Pengikut

Jumaat, 13 Mac 2015

Sikap Pemandu Yang Boleh Menyebabkan Kemalangan Di Jalanraya


Assalamualaikum

Geram betul, geram tadi hampir terlanggar sebuah kereta kerana dia membelok ke kanan secara tiba-tiba. Nasib sempat break, bila kita hon dia buka tingkap boleh pula dia yang marah kita. Siapa yang salah nie.

Ada beberapa sikap pemandu yang paling acik tak suka.

Pertama: Membelok tidak memberi "signal"

Macam apa yang berlaku tadi, naseb tak langgar kalau langgar kereta bmw .Apa pun undang-undang akan kata kita salah sebab langgar belakang dan tidak jaga jarak. Sedangkan dia yang secara tiba-tiba membelok. Nasib tak banyak kereta. Ishh

Kedua : Memandu sambil bermesej

Ini satu lagi, pernah tu acik lihat kereta nie kenapalah kekiri kakan, macam orang mabuk bawa bila di sebelah kereta dia boleh pula mata melihat ke telefon bimbit sambil tersengeh-segeh . Tahu tak bahaya dah lah bawa kereta laju !!


Ketiga : Buang sampah dari luar tingkap

Selambanya dia, buka tingkap dan lepaskan plastik yang penuh sampah. Sungguh tk bermoral, orang di belakang ini dah macam fast furiuos mengelak barangan yang kamu buang sesuka hati tu.

Keempat : Kereta Terlalu rapat.

Dah macam cerita Tokyo drift kemain dekat kereta kita. Nak kemana bang non oi ? ak tunjukkan kereta itu laju ? kebarangkali kemalangan boleh berlaku. Jagalah jarak antara setiap kereta.

Kelima : Berselfie ketika memandu

Selfie memang sudah jadi kebiasaan di mana sahaja tapi bukan ketika memandu. Ini tidak ketika memandu pun selfie, bahaya. Fikirkan keselamatan kamu dan orang lain juga. Nak selfie behenti kat kawasan rehat selfielah sampai habis bateri.

Ini beberapa sikap memandu yang acik paling tak gemar. Utamakan keselamatan, ingatlah orang tersayang.


Share This!


9 ulasan:

  1. semoga semakin ramai pengguna jalan raya lebih cermat dan hormati orang lain kan.. :)

    jemput ke blog nana

    BalasPadam
  2. mmg pun, sekrg dia org suka berwasup sambil memandu...
    sgt bahaya...

    BalasPadam
  3. zaman 3310 dulu setakat nk mesej xda hal sbb takyah nk tengok screen pun.. sekarang ni jangan buat main, sekali pandang screen macam kita memandu mata kat depan tetapi tutup 5 sec.. 5 sec mcm2 leh jadi..

    BalasPadam
  4. Semua tu saya pun bengang.. menyampah pun ada jadinya hhmmm...

    BalasPadam
  5. hohoho..sikap pemandu macam pemilik jalan raya nih lah yang selalu bagi tekanan dekat orang yang takdak tekanan..sabor jela :(

    BalasPadam
  6. mmg hari2 jmpa pmndu cmni.. signal tu wat hiasan je gamaknya...

    BalasPadam
  7. Hihihihi ingat lagi pesan aboh nk jadi pemandu berhermat kena ingat konsep yg kita belajar masa ambik lesen tu.. tapi kini xde dah mcm tu...

    BalasPadam
  8. Paling x suka naik keta dengan pemandu yg panas baran x reti sabar. ..

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails