Pengikut

Sabtu, 14 Mac 2015

Teguran Dari Anak Kecil Yang Beri Kesan Yang Mendalam

gambar hiasan
Assalamualaikum

Yeah akan bertolak balik ke kampung, seronoknya dapat jumpa dengan mak. Lama rasa tak berjumpa. Di pahang nie seronok tiap-tiap ada pasar malam tetapi tempat-tempat berbeza. Biasa acik pergi bila berdekatan dengan rumah. Tengok tempat biasa pak cik itu dah tak ada, pelik..

Minggu sebelumnya ada seorang lelaki duduk di situ sambil menghulurkan tabungnya. Acik duk memerhati kelatah budak tersebut rasanya lingkungan dalam 8 atau 9 tahun.

Dia datang kepada pak cik peminta sedekah itu.

Adik : Pak cik sakit apa ?
Pak cik : sakit kaki nak, pak cik tak boleh berjalan.

Adik : ohh macam tu, kesian pakcik. Pak cik tak jumpa doktor ?
Pak cik : sakit pak cik tak boleh di ubati nak.

Adik : dah berdoa pada Allah ? 
Pak cik : .......

Adik : Mak kata kalau kita sakit dan kalau di uji dia banyak-banyak berdoa dengan Allah.Diakan maha Mendengar lagi maha mengasihani pasti dia bantu kita. Mak kata  juga sakit itu ujian untuk kita ,kadang kita lupa Allah.

Pak cik : ......

Mak kepada adik itu memanggil anaknya.

Adik : Pak cik saya ada Rm 5 ini tadi nak beli ayam goreng tapi pak cik lagi memerlukan ambillah duit nie.

Budak itu terus berlari ke maknya.

Acik melihat sendiri pak cik mengalirkan air matanya dan mengangkat tangan seolah berdoa.

Mungkin di sini Allah nak beri peringatan kepada acik bahawa kita manusia perlu berusaha mengubah nasib hidup kita. Alasan demi alasan itu menyebabkan kita ragu untuk berusaha dan hanya untuk sedapkan hati kita. Kita lupa berdoa padanya, ketika susah dan senang kepada siapa kita bagitahu dulu ?

Adakah kita mensyukuri nikmatnya ?

Terima kasih ya Allah berikan pengajaran yang berharga untuk diriku yang banyak kekurangan.

Share This!


13 ulasan:

  1. ye, kita sering lupa dan leka.....

    BalasPadam
  2. satu peristiwa yang betul menyentuh perasaan

    BalasPadam
  3. mashaAllah kagum dengan didikan ibunya :)

    BalasPadam
  4. Subhanallah.. perkara yg kdg kala kita sbg org dewasa ada yg terlepas pandang juga kan..

    BalasPadam
  5. budak2 pun tahu nak berkongsi..kita yang dewasa neh semoga dijadikan iktibar :)

    BalasPadam
  6. Allah mengirimkan ilham kpd seorang anak kecil utk mengingatkan kealpaan kita tq perkongsiannya.

    BalasPadam
  7. subhanallah...
    very good story...

    BalasPadam
  8. kadang2 anak2 kecil yg selalu menginsafi kita kan acik...

    BalasPadam
  9. Sangat terkesan kalau anak-anak kecil yang berbicara tentang mengingati ALLAH ni...maka nikmat apa lagi yang kita nak dustakan?

    BalasPadam
  10. budak kecil pun faham erti berkongsi rezeki

    BalasPadam
  11. Anak2 kecil memang jujur kan...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails