Pengikut

Sabtu, 23 Mei 2015

Berdoa Dalam Soal Jodoh Agar Di Temui Jodoh Yang Selayaknya Untuk Kita


Assalamualaikum


Cinta itu menjadi medan nusantara hati di seluruh dunia, ianya membawa kita mengibau ketempat-tempat indah di dunia mengikut haluan hati kita. Kemana tujuan kita membawa cinta tersebut dan bagaimana cinta itu akan di sampaikan. 


Cinta itu fitrah kita sebagai manusia tetapi ianya boleh menjadi fitnah kepada sesiapa sahaja yang salah mentafsirkannya.

Ramai yang tanya acik, 

kenapa acik berkali-kali aku bercinta tetapi berkali aku gagal bercinta.
bertahun aku mencintai tetapi dia tinggal aku selamanya.

Pertama, ingatlah betulkan niat kita mencintai kerana apa ? 

adakah kerana dia seorang manusia ?  atau kerana Allah ? 

itulah yang di ajarkan oleh guru acik dan ingatan mak kepada acik.

Jika cinta kerana Allah pastinya kita tahu apa yang patut kita lakukan dan tidak seharusnya kita lakukan. Pastinya kita menjaga jarak, pergaulan mahupun perilaku.

Satu pekara yang kita selalu lupa dan sering kita lakukan dalam mencintai dan di cintai.

Iaitu berdoa kepadaNya. Doa agar kita bertemu dengan jodoh yang selayak untuk kita. Berdoa agar kita bahagia dengan pilihan Allah, berdoa agar hati kita ikhlas menerima jodoh yang Allah kurniakan pada kita. Berdoalah pada Allah, moga Allah tak jadikan kita manusia yang cintakan seseorang, akhirnya insan yang kita cinta jadi milik orang lain.

Kamu tahu kenapa? Berat sangat kesakitannya untuk awak tanggung nanti. 


Persoalan jodoh ni sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah ditakdirkan sama macam rezeki, ajal maut dan sebagainya. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang siapa pun tak mampu nak mengetahuinya termasuklah tukang tilik atau tukang karut. 

Klik Di sini

Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini).

Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya dengan amalan manusia.Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan planet-planet dan sebagainya. 

Berbalik kepada persoalan jodoh ia sama juga kaedahnya macam rezeki. Kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.

Jadi jangan lupa berdoa , bertawakal dan berserah pada Allah. Allah tahu yang terbaik untuk kita. 


Share This!


11 ulasan:

  1. tepat sekali acik...
    ajal pertemuan, jodoh maut ditangan Allah..
    Dia mencipta kita, hambaNya. pasti DIA tahu apa yang terbaik untu kita

    BalasPadam
  2. jodoh semua ditangan Allah.. anggap je laa,kalau tiada jodoh, org tu bukan yang terbaik untuk kite.. sentiasa bersangka baik.. =) doa dan tawakan.. Semoga Acik bertemu jodoh yang terbaik dan kekal hingga ke jannah

    BalasPadam
  3. Semoga Acik bertemu jodoh yang selayaknya seperti yang diaturkan di Loh Mahfuz...

    BalasPadam
  4. berdoa banyak2 agar memperolehi jodoh yg baik..insyaAllah.

    BalasPadam
  5. niat kena betul, insyaallah Allah akan memperkenankan..

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang cukup baik! Terima kasih kerana drop by dekat blog saya.

    Salam dari www.pojiegraphy.blogspot.com :)

    BalasPadam
  7. betul tu. kadang kite lupa apa niat sebenar kite bercinta. mungkin sebab itu Allah pinjamkan sementara seseorg itu utk kita. Apa2 pun berdoa berusaha dan bertawakal. InsyaAllah seseorg yg istimewa Allah takdirkan utk kite nnt ^^

    BalasPadam
  8. Doa senjata kita umat Islam, jangan berputus asa dengan Allah swt.

    BalasPadam
  9. cinta pertama tidak seindah cinta ke dua...
    yg pertama mengajar erti kehidupan yg sebenar...
    jodoh tu tetap ada,bila dah sampai masanya...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails