Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Biarkan Aku Terus Hanyut Demi Cinta Yang Tidak Pasti



Assalamualaikum

Alhamdulilah Dia masih memberi kekuatan ke atas diri ini, sekarang ini acik baru sahaja masuk di tempat kerja yang baru dan pelbagai masalah yang hadir tanpa di duga.Tetapi syukur kepadaNya kerana setiap musibah itu ada kemanisan yang di luar jangkaan.

Setiap hari acik cuba merenungi diri ini, meletakkan diri di tempat sudut hati yang ingin kembali kepada ke jalannya.Acik sedar semakin hari kita terleka dengan sesuatu perkara walaupun pekara tu mengundang kejahilan kepada kita tapi kita biarkan ia sebagai suatu kebiasaan dan ayat yang biasa di gunakan adalah "biasalah zaman dah moden" 

Setiap dari kita pernah lari dari melakukan kesilapan dan kita tak pernah terlambat untuk berubah selagi nyawa masih dikandung badan. Masih ada harapan waimah kita mempunyai segunung dosa sekalipun. Dia Maha Mendengar dan mengampuni dosa-dosa kita. Cara yang terbaik adalah melalui taubat nasuha dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama. 


Setiap orang seharusnya diberi peluang tika mereka melakukan kesilapan dan begitu juga sebaliknya kita bukan tuhan untuk mengadili kesilapan orang lain.Hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari kita yang kena.Daripada kita yang terkena lebih baik kita bersikap toleransi dan suka memaafkan orang lain terlebih dahulu.

Kita perlu mencari hidayah kehidupan melalui perkataan , perbuatan dan perilaku. Hidayah Allah tidak semua orang dapat. 

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).

Sebagaimana firman Allah S.W.T, hanya Dia sahaja yang dapat memberikan hidayah itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, bergantung kepada kita umat mukmin supaya berusaha untuk mendapatkannya atau kita hanya menanti sehingga hidayah itu kunjung tiba?

Mesti pernah sedetik atau sekelumit jua perasaan kita berkata ingin berubah, suara hidayah yang berbisik-bisik agar kita berubah ke jalan Allah. Adakah kita menepis sehabis mungkin, mendengar segala bisikan-bisikan syaitan dan godaannya atau disebaliknya?

Untuk memperoleh hidayah Allah, kita bukan hanya perlu menunggu sehingga hidayah itu datang, kita perlu berusaha untuk menggapainya. Bagaimana caranya? Lantaran itu lakukanlah perubahan, yang buruk perbanyakkan kebaikkannya, yang baik tidak salah jika mahu menjadi yang lebih baik. InsyaAllah dengan berkat kita berdoa, berusaha dan bertawakal apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. dengan izinNya.




Acap kali kita dengar perkataan ini, “Belum sampai seru…”, “Nantilah, tunggu aku dah tua.” “Alah relax lu, kitakan masih muda, tak best lah tinggal benda tu,” “Tunggu dululah, tak ready lagi..”,”Belum terbukalah pintu hati ini nak insaf, sat lagilah aku bertaubat…”

Bermacam-macam alasan diberikan, agar tidak dibebani dengan segala perkara yang disuruh dan sukar untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Seribu satu alasan pun yang diberi, kita sebenarnya belum cukup kuat untuk melakukan perubahan itu, mencipta pelbagai alasan agar diri selamat daripada dipaksa melakukan perubahan.

Ambillah kesempatan yang ada ini untuk memperbaiki diri ini, acik menaip ini tidak hanya mengingatkan pembaca blog acik tetapi untuk diri ini yang banyak lagi kelemahan. Hidayah Allah tidak semua dapat merasainya, jika terasa ingin berubah kepada perlu di tangguh ? 

Ambillah peluang itu, lakukan perubahan, satu demi satu. InshaAllah Allah akan permudahkan urusan. Jangan biarkan cinta yang kita di ingini di persiakan demi kepuasan hidup kita. Carilah cinta Allah, pasti kita dapat segalanya dalam hidup kita. DemiNya pasti kita akan temui jodoh yang selayaknya untuk kita dan keranaNya hati kita damai dan tenang. 

Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya.

(Surah Hud: ayat 52)


Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8)

Catat Ulasan

6 Ulasan

Siti Sharini berkata…
In shaa Allah aminn
paridah berkata…
lakukan perubahan segera ke arah kebaikan...
Eny Abdullah berkata…
betul acik, hidayah itu perlu dicari bukan tunggu ianya datang bergolek.. mcm rezeki kan...
Unknown berkata…
Hidayah memang perlu dicari. maybe bagi sesetengah orang yang terpilih hidayah datang tanpa disangka
Khir Khalid berkata…
In shaa Allah... aamiin. T kasih atas perkongsian ini Acik...