Pengikut

Isnin, 22 Disember 2014

Mee Udang Paling Sedap Di Nilai | MMA Santai Corner


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Semalam kebetulan kami adik beradik nak ke sepang pergi ke rumah saudara. Dekat sangat ke nilai maka pergilah ke nilai 3 , akak-akak acik la shopping. Bila dah petang tu perut mula lapar, cadangkan pada mereka untuk rasa Mee Udang d'laila corner. 


Bila acik post di media sosial, ramai yang duk bertanya di mana lokasinya ?


Lokasinya di MMA santai corner di bandar nilai berdekatan round-bout, kedainya betul-betul persimpangan jalan. Ahh nak senang lagi waze kan ?

Taip je MMA Santai Corner, kalau nak lebih detail boleh printscreen di bawah ini. Akhirnya sampailah ke kedai yang lama sangat nak pergi. 


Acik pengemar mee udang, nak pergi makan. Order lah mee udang, geleng kepala jadinya nama mee udang tapi udangnya tak ada langsung, kuah cair memang tak menyelerakan. Tapi di d'laila MMA  mee udang ?

Perghhh memang sedap sangat , acik makan mee udang saiz M. Rupanya ada saiz L yang udangnya lebih banyak ,selain mee udang ada mee ketam, mee kupang,asam pedas dan lain-lain lagi. Di samping kedai yang bersih dan sangat selesa untuk bersantai di sana. Harganya sangat berpatutan dan paling penting udang, ketamnya sangat segar. 



santai corner


Sempat juga acik berjumpa dengan pemiliknya untuk bergambar. Hilang rasa sadis di hati.



Paling penting, akak-akak acik sangat berpuas hati, mereka juga menyukai , rasanya memang lengkap, bahannya di buat sendiri memang ada kelainanan. 

Acik pernah makan mee udang, tapi buat masa ini, inilah yang paling sedap. Jujur dari hati ini. Lihatlah wajah mereka yang ceria setelah kekeyangan. 


Share This!


16 ulasan:

Roziah Muhammad Nor berkata...

Wow meriah udang. My favourite seafood. Bestnya terliur la pulak ;)

Liza Licha berkata...

sedapnya :) memang suka makan udang pon. definitely kena pergi ni

yoorin melacolea berkata...

Pernah makan mee udang kat tasik.permaisuri.. tapi katanya x sama mcm mee udang kat taiping.. yg ni nak rate berapa??

Aku Penghibur berkata...

5/5 star

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum.. achik,

sedapnyer makan mee udang nie.. rasa lapar pulak.. hehehehe

mselim3

Nadia Johari berkata...

bestnya acik dah pergi..

lia ummiirfan berkata...

whoaa... boleh try ni.. rumah dekat je dengan nilai.. kenapa tak pernah tau.. hikhikhik..

Ismi Ana berkata...

Udang diaa seksi betul. Menggoda ana. Wuuu~ acik nape tak helo2. Leh tumpang sekaki.

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Boleh pergi le bi... Tq

fatin wawa berkata...

sedapnya.. tgk gambar pun dah menyelerakan..

kucha lana berkata...

mee udang + ketam tu nampak macma best..bro pernah rasa tak menu tue

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum acik, huwaaa terliur sheila tengok gambar mee udang. perghhh nak kena try juga ni ~~~

paridah berkata...

sedap sngt ni tengok pic pun terasa kesedapannya...

ANIM berkata...

compare dengan mee udang utara....camna acik?
nak p jauh sangat:-))

Khir Khalid berkata...

Fuhh sedapnya tengok udang2 tu berenang dlm kuah.. mmg feveret.. best.. :)

Maria Firdz berkata...

Terliur pula tgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails