Pengikut

Khamis, 26 Februari 2015

Cara Terbaik Untuk Hidup Senang Di Dunia Dan Akhirat


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Zaman sekarang orang berlumba-lumba nak jadi siapa yang paling kaya. Siapa yang mempunyai wang paling banyak di dalam bank. Tetapi ada hal yqbf kita lupakan.

Kak long acik pernah tanya pada kami adik beradik , tahu tak macam mana nak senang ? hidup di rahmati dan selalu cukup dengan keperluan hidup.

Masing-masing menganguk ingin tahu.

Akak kata cara yang terbaik adalah bahagia mak ayah kita. Buatkan dia senang tanpa mengungkit dan tak terasa terbeban.

Itulah kata-kata kak acik, sampai sekarang acik pegang dan selalu di ingatan.

Walaupun gaji kecil, walaupun bulan itu sengkek duit tapi berilah pada mereka walaupun ianya sikit. Kerana ketika kita tak ada duit, kita sedar duit iu sangat penting tapi kita berikan pada yang lain dengan hati yang ikhlas dan redha.

Memang benar pada kita ianya tidak ada apa-apa berlaku.Tetapi yang di atas itu melihatnya, Dia aturkan rezeki kitayang terbaik.

Bila mak atau ayah kita mampu tersenyum dan senang hati pastilah doa-doanya yang baik-baik mengiringi kita. Restu ibu bapa kita, kasih sayang mereka.

Darjat ibu sangat tinggi.  ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa.  Antaranya: 

Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.”  –  Surah an-Nisa: 36.



Jika di fikirkan memang tanggungjawab kita sebagai anak membalas segala jasa mereka walaupun mereka tak minta.

Abdullah bin Amr bin al-‘As r.a berkata yang maksudnya:
“Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad.  Rasulullah s.a.w berkata:  Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup?  Dia menjawab:  Ya.  Baginda berkata:  Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH?  Baginda s.a.w menjawab:  Solat pada waktunya.  Dan berkata aku:  Selepas itu?  Baginda menjawab:  Kemudian memuliakan ibubapa.  Dan aku berkata:  Selepas itu?  Baginda berkata lagi:  Jihad di jalan ALLAH.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari.
Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting.  Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad.
Restu ibu bapa kita adalah restu Allah untuk kehidupan kita. Jika ada duit lebih bantulah adik beradik yang dalam kesusahan.Sedekah yang baik adalah pada ahli keluarga.

Dan pada satu riwayat: “Bermula dinar yang engkau nafkahkan dia di dalam sabilillah, dan dinar yang engkau nafkahkan dia pada merdekakan sahaya, dan yang engkau menafkahkan dengan dia atas miskin, dan dinar yang engkau menafkahkan atas ahli (keluarga) kamu, sama ada nafkah wajib atau sunat, maka yang terlebih besar pahala daripada sekaliannya itu dinar yang engkau nafkahkan atas ahli (keluarga) kamu.”
Dan sabda Nabi SAW: “Pertama-tama barang yang dihantarkan pada tangan hamba itu nafkahnya atas ahlinya (keluarganya)”

Semoga hidup kita di berkati oleh Allah.

Share This!


10 ulasan:

  1. Benar sekali apa yg Acik tuliskan. Moga jadi renungan buat kita semua.

    BalasPadam
  2. Perkara paling penting sekali untuk kita ambil peduli ; tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga. Semoga dapat jadikan pengajaran kita bersama :)

    BalasPadam
  3. insyallah akan dimurahkan lagi rezeki kita selepas itu

    BalasPadam
  4. insyallah,moga sentiasa dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  5. Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Namun, belum tentu semua anak-anak sedia berkorban demi kebahagiaan ibu bapa.

    BalasPadam
  6. REDHA ALLAH BERGANTUNG KPD REDHA IBU BAPA TERHADAP KITA..

    BalasPadam
  7. Setuju sangat.. Lamanya tak singgah belog Acik.

    BalasPadam
  8. Doa ibi bapa buat anak2 itu makbul... semoga Acik terus berjaya... aamiin.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails