Pengikut

Rabu, 4 Februari 2015

Apa Pendapat Kamu Mengenai Lelaki "Anak Mak" ?



Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah,ucaplah syukur. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Acik memang suka selfie dengan mak acik .Dialah kekuatan jiwadan pendorong hidup ini. 

Tak sangka ramai duk perli, katanya acik "anak mak". Definasi mereka anak mak ini adalah anak yang manja , segalanya di tentukan oleh mak. Mak kawal segalanya. Haha bila acik lihat diri ini tidaklah pulak seperti itu.




Acik memang rapat dengan mak sejak kecil lagi. Kalau kemana sahaja mesti dengan mak, tolong mak masak kat dapur dan macam-macam lagi. Kalau remajalain mesti malu kalau jalan ke bandar dengan mak. Kalau acik tidak, tak jadi masalah. Kalau jalan kemana mak akan pegang tangan.

Hahaha itulah realiti, pada acik tak kisahlah orang nak gelar acik apa pun. Paling penting adalah mak bahagia dan mak rasa dirinya di hargai.Pemergiaan abah memberi kesan dalam hidupnya maka tugas kami anaknya untuk membuatkan hari-harinya lebih ceria.

Lagi satu tanggungjawab kita anak lelaki besar. Kita mesti menjaga dan memelihara mereka sehingga akhir hayat kita. Tak kira ibu atau ayah kita.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : 
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”

“Selepas itu?”- “Ibu kamu”
“Selepas itu?”- “Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, 
“Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan RasulNya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Jadi tak istilah anak mak atau anak ayah. Sebenarnya ianya adalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita. Haha memanglah kita anak mak kalau anak ayam lain pula jadinya. 

Akhir kalam, hargailah mereka selagi masih hidup. Jika sudah tiada penyesalan tiada guna. 

Share This!


13 ulasan:

  1. biarpun anak mak,lelaki tetap kena adil bila dah menjadi seorang suami nanti..
    tak kisah lah dia anak mak,asalkan dia tau membezakan tanggungjawab seorang anak dan juga mak..suami akak pun anak mak jugak..hehehe

    BalasPadam
  2. tak kisah sama ada anak emak ataupun tidak, dalam perkahwinan tetap kena adil... hew hew hew... *_^ wink wink

    BalasPadam
  3. anak mak ke anak ayah ke...kita mmg dah anak dia pun acik...Sally pun selalu g mana-mana angkut ibu..hikhik...almaklum lah kan tgh single...lagipun takde beza dulu dan skrg...kalau dulu pegang tangan, kenapa skrg tak..? :D

    BalasPadam
  4. bagi saya tak kisah lelaki tu digelar anak mak...kalau dah mereka memang rapat dengan mak...kebanyakan kawan lelaki saya yang anak mak lebih sopan dan mendengar cakap...

    BalasPadam
  5. Done follow# honestly my husband pon dlm kategori anak mak...tp tak jadi masalah sbb mil saya sangatttt baik...mil pandai main peranan bersama anak & menantu...;)

    BalasPadam
  6. ANAK2 YG MENYAYANGI IBUBAPANYA BIASANYA MENJADI PILIHAN KERNA AAK INI KELAK PASTI BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGANYA YG BAKAL DIBINANYA...MMG PATUT MENJADI ANAK MAK PUN SBB KITA DILAHIRKAN MAK KITA..

    BalasPadam
  7. Tak kisahlah apa yang orang nak gelarkan kat kita. Asalkan kita tak menderhakai kedua ibu bapa. itu sudah cukup baik. Ibu bapa adalah insan yang penting dalam hidup kita. Jika tiada kasih sayang dari ibu bapa, nescaya diri kita langsung tak mampu untuk hidup hingga ke hari ini. Hatta, baru lahir pun kita memang sangat bergantung kepada kasih sayang dari insan yang bergelar ibu bapa.

    BalasPadam
  8. mak kita kan ... biarlah org nak kata apa . asalkan kita lakukan yg terbaik utk mak kita .

    BalasPadam
  9. Saya pun syng ibu saya.. tak kira la apa org nk kata kan... syurga dibawah tapak kaki ibu. Berbaktilah selagi dia masih ada bersama kita. Kasih ibu membawa ke syurga...

    BalasPadam
  10. tanggungjawab lelaki adalah menjaga mak kan, bagi akak takda istilah anak mak. sy bangga bila lelaki lebihkan mak kerana tandanya lelaki itu sgt penyanyang

    BalasPadam
  11. Anak mak?... Yang penting tahu berdikari dan bersikap adil bila dah kawin nanti... Kerana tanggungkawab lelaki tak pernah putus kepada ibubapanya...dan lelaki juga perlu bertanggungjawab100% untuk anak isterinya... Hati ibu dan hati isteri...dua dua sensitif...

    BalasPadam
  12. Best pe anak mak... hehe... diorg ni lbh caring..

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails