Pengikut

Sabtu, 13 Jun 2015

Lelaki Turunkan Egomu Untuk Dia Yang Kau Sayang


luahan lelaki
gambar hiasan

Assalamualaikum

Hari ini acik bagaikan tak percaya apa berlaku, bukan senang seorang lelaki nak mengaku sebuah kesalahan yang dia lakukan. Tapi tak salah jika kita mengakui kesalahan diri kita, jangan terlalu letakkan ego di tempat yang tinggi. Lelaki tanggungjawabnya besar apabila menjadi seorang suami.

Kadang memang kita lakukan kesilapan yang kita sendiri tak sedar. Niat acik ceritakan kisah bukan tujuan hanya untuk mendapat rating bacaan tapi niat acik untuk memberi kesedaran  saje. Kalau siapa belum bace tentang kisah ini , bolehlah bace di Lelaki tak menghargai isteri walaupon 10 tahun usia perkahwinan.

Tak semua pekara yang kita buat dalam dunia ini adalah betul , dan tak semua tindakan kita dapat puaskan hati semua orang. Tapi apa yang penting kita muhasabah diri untuk memperbaiki diri kita. Dan acik nak ucapkan terima kasih kepada abang Borhan kerana sudi membuat pengakuan ini.



  ini isi dalam email tersebut :

Aku selalu baca blog kau , sebab kawan aku pernah tunjukkan pada aku blog kau.Pernah satu hari aku baca sorang-sorang tanpa aku sedar air mata aku mengalir . Masa tu aku baca tentang bini yang kena pukul dan kena tinggalkan suami tu. Aku marah dan kutuk tindakan laki tak guna tu, tapi bila tengok diri aku ,aku lebih kurang sama dengan dia. Aku abaikan tanggungjawab aku sebagai lelaki dan suami. Aku pukul isteri aku.

Aku seksa dia. Aku tak ubah macam apa yang kau cerita tu . Aku ego , aku terlalu ikut perasan aku . Aku sayang isteri aku tapi entah aku selalu fikir aku lelaki dan perempuan perlu ikut kata aku sebab aku ketua keluarga.

tapi gagal jadi ayah dan suami baik , anak aku takut dengan aku , sebab aku selalu pukul dia. Aku tak pernah fikir pasal makan minum dia. Sekarang aku sedar,aku salah.Aku nak minta maaf dengan mereka tapi aku malu. terima kasih dik atas entry kau buat aku sedar.

Jika ego lelaki itu mampu menyakitkan orang yang kita sayang , mampu buat di derita, dan sakit. Apa salahnya jika kita turunkan ,lihat mereka yang kita sayang , adakah bahagia ? ataupon sebaliknya. 

Meminta maaf itu memang sukar bagi lelaki, tapi dengan minta maaf itulah dapat meredakan hati-hati mereka yang gelisah. Hulurkanlah senyuman dan kemanisan hidup .Setiap manusia layak untuk hidup bahagia. 

Jangan bila dah tiada baru tahu menghargai, nanti menyesal. Sekali lagi acik ucapkan terima kasih kepada abang Borhan atas kata katanya dan ceritanya dah sudi siarkan.

Share This!


10 ulasan:

  1. hum.. mula2 tanya macam nak pukul acik je.. rupenye.... huhu.. tengok tu acik..entry acik berjaya gugurkan ego laki..tahniah...

    BalasPadam
  2. Memang respect la lelaki yang berjaya turunkan ego lelaki =)

    BalasPadam
  3. Memang respect la lelaki yang berjaya turunkan ego lelaki =)

    BalasPadam
  4. Memang respect la lelaki yang berjaya turunkan ego lelaki =)

    BalasPadam
  5. ego tu kekedang ke bertempat... huhu.. bahaya utk diri dan pasangan...

    BalasPadam
  6. susah juga lelaki nak mengaku dia ego sebenarnya...
    tahniah acik...dia sedar akhirnya

    BalasPadam
  7. ego dan lelaki memang tak dpt dipisahkan..tapi perempuan apa kurang nya kan..tepuk dada tanya diri sendiri

    BalasPadam
  8. adkdayah sampai 3 x respect acik.
    Apa yg mampu suami buat, bahagiakan isteri dgn cara didikan Rasulullah saw. Ikon terbaik sepanjang zaman.

    BalasPadam
  9. bagus entri ni acik...mmg betul lelaki susah mintak maaf...tpi kadang2 perempuan pun gtuh jugak... hehehehe :D bagus acik, sebab berjaya mengerakkan hati manusia :D

    BalasPadam
  10. adkdayah sampai 3 x respect acik.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails