Pengikut

Ahad, 14 Jun 2015

Pertemuan Itu Ada, Tetapi Jodoh Tetap Kekal Sebagai RahsiaNya



Assalamualaikum

Duhai hati yang lara, 
Secebis perasaan itu yang membuatkan kau terluka,
tetapi kenapa kau terus mengejarnya ?
cinta itu fitrah jangan jadikan ia fitnah
pertemuan itu pengalaman
perpisah itu satu suratan
Percayalah bahawa jodoh itu rahsia Allah.
Dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untukmu.
Bersabar..

Semua orang mengatakan bahawa jodoh itu rahsia Allah. Tetapi berapa ramai yang mempercayai dan mempraktikkan apa yang di lafazkan ?

Mencari tidak salah tetapi janganlah sehingga keterlaluan dalam mencari cinta. Katanya mahukan cinta yang sempurna padahal setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

Bercinta bagai nak rak pun belum tentu dia jodoh kita. Memang kita berusaha ,tapi usaha bagaimana kita lakukan ? 

Berselfie berdua dan meminta doa agar bahagia hinnga ke jannah ?

Adakah itu caranya ?

Pada acik cara yang terbaik adalah melalui doa dan berusaha untuk memperbaiki diri. Jika benar sukakan dia, kumpul duit dan pinang dia. 

Ramai yang tertanya siapa jodoh kita ? Penat cinta tapi berkali di sakiti ?

Andai kita dah tau siapa jodoh kita, tak seronoklah. Sebab tu Allah bagi kejutan pada kita. Biar kita ternanti-nanti siapa jodohku ?

Berkenalan dan bertemu seseorang itu adalah pengalaman bagi mematangkan kita dan memperbaiki diri kita.

Jodoh itu pekara unik kerana boleh jadi jodoh kita pada dulunya orang kita benci kini jadi paling kita sayang. Kita pernah tersempak 2,3 kali tetiba dia masuk meminang, alhamdulilah berkekalan, anak dah 6 orang.Cinta melalui salah no telefon, berkawin sudah 40 tahun.

Mesti kita akan cakap " Lah tak sangka awak jodoh saya" hehe..'' Patutlah kat Universiti dulu asyik bertembung ''...'' Buka home fb asyik nampak post dia '' macam macam pengalaman kan. Pertemuan tu ada, tetapi jodoh tetap kekal sebagai rahsiaNya.

Jadi rugilah bagi mereka yang tak sabar dalam soal jodoh dan sangat rugi bagi mereka yang sia-siakan hidup kerana di tolak cinta. Jodoh itu ada cuma cepat atau lambat. Ada tu berkali-kali terluka baru jumpa jodoh yang berkekalan. Paling penting adalah sabar .


Share This!


10 ulasan:

Sheera Nur Isham berkata...

Nice post :) do follow me http://simplelifeinmaking.blogspot.com/

Siti Anirah Azuri berkata...

Betul tu acik... pertemuan tu berlaku tapi jodoh tu tak tahu ada ke tak.. Harap2 jumpa lah jodoh yang boleh bimbing hingga ke jannah.. bukan setakat i love you, you love me.. :)

Lieya Von Jay berkata...

semoga acik cepat bertemu jodoh ....

sayidah napisah berkata...

betul tu acik. jodoh itu rahsia Allah :)

mardiana abu darin berkata...

Suka dengan perumpamaan 'jodoh itu rahsia Allah....

Noriza Rahman Momma Vogue berkata...

Memang jodoh itu sukar untuk ditafsirkan..menjadi rahsia Allah

paridah berkata...

JODOH RAHSIA ALLAH...KALAU SUDAH TAKDIR KITA BERTEMU JODOH TIDAK UPAYA NK DIELAK LAGI.

Amy J berkata...

jodoh itu rahsia ALLAH. tapi selagi kita masih berusaha, kita berusahalah. jangan berdiam diri sahaja.

selalu saya baca, kalau time kita dah give up, baru dia datang. hmm kenapa eh

Amanina Mads berkata...

semoga kita bertemu jodoh yg kekal sehingga akhir hayat.. lama xsinggah blog acik.
ada typo di ayat sebab allah tu.

Aku Penghibur berkata...

Ermm naseb sedar.. ya Allah terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails