Pengikut

Selasa, 28 Mei 2013

Lelaki Yang Tidak Menghargai Isterinya Walau 10 Tahun Usia Perkahwinan



Assalamualaikum

Mungkin saat ini kita sedang gembira dengan apa yang kita rasa , tapi ketika sedang gembira ada yang sedang gundah gelana dan sedih mengenangkan naseb mereka. Hari ini acik ada satu kisah yang sungguh menyayat hati, kisah ini di cerita dengan bergelinang air mata. Siapa sangka di sebalik sebuah senyuman itu tersembunyi kesulitan yang telah lama di pendamkan. 

Seorang ibu dan seorang isteri tanggungjawabnye sangat besar tetapi apabila tanggungjawab itu juga harus di pikul sebagai seorang ayah/ suami. Walhal ayah/suami masih hidup ,tetapi mengabaikan tanggungjawab. Akupenghibur.com bukan sebagai medium untuk menghukum mana mana pihak tetapi sebagai peringatan untuk semua lakukan tanggungjawab yang di amanah Allah.

Wanita  yang kuat semangat ini mempunyai  4 orang anak yang masih kecil lagi , ketika ini dia tidak bekerja lagi kerana terlalu banyak hal yang telah di hadapi. Dia dulunya seorang pekerja kerajaan tetapi demi sayang pada seorang lelaki bernama suami dia sanggup untuk buat pinjaman sana sini , namanya kini telah di senarai hitamkan. Tetapi nasebnya bagaikan melukut di tepi gantang kerana tidak di pedulikan sama sekali dan tidak di hargai dan dia mampu bertahan sehingga kini bila terkenang anak-anak yang masih kecil dan hidupnya .Setiap ujian itu Allah akan turunkan hikmah yang tersembunyi. Alhamdulilah Allah berikan dia kelebihan untuk menjahit pakaian dan mengambil upah untuk tempahan baju .Di situlah dia dapat sedikit pendapatan untuk makan seharian. Gaji suaminya bukan sedikit tetapi duit itu entah kemana.

Apalah nasib , jika ada suami tetapi sekadar bergelar suami sahaja bila melihat anak menagis pon tak mahu memujuk, anak-anak di biarkan dengan anggapan itu tanggungjawab isteri. Duit bulanan di beri dengan kadar yang rendah ,Boleh bayangkan dengan wang RM 100 untuk menyara anaknya yang ada 4 orang. Itulah duit sekolah, itulah belanja rumah., fikirlah cukup ke ? Ketika mengamuk isteri di pukul dan di kasari tanpa belas kasihan, tapi soal batin  mengikut kehendaknya. 

Kita sedap dapat makan MCD, KFC dan sebagainya tapi naseb mereka ? nak makan ayam goreng jarang sekali, nak minum air yang sedap sedap pon kadang tak mampu di sediakan bila si anak inginkan.. Kerana wang itu perlu di gunakan untuk keperluan sehariannya. 

10 tahun bukan masa singkat untuk proses pengenalan dan proses kehidupan sebagai suami isteri. 10 tahun itu juga waktu bertahan seorang isteri yang taat setia walaupon suaminya mengasarinya ,walaupon suaminya berbuat hatinya kecewa.  Kerana syurga itu di bawah tapak kaki suami. Dia wanita tabah , dan berjiwa kental dalam mengharungi kehidupan ini.

10 tahun jugalah, dia bertahan dengan apa yang berlaku, anak anak kini masih kecil , mendahagakan kasih sayang dari seorang ayah. Dia menerima kedaifan hidup sebagai takdirnya walhal dia mampu dapatkan lebih baik.
 
Yang paling takutkan adalah apabila segalanya di simpan penuh rapi agar di tak mahu aib keluarga terbuka tetapi hatinya sengsara dan takut kemurungan. Sebab acik pernah melihat seorang wanita yang naseb lebih kurang sama sehingga tekanan perasaan. 

Duhai lelaki ,betapa malunya diriku ini apabila kaumku hanya pandai berkata dan berjanji ketika sebelum mendirikan rumahtangga tapi selepas sudah di miliki janji tinggal janji. Segala kemanisan itu hilang di bawa perasan , di abaikan tanggungjawab. 

Tanggungjawab lelaki itu besar sebenarnya tapi kenapa lepaskan begitu saje dan bersenang lenang mengikut hati kita. Adakah kerana anda lelaki ? ataupon ego seorang lelaki ?
Tahu kamu hukum mengabaikan anak anak dan isteri ?  kamu perlu sediakan nafkah zahir dan batin.

Nafkah bermaksud: "Tanggungan perbelanjaan untuk menyara kehidupan ahli keluarga daripada makanan, pakaian, tempat tinggal dan perbelanjaan yang lain

Sedarlah nanti di akhirat akan di tanyakan apa yang lakukan, adakah kamu laksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan baik ? bagaimana dengan pendidikan anak kamu ? soal agama mereka ? dan lain lain lagi ?

Ingat doa anak dan isteri adalah kekuatan yang di perlukan suami ketika kita memerlukannya nanti.Jangan berlagak kerana kamu seorang lelaki , kerana Allah boleh tarik nikmat yang di berikan sekelip mata.Kepada yang bakal mendiri rumah tangga muhasabah diri , buat persediaan untuk tanggung anak orang . Berikanlah kebahgian dan gembirakanlah mereka dan lakukan tanggungjawab.

Ya Allah permudahkan urusan wanita ini, kuatkan imannya , kuatkan hatinya agar dia mampu bertahan keranamu, YA Allah kau berikan hidayah dan petunjuk kepada suaminya agar sedar apa yang dia lakukan selama ini . Ya Allah murahkanlah rezeki dan panjangkan umur mereka akan di beri kesempatan untuk hidup bahagia. Ya Rahman ya rahim hanya kau tempatku mengadu dan berharap ya ALLAH.. berikan kegembiraan yang lama hilang pada wanita tabah ini. :'(



Share This!


22 ulasan:

Siti Rohaida Yusof berkata...

sedih dengar cerita acik nie..Xdpt nak bayangkan klu sis ada ditempat wanita itu..harap Suaminya akan membuka mata dengan pengorbanan si isteri.

Nao Mei berkata...

kalau soal nie..cik akak tak nak cakap banyak dik...biasalah cik akak pernah merasa apa yang ibu tu rasa....cik akak pernah melihat bagaimana air mata seorang ibu menitis demi membesar anaknya...bukan mudah...tapi hakikat itu takdir Allah...bila cik akak baca entri nie...rasanya hanya ALLAH je tahu....

semoga lelaki diluar sana tidak melakukan kezaliman kepada kaum hawa...

cinta03 berkata...

kadang si suami nie lupa, lupa akan tanggungjawabnya. isteri yang sebaik itu tidak dihargai. nanti bila si isteri tiada, baru diri terasa kekosongan. si isteri, dia adalah wanita yang hebat!!!

Kathy Rbain berkata...

moga isteri tabah dan jangan bertindak bodoh..hanya pada mu si anak bergantung harap dan kasih sayang.semoga Allah mnerahmati mu atas pengorbanjan dan air mata mu untuk sebuah rumahtangga yang tak bermakna. moga si suami di beri hidayah untuk berubah dan menyedari kesilapannya sebelum terlambat...

Mizz Aiza berkata...

kasihannya.. semoga beliau terus tabah mengharungi dugaan yang berat ni.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. teringat akak pada kisah hidup dr. hm tuah iskandar.. beliau dan 9 orang adik beradiknya juga ditinggalkan oleh ayah kandung gara2 mahu mengahwini wanita lain.. alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya kesemua adik beradiknya berjaya dalam kehidupan masing2..

AiSyA LiEzA berkata...

sperti y dikatakan selalu..masing2 perlu tahu n ikhls dalam mnjalankan tgjwb.. y penting jgn lupa Allah.. insyaAllah :))

Rozuan Ismail berkata...

itulah dinamakan takdir.kita hanya merancang Alla tentukan segalanya. 10 tahun bukan tempoh yang singkat

Hatimi Tahirruddin berkata...

hmmm...mmg masalah kalau camni...si suami ambil kesempatan di atas kesabaran si isteri...

Nora Karim berkata...

Kesiannya... moga Allah beri kekuatan pada si isteri dan anak2 untuk menempuh hidup...

||aLeaSaRa|| berkata...

hurm nasib baik lelaki tu takda depan kak lea...kalau tak cakap je semua skill kak lea tunjuk...silambam?silat?taekwondo?muay thai?kungfu wachaaaaaa!!!

Remy hazza berkata...

amin.... tanggungjawab dan amanah memang besar...apatah lagi kalau ketua keluarga......

Mieza Jhaa K berkata...

Kat kampung saya ada jugak macam ni..kesian kt isteri kena tanggung anak..tanggung suami..kena bayar hutang suami..dan paling teruk kena bayar jamin setiap kali suami masuk penjara sebab mencuri..

AyueJean AJ berkata...

Moga beliau diberikam kekuatan mengahadapi semuanya dan mudah2 segala urusannya dipermudahkan Allah swt.....

Iha Zaliza berkata...

akak angkat sy pernah menerima nasib yg sama.. kesian dia, anak2 masih muda.. moga wanita itu terus kuatkan semangatnya.. sedih rasa..

annisa adnan berkata...

Ya Allah.. sedihnyee.. moga Allah memberi kekuatan kepada wanita itu.. kuatnya imannya.. :(

Jie Susanos berkata...

tabahnya wanita tu.. bila baca yang acik tulis..apa la dgn laki tu..

Maria Firdz berkata...

wanita itu insan terpilih oleh Allah utk terima ujian hebat tu.. mesti Allah tahu dimana kekuatannya...

Bin Muhammad berkata...

Allah itu Maha Adil...Setiap kesusahan dan kesukaran itu pasti ada hikmahnya. Perlulah bijak menanganinya... Islam ada undang2...Negara pun ada undang2, Ikutlah dan gunakanlah.

Alin Marlini berkata...

ada hikmah disebaliknya....insyaAllah

Wirda Amir berkata...

Ramai wanita di luar sana yg mengalami nasib yg sebegini acik,memang menyedihkan tp mereka tetap tabah demi anak2....

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

acik publish semula artikel ini ya.. semoga wanita itu terus tabah menghadapi ujian hidup.. kita doakan semoga diberikan hidayah kepada suaminya untuk berubah..

ika zulkefli berkata...

sedihnya ceritanya, moga wanita ini diberikan kekuatan dan terus tabah menghadapi dugaan..:) Aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails