Pengikut

Selasa, 16 Jun 2015

Cerita Kehidupan Di Sebalik Remaja Bermasalah

remaja sosial

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ,ucapkan syukur ke hadratnya. Ingat lagi tak acik ceritakan kisah sebelum ini, tentang isu remaja kalau belum baca (click disini ). Hari ini adalah part 2 dan merupakan kesinambungan entri tersebut. Selepas temubual lelaki A acik juga sempat berbual-bual dengan beberapa orang remaja lain yang berada di situ melepak bersama rakan-rakan. 

Acik & Azman : Assalamualaikum adik, ada masa sikit tak kami nak tanya soalan sedikit untuk pada adik semua boleh ?
Budak A : alamak bagi salam pulak
Budak B : soalan pulak apa bro ? kami duk sini tak kacau orang.
Budak C : tak de hallah bro, tapi nak tanya pun bayar r.

Azman : nak ini ada RM  untuk kamu semua, harap bolehlah tanya beberapa soalan
Acik : kami nie nak tanya beberapa soalan saje, soalan mudah.

Budak A,B,C dah bayar boleh jer bang.

Azman :  adik semua umur berapa ? mak ayah tak marah keluar malam-malam ?

Budak A : kteorang umur 16 tahun, ala mak bapak aku pun tak kisah kenapa bro yang  sibuk ?

Acik : bukan sibuk,kami cuma bertanya sahaja.
Azman : ermm adik pandai baca al fatihah ? boleh baca ?

Budak A : alamak bro lupa .
budak B ohh senangnya (sambil membacanya)
Budak C : ala malas r nak baca-baca nie

Azman : alhamdulilah masih ingat lagi, ermm lafaz solat subuh tahu tak?

Budak A : aku tak ingatlah bro, (sambil ketawa) lagipun jarang bangun subuh

Azman : Mak ayah tak kejutkan untuk solat ?

Budak A : ala mak bapak aku tak pernah tengok dia orang solat, cakap pasal solat pun tak pernah. Aku pun tak pernah di ajar nak solat,aku tak tahu macam mana anak solat?. Dari kecik aku tahu apa yang aku lihat dari mak bapak aku, main judi ,minum arak itu "makanan " harian dyeorang jadi jangan tanyalah tentang puasa dan yang lain-lain.

Selepas bertanya pelbagai soalan , tanpa disedari waktu saat itu dah larut malam. Dan kami minta izin untuk beredar setelah panjangan lebar perbualan kami. Acik menaip di sini bukanlah untuk bertujuan menyalahkan sesiapa tetapi untuk memberikan kesedar tentang remaja kita dan betullah ada habis berbunyi : 
hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi  (riwayat Bukhari dan Muslim)

 Ibu bapa memain peranan penting dalam pembangunan sahsiah anak-anak,mereka yang mencorakkan hidup mereka dan didiklah mereka sejak dari kecil . Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau sudah jadi buluh susah nak lenturkan.Berat tanggungjawab ibu bapa, tetapi In sha Allah, mampu digalas dan dipikul selagi mana ibu bapa itu sedar anak-anak merupakan mad’u yang paling hampir dan paling terpengaruh dalam kehidupan ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri anak. Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi, mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup mereka. Bagi ibu bapa yang sibuk pula, luangkan masa berkualiti bersama anak-anak.Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk  dalam penjara baru nak sedar?  tak dapat penyakit dan sebagainya ..nauzubillah

Ibu bapa haruslah membimbing dan menjadi tauladan untuk setiap pekara. Jadilah penasihat yang baik untuk anak-anak dan jadilah kawan yang baik kepada anak-anak. ‘Jangan mudah berputus asa’. Itulah hakikat dalam mendidik "anugerah ilahi" kamu menuju syurga. Untuk menulis dan bertuturnya mungkin agak senang tetapi, untuk merealisasinya dan mendarah daging dalam kehidupan kita sebagai ibu bapa terutamanya amatlah sukar.

Acik ini bukan penghukum mana-mana pihak,tetapi tujuan untuk memberikan mereka nasihat yang semampunya sahaja.Marilah bersama-sama menangani bersama-sama dan semua pihak ambil peranan masing-masing untuk menangani isu ini.

Share This!


4 ulasan:

  1. Bukanudab nak menjaga remaja...especially anak perempuan. .itu yg akak hadapi sekarang...its hard and too hard...

    BalasPadam
  2. ibubapa la yg patut pantau...tp susah juga klu ada kawan yg mempengaruhi...huhu..KG risau utk masa akan dtg anak2 KG..mampukah...

    BalasPadam
  3. Mmg realiti nya acik.. Sedih kengkadang..

    BalasPadam
  4. macam tu la kehidupan..ibu bapa kene mainkan peranan penting

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails