Pengikut

Selasa, 17 Mac 2015

Allah Temukan Jodoh Ketika Masa Dan Keadaan Yang Tepat


Assalamualikum

Tetiba pagi-pagi dapat panggil, acik !!

eh siapa pula pagi-pagi jerit-jerit eh, siapa nie ?

ishh sampai betul hati acik tak simpan number akak.Ini kak nitalah acik., nak minta alamat boleh ?

La kak Nita, ingatkan siapa tadi, awat kak nak bagi apa ?

Akak nak hantar surat jemputan, akak nak kawin.

Terdiam seketika, alhamdulilah kak Nita dah kawin. Kak Nita seorang pensyarah di sebuah universiti berusia 38 tahun yang selalu berkongsi cerita dengan acik.

Kak Nita : Alhamdulilah dik, berkah doa akak dan semua orang dik. Ye, dulu akak pernah buat silap tidak sabar dengan jodoh Allah. Mana tak tahan dik , orang duk mengata kita anak dara tua.

Bila nak kawin?, kena mandi bungga nie. Itulah ungkapan mereka. Tapi satu tekad akak tak pernah behenti putus asa untuk berdoa dan dapatkan nasihat dari orang lebih tua.Ala macam kat blog acik tulis tu.Haha.

Memang benar penantian yang lama itu membuah hasil. Maha hebat perancangan Allah, selami ini Allah tak beri jodoh pada akak untuk akak bantu adik beradik terutama mak yang sedang sakit. Akak jumpa bakal suami akak di hospital tempat selalu mak buat rawatan.

Kami taaruf dan alhamdulilah ada rezeki kami. Betullah acik cakap dekat akak. Allah temukan seseorang itu pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat.Jodoh itu ada walaupun lambat.

Semuanya ujian dariNya, hanya kita sabar atau tidak sanggup menghadapinya. Akak terima dia bukan kerana rupa parasnya tetapi kerana agamaNya.

Terima kasih dik kerana selalu positifkan akak ini. Perancangan Allah itu Maha Hebat, yelah dulu akak selalu rasa akan tidak akan kawin.Tapi siapalah kita untuk melawan takdirnya.

Alhamdulilah, tahniah kak Nita. InshaAllah acik pergi hari bahagia akak.Itulah perancangan Allah itu Maha Hebat. Jodoh itu ada cuma cepat atau lambat. Amin ulya Allah. Sentiasa husnudzon dengan Allah .Dia tahu yang terbaik untuk kita.

Share This!


18 ulasan:

Khai♥Rin : anies berkata...

tahniah utk kak nita!

paridah berkata...

tahniah utk nita ..jodoh kalau dh sampai xdaya nk nolaknya...

Haslinda Hassan Ali berkata...

selamat pengantin baru kak nita..

yoorin melacolea berkata...

cantik aturan Allah menentukan jodoh hambanya.. Tahniah untuk kak nita.. Tahniah jugak untuk acik tercalon dalam Best lifestyle blog 2015.. u deserve it.. !!! good luck.. http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=5

Ija Rased berkata...

AMIN..ALHAMDULILAH..allah tak pernah mungkir janji

fatin wawa berkata...

InsyaAllah setiap org ada jodoh.. Bukankah Allah menciptakan setiap perkara itu berpasang-pasangan. Kalau jodoh tak sampai lagi janganlah risaukan.. Teruskan berdoa supaya Dia hantar jodoh yg terbaik utk kita.. :))

Sylarius Yusof berkata...

Jodoh memang ketentuan Allah. Ramai dikalangan yang dilihat lambat dapat jodohnya ni sebenarnya sudah melakukan apa yang terdaya. Namun, manusia disekeliling ni majoritinya alpa bahawa soal jodoh ini secara keseluruhannya diluar batas pengetahuan seorang manusia.

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

insyallah...

anajingga berkata...

Perancangan Nya adalah yang terbaik buat kita .

kucha lana berkata...

jika sudah jodoh...takkan kemana..apabila kita mampu bertahan dengan dugaan itulah jodoh kita

Cik Ash berkata...

Tahniah untuk kak nita

Muhammad Nizam berkata...

Tahniah kak nita

Amanda Suria berkata...

Alhamdulillah. ..tahniah buat nita..akak tahun depan pun nak mendirikan masjid sekali lg setelah gagal yg dulu..dah 10 tahun dah pun...

Khir Khalid berkata...

Alhamdulillah tahniah!!

Ros Na berkata...

Tahniah buat kak nita.. semoga allah jg pertemukan saya dgn jodoh saya

Noorain manaf berkata...

Alhamdulillah

Noorain manaf berkata...

Alhamdulillah

Noorain manaf berkata...

Btul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails