Pengikut

Ahad, 11 Januari 2015

Jangan Biarkan Hidupmu Di Permainkan Kerana Cinta Dan Idola


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Teringat semasa pula seorang sahabat acik , Firdaus Lim sebulan yang lalu baru memeluk islam. Dia terdapat pelbagai persoalan di mindanya.

Pernah dia tanya dengan acik :

Firdaus Lim :Acik..adakah lelaki dan perempuan perlu menjaga adabnya antara mereka.


Acik: Mestilah, kita kena jaga maruah diri, pandangan mata, hati dan banyak lagi.Lagi-lagi dengan bukan mahram kita, kita perlu menjaga aurat dan pergaulan.

Firdaus : Tapi kenapa ramai je yang saya tengok tak jaga ? Kalau saya lihat kebanyakan peragai orang islam pasti saya tak masuk islam. Ada dulu kawan saya bertudung tapi...Kenapa boleh jadi seperti itu acik ?

Acik : itulah masalahnya, kita tak menjaga balas pergaulan, tak menjaga adab dan perilaku dan peribadi diri. Itu masalah individu itu tersendiri sedangkan islam melengkapi segala aspek. Firdaus , tudung itu hanyalah sehelai kain yang di tutupi di kepala yang paling penting kita menjaga aurat kita dengan bukan mahram. 

Alhamdulilah dah bertudung dan menutup aurat dengan dengan sempurna. Kini tibalah masanya untuk menjaga peribadi diri seiring dengan penampilan. Biarlah perilaku elok-elok, berbicara yang baik-baik dan menjaga pergaulan.

Jangan mudah biarkan lelaki mendekati dirimu, letakkan satu halangan untuk lelaki sukar untuk mendekat apatah lagi untuk di peluk dan di cium. Adakah kamu bangga jika di peluk dan di cium oleh artis kesayangan kamu ?

Tentu tidak bukan, jangan kerana taksud pada artis kpop sehingga di biarkan maruah kita di biarkan di perkotak katik oleh artis tersebut ?

Fikirlah remajaku, untuk mencari idola itu biarlah mencari yang dapat dekatkan diri kepada Allah bukan menjerumuskan kita pada maksiat.

Jadilah wanita yang menjaga maruahnya , jadilah wanita yang berharga nilainya, jangan mudah membiarkan lelaki senang mendekati mu, memeluk sesuka hati dan walhal di pegang tangan kamu.

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah dan tidak menjadi pemecah belah.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Acik ini untuk memberi peringatan sahaja bukan sebagai penghukum. Sama-sama kita muhasabah diri kita agar jadi insan yang lebih baik.

Share This!


11 ulasan:

  1. kesian tengok pun ada
    patut cari penganjur konsert tersebut
    dalam kita berduka dengan nasib musibah
    banjir.. mereka suka ria pula

    Ajarlah pd org luar adab2 bils mahu membuat konsert di Malaysia yg ada pelbagai kaum

    BalasPadam
  2. Cinta dan idola mainan dunia maya ....

    BalasPadam
  3. sedih juga melihat anak gadis kita jadi seperti itu...lupa adab kita...semoga tak ada lagi program seperti ini di negara kita

    BalasPadam
  4. terima kasih atas peringatan Acik...

    BalasPadam
  5. Moga dijadikan peringatan atas apa yang telah berlaku..dah banyak Allah beri peringatan pada kita..bukalah mata hati..secara nyata atau tidak..

    BalasPadam
  6. Assalammalaikum... achik,

    mselim3 sedih sangat melihat fenomena nie... keruntuhan akhlak remaja dimasakini...
    "untuk lihat sesuatu kaum itu lihatlah pada remajanya" .. jika rosak kaum remajanya rosaklah sesuatu bangsa atau kaum itu..

    mselim3

    BalasPadam
  7. malu.. tak hairanlah skrg yg berhijab pun belum tentu selamat kerana sesetengah yg tak menjaga adab. .

    BalasPadam
  8. Ingatlah pesanan terakhir Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir... Adalah tanggungjawab bersama menjaga maruah dan kehormatan wanita Islam...

    BalasPadam
  9. Minat yg terlalu taksub boleh terdorong dgn angkara bisikan syaitan.. akhirnya diri sendiri yg teraniaya.. astagfirullah...

    BalasPadam
  10. Tak salah minat k pop..tapi kene la tau batas sebagai wanita muslim..tgk jela kat tv..

    BalasPadam
  11. Idola..mksudnya pujaan... Tak boleh guna perkataan idola tu sbnrnya... Sbb lebih kepd mksd memuja..dan menyembah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails