Pengikut

Rabu, 25 Mac 2015

Lelaki Lindungilah Kaum Hawa Selagi Kamu Mampu Bukan Menyakitinya



Assalamualaikum,


Sekarang ini terdapat banyak kes keganasan terhadap kaum wanita. Ada itu kerana sayang berpuluh tahun di sanggup membiarkan diri terseksa. Kaumku, sedarlah dan bangkitlah.

 
Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang.

Wanita akal senipis rambutnya jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.masih mencari walau ada segalanya,Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok,menghasilkan bayang yang lurus .Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah.Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu ,hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman.Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.Ia bukan diskriminasi Allah sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan.Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan luru.

Bahkan akan semakin membengkok.Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya

Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.

Tapi binalah kepimpinan,pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya.Jinakkan diri kepada Allah,Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'.Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...


Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran...
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki.,wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerana itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki..

Wahai lelaki yang punya peranan besar,

Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu .Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.Semoga bermanfaat

Share This!


15 ulasan:

  1. Hanyut seketika kakak dgn rantaian huraian dari entri yg indah utk dihayati setiap mereka yg berkunjung. Jadikan renungan bersama. Syabas dari kakak..

    BalasPadam
  2. Sepatutnya, begitulah peranan lelaki di dalam masyarakat. Melindungi kaum wanita. Tapi lain jadinya sekarang ni. Masih wujud lagi lelaki yang bukan hanya tidak melindungi, malah merosakkan dan mengeksploitasi wanita demi kepentingan diri.

    BalasPadam
  3. Moga para lelaki sedar tanggungjawab mereka ^^

    BalasPadam
  4. WANITA YG MMG LEMAH SIFATNYA PERLU DILINDUNGI LELAKI YG GAGAH N BAIK...TANGGUNGJWB YG TELAH DILETAKAN ALLAH DI BAHU LELAKI...

    BalasPadam
  5. Alangkah biaknya jika kaum ADAM bersikap seperti ini ..

    BalasPadam
  6. Perkara paling memeningkan lelaki adalah wanita, dan bukan mudah meluruskan rusuk yang bengkok..:(

    BalasPadam
  7. gunakanlah 9 akal yg Allah beri dgn bijaksana ...

    BalasPadam
  8. Salam kenal..

    thanks sudi tinggal comment lat blog i yg tak seberapanya tu.. thanks again..:-)

    BalasPadam
  9. i love my wife and i will lead her to the right path in life now and hereafter.

    BalasPadam
  10. Terharu baca. Memang ramai lagi lelaki budiman di luar sana. Kalau yang dah terkasar dengan wife atau ibu masing-masing, segeralah sentuh kembali hati mereka

    BalasPadam
  11. Jika semua lelaki berfikir macam acik..dunia ini akan aman harmoni

    BalasPadam
  12. salams, suka tulisan ini.....itulah sebaik-baik lelaki yg sepatutnya memberi kasih sayang dan memimpin kaum hawa menjadi lebih baik, yg menjadi sebahagian hidupnya:)

    BalasPadam
  13. kalau semua lelaki memahami....tak adalah kes penderaan isteri terjadi kan..

    p/s dah vote acik!!

    BalasPadam
  14. Menjadi tanggungjawab kita kaum adam utk melindungi kaum hawa. Mudah2an kehidupan sentiasa diberkati... in shaa Allah..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails