Pengikut

Isnin, 27 April 2015

Apabila Kekasih Lama Kembali


Assalamualaikum

Tiba-tiba dapat mesej dari seseorang, cukup kenal aku nombor tersebut. Hati berdebar-debar untuk sekian lama dia menghantar mesej.

Bila aku membuka mesej tersebut tidak ku duga. Dia ajak ketemu walaupun dah berkahwin ? Tidakku layan tetapi dia terus menghantar mesej di facebook merayu untuk ajak ketemu , katanya hanya aku yang memahaminya.

Ahh ini adalah sedikit coretan yang pernah mengalaminya kejadian tersebut. Kekasih lama kembali lagi setelah sekian lama.

Apa tindakan kita ?

Adakah terus ajak berjumpa atau biarkan sahaja ?


Memang pilihan di tangan kita tetapi penyakit ini amat berbahaya sekiranya pasangan itu telah pun berumah tangga dengan pasangan masing-masing. Makin parah apabila pasangan itu mengalami masalah dalam rumah tangga ketika mereka terjumpa semula kekasih lama dan mula mengadu masalah masing-masing.

Proses kaunseling tidak bertauliah ini akan mengakibatkan masalah rumah tangga itu semakin kronik. Mana takkannya mesti ada penyesalan dalam hati. Kenapalah kita tak kawin dengan dia ?

Maka dengan tegas acik nasihatkan jangan memulakan apa juga perhubungan terutama bekas kekasih kita telah berkahwin. Ianya akan mengeruhkan keadaan percayalah. Elak untuk berhubung sama ada melalui orang perantaraan, media sosial mahupun telefon. Jika berlaku perhubungan tanpa sengaja sekalipun seperti melalui media sosial dan telefon kita hendaklah menamatkan percakapan dan perhubungan itu dengan seberapa segera.

Biarlah benda dah berlalu , jangan di ungkit lagi kisah lama. Jodoh itu telah di tetapkan Allah.Seharusnya kita perlu hindari untuk kembali mengingat keindahan memori bersama cinta lama dan berpijak kepada dunia nyata siapakah kita ketika ini dan apakah tanggungjawab kita kepada pasangan kita dan pilihan kita.


Jika situasi ini masih tiada penghujungnya, mungkin kerana si dia berasa kesal dengan apa yang pernah dilakukannya kepada kita sebelum ini, pada masa inilah kita perlu memiliki asertif diri yang kuat untuk menyedarkan si dia hakikat sebenar status diri kita yang sesekali tidak akan mengecewakan pasangan kita.


Asertif diri perlu dilatih sentiasa untuk menyatakan tidak kepada godaan cinta lama selain untuk memastikan cinta lama sedar akan kesilapannya mengganggu kita yang sudah menjadi isteri atau suami kepada seseorang. Cuba elakkan bermusuh dengan cinta lama, sedarkan si dia dengan penuh asertif dan berhemah.


Okey ?

Jangan mencari masalah yang lain, jalani hidup kita yang sekarang. Sebagai pasangan yang terbaik kepada pasangan kita, hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri kita dari mencari, mendekati atau cuba menjalinkan kembali memori ilusi cinta lama.


Share This!


23 ulasan:

  1. Akak setuju....walau apa jya masalah antara bekas kekasih dan pasangannya..jgn sesekali kita nasik campur.. bahaya yg akan mengundang...

    BalasPadam
  2. Setuju tuh...
    walaupun kaunseling percuma kan..hihi..
    lebih baik kite elakkan...drpd kita nak ubatinya sgt la susah klu melibatkan rumahtangga org :)

    BalasPadam
  3. btl tu..kite xtahu ape benda yg dia cbe nak smpikan.. tmbh2 klo bkait dgn malh rumahtgga dia..so drp kite tbabit skali nt baik kite hindarkan..meraung airmata darah pn acik xpyh lyn..bia lah dia cri je org lain.

    BalasPadam
  4. btl tu..kite xtahu ape benda yg dia cbe nak smpikan.. tmbh2 klo bkait dgn malh rumahtgga dia..so drp kite tbabit skali nt baik kite hindarkan..meraung airmata darah pn acik xpyh lyn..bia lah dia cri je org lain.

    BalasPadam
  5. setuju dengan acik..jangan cuba bermain api,satg ada yang terbakar(ada kena mengena kah)...hehehehe

    BalasPadam
  6. betul tu acik. Allah dah aturkan semuanya

    BalasPadam
  7. setuju sangat...kalau boleh elakkan jumpa atau berhubung dgn ex anda..
    Macam Fida...before kawin dulu ok la still berhubungan lagi dgn ex..dia pun ok..tapi after masing2 dah kawin terus sepi..takut terguris hati pasangan masing2.even husband takkisah pada luaran tapi hati dia..mesti ada terkilan.

    BalasPadam
  8. setuju sangat.. jgn dok menyibuk.. andai kata terpaksa.. berilah nasihat yg bernas dan offkan diri terus dari perhubungan tersebut...

    BalasPadam
  9. yang lepas, biarkanlah. eloknya bia je. sbb nnt takut yg ke-3 mengubah hati kita

    BalasPadam
  10. Jika kekasih lama kembali
    Lembaran usang terbaca lagi
    Dan pasti perih tercetak ulang dihati
    Jadi pilih saja cinta yang kita miliki saat ini

    BalasPadam
  11. yg lepas tu biarlh berlalu..jgn diselak lembarnya kembali...

    BalasPadam
  12. betul acik, jangan mencari masalah ,percaturanNya adalah yang terbaik buat kita semua.

    BalasPadam
  13. betul tu,,, setuju sangat, perempuan tu pulak, macam tak ade perempuan ker dia nak pegi mengadu?
    selesaikan masalah rumah tangga tu dulu, bukan dengan menceritakn kepada orang luar,,

    BalasPadam
  14. setuju sangat kena hati-hati jangan bermain api.........
    sebab hati ni susah sangat nak control sifat dia berbolak balik :)

    BalasPadam
  15. Agree.. Bahaye wOo.. kalau boleh elak baek elak kan...

    BalasPadam
  16. Setuju..jgn sibuk nak tlg org klau cara tu tak betul.kdg2 kita ikhlas menolong tapi lain jadinya..drp dpt masalah baik tak payah laa kan.

    BalasPadam
  17. Betul Acik.. lebih baik kita jauhkan. Kelak klu terjadi apa2 nnti kita juga yg dipersalahkan.. moga dijauhkan dan dilindungilah dari perkara2 yg memburukkan... aamiin.

    BalasPadam
  18. setuju sangat acik.. kite pun ada pengalaman yang sama.. sob sob

    BalasPadam
  19. yup! jgn cari pasal jumpa kekasih lama yg dah kawin. ada banyak fitnah. silap² rumah tangga diorng pun boleh runtuh

    BalasPadam
  20. setuju tu, elok mengelak dari masalah kemudian hari, byk lagi bunga di luar sana, tak perlu kejar si isteri orang kn achik

    BalasPadam
  21. Saya sedang dr.ken dari Ghana, saya tahu ramai daripada anda mesti pernah mendengar daripada saya sebelum atau melihat saya di TV. Am di sini hari ini untuk memberitahu dunia tidak perlu menderita dan mati dalam kesakitan dan penyakit, apabila terdapat seorang lelaki yang boleh menyelesaikan semua masalah, anda di mana tidak dilahirkan dengan penyakit supaya anda tidak akan hidup dengan apa-apa. Saya tahu orang telah mencari peluang untuk berbincang dengan saya, sekarang di sini adalah e-mel saya untuk komunikasi mudah, (greatkenspellcaster@gmail.com) tidak menyimpan rasa sakit atau penyakit anda kepada diri sendiri kerana apabila anda dos bahawa penyakit akan berkembang lebih anda .. Tidak kira masalah yang anda mungkin mempunyai Saya mempunyai penyelesaian kepadanya.
    Saya FIX MASALAH BERIKUT KEPADA SELURUH
    GLOBE ON:
    1. Mendapatkan kekasih atau suami anda kembali
    2. peluru Rohani
    3. Latihan
    Ejaan 4. Wang
    5. ejaan Sepanjang hayat
    6. Prosperity ejaan
    7. Perlindungan ejaan
    8. Dapatkan ejaan kerja
    9. Menjadi pengurus ejaan
    10. Dapatkan pinjaman besar tanpa membayar apa-apa tempoh bayaran
    11. Mendapatkan wang penipuan anda kembali
    Ejaan 12. Kanak-kanak
    13. Kehamilan ejaan
    14. Kebebasan ejaan
    15. Cinta ejaan
    16, jampi lenyap
    17. ejaan manusia ghaib
    18. Kejayaan atau ejaan pas
    19. Perkahwinan ejaan
    20. ejaan membalas dendam
    21. Populariti ejaan
    22. Killing ejaan
    23. Cancer ejaan
    24. Supernatural ejaan kuasa
    25. Madness ejaan
    26. Rumah Percuma tempoh pinjaman
    27. ejaan Pengeluaran filem dan filem
    28. Hiv / AIDS ejaan
    29. Tuberculosis ejaan
    30. longgar berat badan dan badan ejaan
    hubungi saya untuk sebarang masalah di sini pada
    greatkenspellcaster@gmail.com. Oleh kerana tidak ada keperluan untuk mengalami sementara ada seorang lelaki untuk membantu dalam menyediakan penyelesaian kepada semua anda
    masalah. tidak kira di mana anda berada saya masih boleh help.Thanks dan mungkin anda semua hidup lama

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails