Pengikut

Jumaat, 20 Mac 2015

Pemberi Hutang Pula Serba Salah Meminta Hutang Pada Yang Berhutang


Assalamualaikum

Panas betul hati nie !! geram bro !!

La kenapa pula cetusan hatiku.Marah dengan aku ke ?

Acik : Rileks zal, kau marah kat aku ke ?
Zal : Ehh tak adalah acik, aku cuma geram je. 

Acik : Sabar Zal , siapa yang kau geram tu ? kenapa ?

Zal : Ermm bukan apa acik, masa nak pinjam macam lembut lidah dari gusi. Lembut bahasanya dan macam-macam janji. Dekat 6 bulan senyap je dia.

Acik : ini mesti pasal pinjam duit nie.
Zal : Memang pun acik, kalau sikit tak apa tapi pada aku banyak juga, dia janji nak bayar dalam masa sebulan. Dia kata pada aku kereta dia rosak, anak dia sakit perlukan RM 800. Aku tak sampai hati , aku bagi pinjam dan lepas tu senyap sahaja.


Aku dah husnudzon mesti dia tak ada duit tapi bila tengok instagram dia siap pergi bercuti acik. Mana tak geram.

Acik : pernah bertanya elok dengan dia?
Zal : pernah acik, tapi aku pula di marah dia kata "aku tahu nak bayar !! " tapi dekat masuk enam bulan senyap saje.

Aku tak kisah sangat acik kalau dia jelaskan keadaan sebenar dia, cakap elok-elok dengan aku pasti aku bagi dia lebih masa. Aku mesej tak balas, aku call tak angkat, whatsapp aku tengok seen tapi tidak di balas.

Ermm sebenarnya banyak kes-kes seperti ini , acik pun pernah terkena dekat 5 Tahun senyap bergitu sahaja. Kadang acik tak kisah sangat soal duit itu tapi paling acik kesalkan aadalah kejujuran dalam berjanji dan persahabatan. Ada itu jumpa kita buat tak tahu sahaja seperti tidak ada masalah.

Pelik zaman sekarang, si pemberi hutang pula yang rasa malu dan rasa bersalah amhu minta hutang.Si hutang buat seolah dia dalam keadaan betul.

Islam sangat mengambil berat tentang masalah hutang-piutang. Bahkan Rasulullah dalam sembahyangnya sering memohon kepada Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang, "Allahumma inni a'uudzu bika min al-ma'tsami wa al-maghram, Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan lilitan hutang."

Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"

Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).

Siapa saja, di antara kita pasti pernah mempunyai hutang. Hutang boleh membuat orang bersedih dan fikiran tidak tenang. Kepada para sahabatnya, Nabi menegaskan, bahawa hutang-piutang adalah perkara yang harus disegerakan. Kerana kepentingan membayar hutang, Rasulullah pernah mengajarkan doa kepada sahabatnya.

Abu Umamah, sorang sahabat Nabi SAW pernah merasakan kegelisahan dan kebingungan kerana mempunyai hutang yang tidak boleh dibayar. Suatu ketika dia sedang termenung di Masjid memikirkan hutang-hutangnya. Melihat sahabatnya gelisah, Rasulullah SAW langsung bersabda dan memberikan doa kepada Abu Umamah untuk diamalkan setiap pagi dan petang.

Doanya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan pemaksaan dari orang lain . "(HR Abu Dawud).




Share This!


13 ulasan:

  1. Ada juga...dah bertahun..mungkin betul2 susah agaknya..

    BalasPadam
  2. pernah terjadi kepada aku...sehingga kini si peminta hutang masih belum bayar..dan bila jumpa dia buat selamber..kita pun dah rasa malas nak ungkit pasa hutang tue

    BalasPadam
  3. Kalau beri pinjam dèkat sedara mara lagi teruk..silap silap hari bulan..boleh terputus hubungan..kita yg beri pinjam ni pulak dijaja cerita..entahlah..dunia oh dunia..

    BalasPadam
  4. BERHUTANG MMG SUKA MEMBAYARNYA TERASA BERAT PULA...KALAU HUTANG SIKIT2 TU HALALKAN SAJALAH...ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA DGN REZKI YG LAIN KERANA KEIKHLASAN HATI KITA INSYA ALLAH..

    BalasPadam
  5. dah biasa terkena.. lg laa kite follow fb dia, insta semua..sakan makan pon tempat class.. tp hutang kite tk bayar achik.. last2 dah geram sgt, siap pm dia antar hadis2 berkaitan hutang.. terus dia block kite.. adoi gerammnya

    BalasPadam
  6. mrs pernah terkena berkali kali juga...so sekarang malas dah nak kasi orang pinjam duit

    BalasPadam
  7. hmmm...memang pun. sebab tu kadang2 malas bagi pinjam walaupun dengan kawan sendiri. tapi bila tak bagi dikatanya kita macam2

    BalasPadam
  8. Tanggungjawab..membayar hutang itu tanggungjawab..terutama bila meminjam sesama insan..bayarlah..kalau pun tak dapat bayar sekaligus..bayarlah sedikit sedikit..kalau sewaktu mahu meminjam boleh cakap secara baik..sepatutnya selepas dapat meminjam menjadi lebih baik..hakikatnya yang berlaku sebaliknya..itulah yang ralat..

    BalasPadam
  9. Pernah juga berlaku pada saya situasi mcm ni. Jngn ambil ringan soal hutang. Susah klu mati kelak. Menjadi peringatan buat diri ini juga..

    BalasPadam
  10. Kalau mahu pertolongan Allah SWT diakhirat, bebaskan hutang.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

    BalasPadam
  11. mmg skarang yang memberi takut dgn yang menerima hutang..
    kelakar pun ada tapi yang menerima tu sendiri mau ingat la.. kat dunia senang lah hihi..

    BalasPadam
  12. Memang takut dengan hutang ni walau sepuluh sen..hmm..

    BalasPadam
  13. Geram jg dgn kawan yg dh d kasih hutang.. pas kite tagih malah dia yg marah2 ...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails