Pengikut

Jumaat, 24 April 2015

Tarbiyah Allah Melalui Cara Tak Di Duga



Assalamualaikum 

Aku bukan
seperti engkau sangkakan

pura-pura di dalam berjuang

Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga
jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..


Pembukaan dengan bait-bait lirik yang berkaitan perjuangan diri ini, semoga Allah beri kekuatan untukku lalui setiap apa yang terjadi dalam hidup ini.  Pernah tak kamu ketika sedang kusyuk meneiliti di timeline facebook mahu twitter. Tetiba terbaca statusnya rasa sakit hati.

Cetusan hati bermadah " adakah aku orang yang di perkatakan ? 

Kadang membiarkan lagi, tiba-tiba status lain eh macam cakap pasal aku je tu ? 

Kita pun dengan nada ayat marah update status untuk membalas kenyataan tersebut.  Secara tiba-tiba orang lain baca status kita terasa pula. 

Itu dari sisi yang lain, bahawa syaitan berjaya menaikkan ego kita, syaitan berjaya mengawal amarah kita. Biarkan kita melenting ,kadang orang itu bukan tulis untuk kita cuma kebetulan sahaja. 

Itu apa yang kita fikirkan tapi kita pernah tak kita fikir ianya ada satu teguran .

Satu teguran ? 

yup teguran dari Allah,  bila kita baca status rakan-rakan kita tiba-tiba kita sentap, sedih ,sayu ,geram ,marah dan sebagainya. Walaupun status itu hanya sekadar nasihat pendek.

Kalau yang maki-maki itu tentulah tidak.

Contohnya :

Mak selalu pesan kadang dalam situasi tertentu tak semua pekara kita betul. Pada pandangan kita, kitalah betul tapi bila bertanya pada pandangan ramai orang rupanya kita pun ada lakukan kesilapan. Paling penting kita muhasabah diri dan jika ada ruang & peluang itu untuk betulkan kesilapan kita dan mengaku salah itu tidak menjadi barah pun. Ok friends ? Chill okey

Hati kita berkata " ala tunjuk baiklah tu , macam bagus je !!

Ambillah sudut yang positive di mana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Melalui status dan ayat tersebut ada sedikit keinsafan di dalam hati kita. Kadang kata-kata itu teringat di minda kita.

Itulah tanda Allah nak ingatkan kita dalam kita tak sedar, Allah berikan kawan kita ilham menulis pekara seperti itu untuk memperingati kita melalui cara tersebut.

Kita geram, menyampah dengan ayat-ayat tersebut.

Maka kita muhasabah diri, makna hati kita itu keras dengan nasihat-nasihat.Allah sayang kita,sebab itu Dia hantar orang tertentu kepada kita.

Ianya juga adalah sebahgian dari hidayah Allah. Mungkin dengan yat tersebut buat dia berubah. Boleh jadikan ? 

Tiada yang mustahil dan tiada pekara sia-sia jika ianya adalah kerana ALLAH .

Dalam riwayat Muslim, “Kewajipan orang Islam terhadap orang Islam yang lain ada enam perkara, “Apabila berjumpa maka hendaklah member salam, jika kamu diundang hendaklah hadiri, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin dan menyebut “الحمد لله” doakan dengan “يرحمك الله”, jika dia sakit lawatilah dia dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”.
Nasihat adalah prinsip dasar dalam kehidupan umat Islam kerana kehidupan umat dibangun atas dasar ukhuwah Islamiyah dan tolong menolong. Maka nasihat adalah bentuk konkrit dari ukhuwah dan tolong-menolong. Walaupun begitu nasihat harus dilakukan dengan penuh ikhlas sesuai dengan makna nasihat tersebut. Lebih dari itu nasihat akan sampai pada sasaran jika dilakukan dengan adab yang baik, iaitu dengan cara menyampaikannya dengan penuh kelembutan dan kecintaan. 
Okey ? 
Jom kita muhasabah diri . 



Share This!


20 ulasan:

  1. thank you untuk peringatan ni :)

    kadang2 orang post di social networks, sebab dia nak tegur diri sendiri jugak. lebih2 lagi bila apa yang dia post tu public, lagi la rasa dia patut berubah. kira sebagai usaha dia untuk jadi lebih baik. lagi best bila orang lain boleh ingatkan dia kalau nampak dia teralpa.

    dan, bila kita yang lain terbaca post dan tersentap, maknanya kita sendiri ada buat apa yang dia nak berubah tu. :) good point yang at least kita dah sedar kelemahan, kesilapan kita kan.

    BalasPadam
  2. Nice sharing Acik..
    Thanks untuk peringatan nie.

    BalasPadam
  3. *senyum* tak perlu kata apa-apa...:)
    tQ Acik...

    BalasPadam
  4. *senyum* tak perlu kata apa-apa...:)
    tQ Acik...

    BalasPadam
  5. SALAM JUMAAT..MUSAHABAH DIRI SELALU...KESILAPN TANPA SEDAR SERING DILAKUKAN..

    BalasPadam
  6. Assalamualikum acik... Tq sharing...

    BalasPadam
  7. yes,,saya pernah dengar Ustazah Norhafizah kata,,memang kita bodoh pun, memang kita hina pun. sebab kita hanya hamba. jadi buat apa kita nak marah kalau orang mengata kita hina kita. bukan orang tu yang menentukan syurga neraka kita. hanya Allah yang judge kita..

    yg penting kena cool..jangan cepat melatah..terasa nak marah tu, kena cuba fikir balik dalam-dalam sebelum kemarahan itu dilontarkan di status2 laman social..wallahualam..

    BalasPadam
  8. Memang betul achik.. kdg2 kita tak sedar diri kita.. bila kita santai2 tgk fb, twitter.. ada yg terkena pada kita.. just keep positive dan betulkan diri sendiri..

    BalasPadam
  9. hidup kita hanya nak cari redha Allah saja..
    kalau harapkan redha manusia, takut kita yang merana...manusia mana pernah puas...

    p/s tak terlambat untuk akak ucapkan tahniah atas anugerah!!!! all the best...

    BalasPadam
  10. nice sharing acik. yg paling penting ialah muhasabah diri kita. :D

    BalasPadam
  11. betul. tp kadang kala banyak yg memberi teguran tepat pada sasaran dlm bahasa yang kasar. bukan lagi satu teguran tapi umpama hint untuk mencetuskan pergaduhan. semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan ALLAH :)

    BalasPadam
  12. Peringatan yg baik utk renungan kita semua. T kasih Acik.

    BalasPadam
  13. bagus penulisan acik!! nice sharing!!

    BalasPadam
  14. kadang2 terasa dengan ape yg org tulis tapi kita kena la muhasabah diri balik.. kenapa kita mcm ni mcm tu.. good sharing acik :)

    BalasPadam
  15. Perkongsian yang baik achik. Adakala jumpa status yang kita tak suka terus nak troll sedangkan apa yang diperkatakan ada betulnya. Sama-sama kita muhasabah diri dan hati-hati dengan media sosial

    BalasPadam
  16. Thanks acik ats perkongsian ini..kdg2 bila buka fb terpandang status yg buat kita terasa atau sentap pdhal si dia takde niat nk tujukan pada sapa2 ..mungkin sbg tanda ingatan utk dia juga..jika benar kita ada berbuat silap maka perbetulkanlah..Sekurang2nya nasihat dr org lain dlm kita tak sedar itu ttp satu nasihat..sama2 kita muhasabah diri kita ke arah yg lbh baik dan teratur..insyaallah..

    BalasPadam
  17. terima kasih achik atas ingatan.

    BalasPadam
  18. kita kongsi sekadar utk peringatan diri sdiri dan kwn2. tapi ada plk yg cop kita berlagak alim. huhu

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails