Pengikut

Ahad, 26 April 2015

Strok atau Angin Ahmar Di Kalangan Golongan Muda Semakin Membimbangkan



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Minggu lepaskan acik pergi ke kuala lumpur.Masa menunggu waktu ke zebra square pergilah ke times square.

Memang ramai orang tetapi mata ini terarah beberapa oran lelaki yang usianya lingkungan 30 an. Kelihatan tangan sebelahnya tidak mampu di gerakkan. Terlindas di fikiran kenapa agaknya ?

Assalamualaikum bang, nak ke mana ? oleh saya tolong ?

Abang : Saya nak kedang hujung tu, barang banyak pula. 

Kami pun pergilah sampai ke sempat yang ingin di tuju. Kelihatan abang tu keletihan.

Acik : abang kita rehat di sini dulu.
Abang : baiklah dik
Acik : minta maaf tanya , tangan abang tu kenapa ye ?
Abang : sebelah bahagian badan abang termasuk tangan dan kaki kena strok.

Terkejut acik dengar ,tak sangka orang muda pun boleh kena strok ?

Punca strok atau angin ahmar 

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh :

  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. 
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid
Tanda-tanda terkena strok 

Tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan.
Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata.

Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness , hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan.Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes.



Okey dapat sedikit maklumat, jagalah diri kita dan kesihatan diri kita. Bila terkena strok ada kes sukar untuk bertutur dan mengakibatkan anggota badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Share This!


17 ulasan:

  1. Assalammualaikum.... achik,

    terima kasih achik info nie.. nice information.. bahaya kena stroke nie.. minta2 dijauhkan.. pape kena amalkan perjagaan kesihatan dengan baik.

    mselim3

    BalasPadam
  2. takut juga dgr ni kan acik....

    BalasPadam
  3. Ya Allah takutnya kena stroke ni... Minta dijauhkan dari diri kita.. Allahu! T_T

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. takut , seram & ngeri.. moga penghujung hayat kita semua dengan kebaikan.. pengakhiran yang baik-baik

    BalasPadam
  6. Salam achik. Arzmoha singgah sini. Info yang berguna. Semoga dijauhi dari sakit ini.

    Semoga kita dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik

    BalasPadam
  7. stroke mmgtakut utk dialami moga dijauhi drpdnya...jaga kesihatn diri.

    BalasPadam
  8. sebelum masuk usia 40 ni nmpknya perlu jaga makan dan kena bersenam ..huhu

    BalasPadam
  9. good info ya acik, ni mesti update entri guna hp..kan? ada typo beberapa perkataan.

    ok jaga kesihatan, jgn ingat muda tak boleh kena strok!

    BalasPadam
  10. semoga kita semua diberi kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat..amin

    BalasPadam
  11. Ini yg akak risau.. akak dh di istiharkan ada penyakit darah tinggi...x tau nk buat mcm mn dh...ikutkan dh kena warded...tp akak x nk...ermmm...x tau mcm mn dh

    BalasPadam
  12. Salam acik. Mia singgah sini. Kalau compare dengan zaman dulu, zaman sekarang makin ramai yang kena strok... mungkin cara pengambilan makanan dan cara kehidupan yang berbeza. Kena kurangkan fast food skrg nie... hehe

    BalasPadam
  13. Kesiannya, sekarang sakit tak kira usia. kalau ada darah tinggi cepat-cepatlah turunkan. Jangan stress, pemakanan pun kena jaga.

    BalasPadam
  14. Strok mmg merisaukan.. saya pernah berjumpa org berumur 20an dah kena strok.. kesian. Ambil masa yg lama utk pulih spt sediakala

    BalasPadam
  15. stres adalah punca utama golongan muda terdedah dgn strok, minta dijauhkan , takmo stress

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails