Pemilik Kereta Myvi Terus Di Ganggu Kerana Memilik Myvi | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Rabu, 6 Mei 2015

Pemilik Kereta Myvi Terus Di Ganggu Kerana Memilik Myvi


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sekarang ini isu tentang myvi masih belum reda lagi. Pesalah yang melanggar belum di hukum lagi.Tetapi hukuman masyarakat berikan kepada kereta myvi belum behenti.

Selepas kejadian tersebut banyak pemilik kereta myvi jadi sasaran. Mereka yang tidak bersalah dan tiada kaitan. Hanyalah pemilik kereta myvi.

Rungutan di laman sosial ada mengatakan mereka di ganggu kerana memakai kereta myvi. Banyak sindiran yang di kenakan terhadap myvi tetapi janganlah terlalu beremosi.



Kereta myvi tidak bersalah tetapi pemandu yang bersalah.Mereka yang cuai dan memandu melebihi had laju.

Ini masalahnya mereka menghukum seolah semua pemilik myvi yang bersalah. 

Pihak kelab kereta tersebut juga telah bersedia memberi kerjasama dan bertanggungjawab apa yang berlaku. Ambil kes ini sebagai iktibar. Apa juga kereta yang kamu pandu harus menjaga keselamatan di jalanraya. 

Jangan keruhkan keadaan lagi dan ambil tindakan tidak sepatutnya.Jangan kamu pula nanti yang kena bahananya.

Apa pun takziah acik ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat kemalangan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan kewangan kepada dua beradik yatim piatu anak mangsa kemalangan di atas lebuhraya DUKE boleh la salurkan sumbangan anda ke


MUHAMMAD FAIZZNUR 
164799190478 MAYBANK

Kepada sesiapa yang ingin melawat boleh berbuat demikian di

No 19, jalan batu muda 18
Taman batu muda
Batu caves
68100 kuala lumpur



Share This!


24 ulasan:

Siti Rohaida Yusof berkata...

mentaliti orang kita kan acik..orang yang tak bersalah dihukum seperti ini..Cuba guna logik akal..isk...

Tanpa Nama berkata...

kan..kan..kan

Yana Yani berkata...

tulah mentaliti org kite, patutnya
kita hate the crime, not the criminal

Yana Yani berkata...

tulah mentaliti org kite, patutnya
kita hate the crime, not the criminal

adk dayah berkata...

mentaliti masyarakat malaysia >_< macam tu dah la..hurmm

Inani Hazwani berkata...

sebab nila setitik rosak susu sebelanga

Mazni Munawar berkata...

itulah, pemilik myvi yg takde kena mengena pun kena tempias jugak.. takde keje lain agaknya diorang yg suka menghukum ni

Cikk Mimin berkata...

emosi terlebih yang lain lain tuu

Time Traveller berkata...

Baru sampai Malaysia semalam.. Terus cari info nak baca pasal kes ni.. Tak tahu apa2 pun.. Apa pun semoga yg bersalah tu nnti akan di hukum dgn seberat2 hukuman..

Linda berkata...

Tetiba baru perasan ramai pulak yang drive myvi ni mmmm...mcm samseng jalanan sikit....bukanlah semua cuma sbb nila setitik...

paridah berkata...

biasala tu tempias pasti kena juga..kemalangan yg boleh dielak drpd berlaku...keseronokn berlumba dijalnraya hnya mmbawa padah.

Wanie Masduki berkata...

ahad lepas pegi jalan2 dekat pantai remis, jeram..naik kereta myvi adik saya..geram je sebab org pandang2 dengan pandangan tak puas hati..kecik ati kami

Eny Abdullah berkata...

Kereta myvi tak bersalah.. pemilik kereta myvi tak bersalah. yg bersalah pemandu yg terlibat kemalangan tu je... x faham masyarakat malaysia ni.. suka menghukum x tentu pasal kan...

amelia :) berkata...

adei, baru nk beli myvi.. haha..
yang lain pun, dah kenapa emosi tak betul?
xpepasal org yang xberslh pun kne..

Amy J berkata...

ish ish ish. x pasal2 je kena macam tu. apa la..

RahimAim BudakPrihatin berkata...

Kerana MYVI sebuah...rosak MYVI berbuah-buah...

Siti Aisya Ibrahim berkata...

sebenarnya kesian bila myvi lain salah, myvi lain dipersalahkan sekali...xleh arr camtuh kan, xbagus mentality gtuh kan :D btw acik, kita dah follow, mehlah dtg blog kita follow balik :D hekhekehkeh :D

salam sayang dari kak aisya EFG, padehal acik tua lgi dari kita...hehehe sje nk gediksini, komen panjang2 berjela...kehkehkehkehk...

jindrisska.blogspot.com

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice sharing

Hafiza AizZawa berkata...

kesian kan.. tak pasal2 je kereta jd mangsa

Haslinda Hassan Ali berkata...

myvi
myvi
kecian kat kita pengguna setia..

Akif Imtiyaz berkata...

Kesian kt pemilik myvi kat Malaysia sekarang ni..aduss myvi tak bersalah ..

Maria Firdz berkata...

Kesian kat semua yg ada kereta myvi.. Tak psal2 terbabit sekali..

muhammad nizam berkata...

agak2 kalau merc ke bmw ke bogati veron ke ferrarri ke terlibat... agak2 jadi tak macam ni?

Nik Ainaa berkata...

manusia yg senang2 jatuhkn hukuman. pulak tu org lain jadi mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails