bila nampak orang baru. Tapi jangan sampai satu tahap dia dah face up dengan semua ini dan mungkin akan tinggalkan kamu untuk seseorang yang dapat terima dia seadanya, masa itu jangan pulak terhegeh hegeh... jangan mainkan perasaan ,jika kita tak mahu orang mainkan perasaan kita. 


Nampak tak di sini, manusia mempunyai pelbagai perangai, lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Apa pon kita kena muhasabah diri dan saling membaiki diri bukan menyakiti orang lain. Setiap perubahan yang kita lakukan biarlah kearah kebaikan bukan makin teruk. Filldunia wal akirat. Oklah sampai sini dulu ..adios :)

Share This!


13 ulasan:

  1. betul sangat tu achik...sebab dorang ni jenis tak reti nak ekspresikan diri...tapi bila dah marah tu mmg tak reti nak pendam dah...sbb dah tahan lama sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. LOL...dah kenapa jadi achik...sedangkan taip acik je :P

      Padam
  2. sebab tu hati-hati bila orang yang jenis tak apa dan ambil sambil lewa bila setiap sesuatu yang berlaku tu meletopss...we will never know what will happen kan acik kan? *_^

    BalasPadam
  3. Malas nak cakap banyak so diam aje lah untuk menjernihkan keadaan.. Tapi lain kali jangan harap nak cakap dengan dia.. ^_^ v

    BalasPadam
  4. Saya jenis yang pendiam masa zaman sekolah dulu.. ;D

    BalasPadam
  5. mama pendam 9 tahun... akhirnya BOOM!!! dua hari lepas achik. mereka ibarat cuba menjolok sarang tebuan..
    Mama Niza

    BalasPadam
  6. Org pendiam ni suka pendam. Lama2 meletop juga tu habis terkejut semua

    BalasPadam
  7. belajar mengenali pribadi kawan2 kita agar xterjolok sarang tebuan....

    BalasPadam
  8. meletop gitu...
    biar byk ckp dari diam...
    kalau diam sgt pun mcm tak best je kan...hihi

    BalasPadam
  9. air yang tenang jangan disangka tiada buaya

    BalasPadam
  10. Betul tu Acik.. org pendiam ni selalunya dia simpan.. tapi bila dah sarat.. MELETOPSSS!!!.. :D

    BalasPadam
  11. saya setuju... orang pendiam kalau marah memang merbahaya, sebab tu sebaiknya sederhana, bercakap pun jangan lah terlalu banyak sampaikan dia jer nak bercakap, diam pun jangan lah terlalu diam sampai orang boleh pijak kepala...

    BalasPadam
  12. Agreed Acik.Diam-diam ubi ya..sekali marah ..hmmmmm...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails