Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi
bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri tak
terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ramai
rakan blogger, rakan alam maya dan yang menghantar email bertanyakan bagaimana
untuk mengatasi rasa rendah diri, rasa diri kita ini banyak kelemahan dan malu
untuk bercakap dengan orang lain.
Kebanyakan dari kita
apabila di alam maya mampu bersuarakan pendapat dan pandangan dengan lantang.
Ayat begitu puitis dan dramatis tetapi apabila di alam realiti mereka adalah
merupakan orang yang pendiam dan tidak mudah untuk berkata-kata lagi-lagi
dengan orang yang baru mereka jumpa.
Ada juga segelintir mereka
merasakan kurang yakin pada diri kerana rupa paras, personaliti dan skill yang
kurang pada kita. Biasanya, apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih
cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa
'kecil', rendah diri dan tak setanding orang lain. Perasaan begitu sebenarnya
adalah negatif. Kamu haruslah menjadikan kekurangan dan kelemahan kamu sebagai
kekuatan kamu. Jadikan kekurangan kamu sebagai pembakar semangat untuk terus
memajukan diri.
Mungkin mereka hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.
Janganlah kamu merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana kamu hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain. Letakkan matlamat untuk diri kamu dan jangan fokus untuk bersaing, tapi fokuskan untuk mencapai matlamat kamu.
Sebagai seorang muslim
kita perlu juga rendah diri .Rendah diri dieertikan juga sebagai
tawaduk.Bermaksud kita tidak sombong, tak takbur ,tidak bermegah-megah dan
sebagai Sifat-sifat ini sememangnya perlu ada bagi seseorang individu
,namun haruslah kena pada tempatnya.Sebagai seorang Muslim,dia harus lah
memiliki akhlak yang baik ,akhlak yang mampu menjadi contoh tauladan dalam
masyarakat.
Tetapi apa yang di
bincangkan ini berkaitan dengan fenomena rendah diri dan rasa malu yang tak
bertempat ini.Kamu akan nampak kemajuan dalam diri sebagai kesannya.Acik
bercakap berdasarkan pengalaman dan acik mahu kongsikan kepada kamu
semua.
1. Melatih minda untuk
menjadi positif dan hilangkan kenangan yang lalu.
paling penting adalah
persedian diri kamu dalam menghadapi keadaan tersebut, berkawan dengan mereka
yang bersifat positif akan menambah keyakinan kamu. Selalu set kan dalam minda
kamu bahawa aku boleh lakukannya, jika gagal maka terus berusaha dan berusaha
jangan menyerah. Mungkin juga kamu ada pengalaman yang lepas, pengalaman yang
tak dapat di lupakan. Sebagai contoh , di perlekehkan oleh kawan-kawan ketika
dalam perbentangan dan sebagainya, jadikan pembakar semangat dan mesti di
teruskan walau apa jua alasannnya.
2. Buangkan perasaan yang
risau yang teramat sangat.
Kadang kita selalu risau
bagaimana nanti hasilnya ? kita nak bentang dan bercakap dengan orang baru
kenal mahupun orang ramai. Risau itu mengawal keadaan sehingga hilang
kata-kata. Kamu dah buat persiapan yang lengkap ? jadi buat apa nak takut,
teruskan sahaja yang terbaik .In sha ALLAH hasilnya juga baik.
3. Ubah penampilan.
Mungkin kamu rasa rendah
diri kerana kamu tidak mempunyai personaliti yang menarik. Tidak menjadi
masalah sebenarnya janji kamu seharusnya "fizikal well
prepared" maksudnya kamu kena bersedia. Cuba pakai pakaian yang kemas ,
bersih dan pakai wangi-wangian. Pada acik imej kemas itu lebih baik dan
pastikan pemilihan warna itu bersesuaian dengan kamu.
4. Kuatkan hati dan mental
Orang boleh katakan apa
sahaja yang mereka suka, mereka boleh mengutuk apa yang kita buat, boleh
mengeji apa yang kita lakukan. Mereka ingin kita rasa "down" pada
masa yang sama kita hilang keyakinan diri. Itu mereka mahukan, jadi kita perlu
kuatkan hati jangan terlalu cepat sentap dan terasa. Fikiran kita kena ubah dan
jangan terlalu dengar cakap orang. Mana yang baik boleh di ambil sebagai
tauladan yang tidak elok itu abaikan .
5. Luaskan pergaulaan dan
perbaiki komunikasi
Masalah kita adalah
bagaiman untuk memulakan perbiacaraa, memang agak janggal lagi-lagi orang itu
baru kenal. Jadi kamu kena beranikan diri dan cuba menegur dahulu mereka.
Berkenalan dengan ramai orang dan paling penting adalah kita memperbaiki
kemahiran komunikasi kita. Pastikan kita "aproach " mereka dengan
cara yang betul.
6. Jangan pandang mereka
terlalu hebat
Ayat yang biasa di gunakan
"dia hebat dan aku bukan siapa-siapa, yelah aku tak cantik macam
dia". Padahal dia sama banding dengan mereka tetapi kita yang buat diri
kita dia lemah dan tak hebat. Tengok dia hansome macam Aaron Aziz dan cantik
macam Siti Nurhaliza, kita tengok kat cermin pun rasa cermin nak retak.. itu
kita sangka. Tapi sebenarnya kita cantik dan kacak tapi dari sisi yang lain, orang
lain sedar dan kita tak tahu. Mungkin kan.
7.Banyakkan berdoa kepada Allah
Sebagai seorang hamba yang
banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan
keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri
kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan
doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan
jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana
anda juga yang akan rugi kerana kamu memerlukan satu keyakinan didalam diri
bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.
Sudah cuba cara di atas
dan berdoalah
Antara doa-doa dan amalan
yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat
malu ialah :-
1) Baca surah al-Fatihah
2) Doa nabi Musa a.s
:
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل
عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي
“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku
urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti
perkataanku”
3)
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu
keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu
rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
23 ulasan:
good entry acik.. :)
saya mengaku saya rendah diri dan tak mampu nak bercakap depan public... saya lebih boleh menjejakkan kaki ke bulan tapi takkan boleh berdiri depan public untuk bercakap... walau pun tak pandang public... saya akan mengigil teruk
nombor 2 tu rasanya ramai yang alami..
terlalu risau
bnd yg kecik boleh jadi besar bila terlalu risau.
yakin dengan diri sendiri..
puji diri sendiri.
insyaallah ada perubahan.
yakin diri, percaya diri, insyaAllah...
Luaskan pergaulan tu memang saya setuju sangat sebab bila dah banyak bergaul, diri kita akan jadi lebih berkeyakinan. Yer la, macam-macam orang yang dah kita jumpa, sure sedikit sebanyak kita dah tau macam mana nak tackle jiwa dan raga sesetengah audien.
Entri yang menarik...dulu cik akak pun macam tu..hihi..tapi lama kelamaan akhir cik akak dapat bergaul dengan semua org...
saya pon rasa rendah diri sangat..lagi2 bila org sekeliling semuanya confiden.. kalau sama2 tak confiden, ada lah sikit keyakinan tu..huhuhuhu.. sy percaya dengan blog , dah ada keyakinan dalam diri sy..kalau dulu nak share sesuatu, sy selalu pikirkan org.. tp ada blog, sy share je.. terus tekan enter.. wahh..ada peningkatan rasanya..teetttt
terima kasih, bergantung hanya pada Allah :)
bagi aku nak tingkatkan keyakinan ni kita kena berani untuk mencuba..buangkan rasa takut itu
Bagus sekali perkongsian Acik ni...
memang betul dan kita perlu ada usaha jgk
Perkongsian yg bermanfaat utk dijadikan panduan kpd yg memerlukan...
sangat bagus perkongsian ni.tq acik
Terima kasih acik atas perkongsian ini. Saya juga dulu seorang pemalu dulu tetapi saya selalu cakap depan cermin sensorang. Jadi bila jumpa orang tu tak de la malu sangat..
perkongsian yg sgt baguss . in Shaa Allah saya akan ubah sikap saya dgn meyakinkan diri sendiri .
Terima kasih, perkongsian yg sgt berguna..
ermmm perkongsian yang sgt bagus
Assalamualaikum acik... Thanks 4 da info... Mudah2an info yg acik Kasi nie dpt bantu sy selesaikan mslh keyakinan diri yg rendah ni... Aamiin aamiin aamiin...
Rasanya semua tips yg dikongsikan memang berkesan..tp sy baru nak mencuba..masalah diri yg kurang berkeyakinan termasuk dlm kalangan adik beradik sendiri..rasa abg2 n adik hebat sangat..jadi selalu memerap dlm bilik..sebab nak elak bercakap dgn mereka yg “hebat” sy masih tinggal di rumah mak ayah..dulu masa bujang sy tak mcm ni. Dan selepas tahu ada penyakit, bertambah teruk sikap kurang percaya diri...sampai nak berhenti kerja..sebab stress jgk bila tgk staff lain hebat-hebat..kadang-kadang menangis tak siapa tahu.sy selalu bisik pd hati sy kena kuat sbb ada anak-anak dan suami..tapi kadang-kadang hati down semula..terima ksh admin sy nak praktikan tips nya..moga berkesan pd sy..Amiinn
Waww luar biasa. Mksih achik
Terima kasih atas perkongsian,sangat bermaanfaat :)
Hai
Catat Ulasan