Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Semalam terserempak dengan seseorang yang pernah berjanji hidup semati, dulu- dululah. Dia sekarang dah betkahwin dan dah punya anak.
Si Dia : Ehh acik..
Acik : Eh awak..
Si Dia : Acik saya nak minta maaf dengan apa yang acik buat kat acik. Saya...
Acik : Dah dah cukup, benda dah lama jangan di kenang-kenang lagi.
Si Dia : Tapi saya pernah sakiti hati awak, saya minta maaf.
Acik : Acik dah lama maafkan, benda dah terjadi anggaplah ianya pengajaran untuk saling menghargai.
Okay itu sedikit sedutan acik berjumpa dengan bekas bakal tunang. Jadi di sini acik ingin berikan sedikit tips kepada kamu berkenaan dengan bekas kekasih , bekas tunang kamu yang pernah menyakiti kamu.
Pertama : Bertenang dan anggaplah seperti orang baru kenal
Jika bertemu buatlah biasa seperti kamu baru kenal . Bersifat profesional itu perlu t, tunjukkan bahawa kamu boleh hidup dengan bahagia waaupun bukan dengan dia.
Kedua : Anggaplah dia bukan jodoh kamu
Dalam kehidupan kita , kita tak terlepas di uji dalam soal perasaan . Ada satu saat kita dah rasa dia adalah jodoh kita, dekat dengan ijab dan kabul tetapi terpisah tanpa di duga dengan pelbagai alasan . Allah pinjamkan dia untuk kita berkenal- kenalan dan tentunya perancangan Allah itu akan lebih baik untuk kita, inshaAllah akan temukan jodoh yang lebih baik tak cepat, lambat sikit.
Ketiga : Proses untuk mengenali diri
Mungkin ada kesilapan diri kita yang kita tak sedar , kita juga menyakiti dia. Tak semua pekara kita betul dan tak semua pekara kita dalam situasi yang menyenangkan.Ianya perlu masa untuk kita muhasabah diri untuk hubungan yang akan datang. Muhasabah diri dan selalu berdoa pada Allah semoga di berikan jodoh yang baik dan kita menjadi lebih baik.
Keempat : Jangan berdendam
Kadang kita di sakiti, kita di khianati dan kita di mainkan soal perasaan. Jangan biarkan hati kita berdendam, nak biarkan hati kita ada titik hitam di sebabkan mereka.Anggaplah ia pengalaman untuk jadikan kita lebih baik di masa akan datang.
Kelima : Maafkanlah
Siapa salah itu tidak penting, tetapi siapa yang memaafkan itu adalah lebih penting. Ye tahu kita terkesan kerana perbuatannya, bayangkan dulu Nabi Muhammad SAW pernah di lemparkan dengan batu, di lemparkan kata-kata Baginda tetap memaafkannya. Memaafkan itu bukan kita boleh menerima dia dalqm hidup kita. Hanya memaafkan apa yang dia pernah lakukan pada kita.
Kelima : Ikhlaskan apa yang berlaku
Ikhlaskan , percaya ia buatkan hati kita lebih tenang.Sesungguh keikhlasan itu membukti bahawa kita telah memaafkan dan sanggup lupakan apa yang terjadi.
Lagi-lagi dalam dunia yang penuh cabaran ini, anak muda mencari cinta, putus cinta dan sanggup buat apa sahaja pekara di luar fikiran waras kitq. Kembalikan cinta kerana Allah, jaga perhubungan kita dan baiki diri. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jika tidak itu ujian untuk kita. Semoga pembaca blog ini sentiasa di bawah keredhaan Allah dan sentiasa mendapat hidayahnya.Amin
17 ulasan:
yg dah lepas , biarlah berlalu . sis anggap kawan jer . masih blh bersembang jika perlu ...
Assalammualaikum... achik,
terima kasih achik tip2 nie... mungkin tak der jodoh... buat biasa aje kan. Barang yang dah lepas jangan dikenang kan...
mselim3
Biasalah putus cinta ni, asam garam kehidupan kan..
Isu yg evergreen
MG pun penah kecewa but tuhan maha mengetahui
dia hantar yg lebih memahami .alhamdulillah
segalanya kena redha :)
tersenyum aku baca pasal nie..aku pun ada pengalaman macam nie..dah sememangnya kami jadi seperti orang yang baru kenal..padahal kami pernah rapat dulu..
Tak pernah lari daripada isu ini.. :')
Harap boleh jumpa yang leih baik selepas ini.. Amin...
Past is past Acik...no turning back k...
pedih nak di akui tapi saya akan terima satu persatu tips2 dalam ni.. saya akan mulakan dengan yg pertama...
Hoho..ana berharap yang ana takkan bertemu dgn ex2 yang lalu. Sebab rasa macam malas nak tegur. Ahaha. *ayat poyo*
Btw sori lama tak singgah baca story acik
Anggap je takde jodoh.. lupakan lama, bina hidup baru..
Anggap dah tak ada jodohkan...
Tentu ada hikmah disebaliknya. tak perlu berdendam..
wah siap ada tips lagi tu :) good points u made there
bagus tips acik ni. tapi, ada juga yang tak boleh berfikir rasional bila disakiti atau ditinggalkan.. wallahu'alam.. orang kata, masa akan mengubati.
memaafkan itu juga adalah tarbiah hati dan diri sendiri..ibarat quote ni "forgive others not because they deserve forgiveness, but because you deserve peace". hanya orang-orang yang "kuat" sahaja boleh memberikan kemaafan ke atas orang lain yang menyakiti hatinya.....
Jadikan kisah dahulu sebagai kenangan yg dpt membawa kebaikan di masa hadapan.. Hari ini adalah masa terbaik utk melakukannya.. Perkongsian yg membuka minda..
Nice sharing...
betul tu..yang lepas biarkan lepas
Catat Ulasan