Pengikut

Khamis, 30 Julai 2015

Dia Jodoh Yang Terbaik Untukmu ?



Assalamualaikum

Di blog acik carian jodoh,cinta dan sewaktu dengannya itulah yang paling tinggi. Soal jodoh pastinya sentiasa menjadi topik yang "ever green" oleh setiap peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun hingga yang dewasa. Malah mereka mempunyai definasi yang tersendiri bila di tanya soal jodoh dan cinta.

Begitu hebatnya kuasa cinta,sehingga manusia sanggup apa sahaja untuk mendapatkannya.

Kita selalu dengar :-

Jodoh,rezeki ,ajal dan maut di tangan Tuhan. Dan selalu jugak kita akan dengar orang akan menjawab memanglah acik jodoh di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha mencari juga ianya tidak datang bergolek.

Disebabkan konsep ‘perlu usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri sendiri. Ada yang takut di panggil anak dara tak laku,bujang terlajak dan sebagainya.

Lagilah sekarang zaman sosial media semuanya nak kongsikan kisah sweet mereka di facebook mahupun twitter. Dialah couple paling romantik ,dialah tulang rusuk yang hilang dan sebagainya.Sehingga ada yang kata tidak bercinta itu ketinggalan zaman,kuno dan tak trend.

Berkali acik tanya pada kenalan acik, adakah dia jodoh terbaik untuk kamu ?

Jawapan mereka :

Mestilah dia memahami aku,dia selalu ada di sisi aku di saat aku memerlukan. Kami serasi bersama setiap malam pasti bertelefon. Kalau tak jumpa dia hari tersebut bagaikan tidak bermakna.Kami sangat mencintai.Kami selalu tengok wayang sama-sama sambil makan pop corn sama-sama. Pimpin tangan sama-sama,sweet kan.

Adakah itu jodoh yang terbaik bagi kamu ?

Fahamkan kamu tentang maksud terbaik ?
Terbaik itu adalah yang baik untuk kamu di dunia dan di akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah.

Pasti akan ada yang kata,susahlah macam tu acik pastinya hanya ustaz sahaja jadi pilihan.

Tentu tidak, yang baik tidak semestinya dia mesti ustaz tetapi lelaki/perempuan biasa tetapi yang menjaga solatnya,akhlaknya, ibadahnya.

Jadi macam mana kami yang tak baik ? Tak layak untuk bercinta ?

Pastinya semua orang layak bercinta tetapi mestilah menjaga adabnya ,perilaku dan sebagainya.Jika di tanya sendiri pada acik .

Acik juga tidak mengharapkan wanita sufi seperti sehebat rabiatul adawiyah,sayidah napisah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana acik pun bukanlah lelaki baik dan sempurna.

Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, acik selalu ingatkan diri acik sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan.

Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara alaminya kita akan jadi baik di mata orang lain.

Carilah cinta tuhanmu pastinya kamu akan dapatkan cinta manusia.

Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?

Ya, acik tahu, ramai akan mempersoalkan entri acik ini katanya seolah setiap orang tidak berhak bercinta. Ramai juga yang bertanya dari mana acik dapat ‘resepi jodoh ini ? Dari novel? Buku motivasi? Filem?

Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi pegangan acik:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

 (Surah An-Nur ayat 26)

Jadi dah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka acik tak pernah ragu akan janji itu. Selagi acik berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka acik percaya Tuhan akan mengurniakan jodoh yang baik juga. InsyaAllah.

Ada lelaki/perempuan yang baik tetapi dapat pasangan yang teruk bagaimana ?

Di situlah terletaknya ujian dari Allah untukNya.Setiap manusia di beri peluang untuk baiki diri,tak kisah bagaimana latar belakang kita janji kita nak berubah ke arah kebaikan pastinya ada selayaknya untuk kita. Jodohkan rahsia Allah tersimpan rapi maka berdoalah dan jom baiki diri,maka jodoh kita juga sedang baiki diri. Jangan risau Allah temukan jodoh kita pada masa dan keadaan yang tepat.

Share This!


12 ulasan:

Mirabeads azi berkata...

jodoh telah ditentukan ..in sha Allah tiba masa ia muncul ...

AinAthirah Anuar berkata...

Singgah pagi

Nazlee Ismail PCL berkata...

kalau dia jodoh kita, jaga lah ia sebaik mungkin dan selainya hanya terserah pada Yang Maha Kuasa menentukan.

Nieyl berkata...

Singgah pagi..
menarik topik nie..sebab nieyl sndr 3 tahun yg lepas tanya pada diri sendiri...
adalah dia jodoh terbaik untuk ku?mampukah dia menjadi imam ku?Bolehkah dia tahan dengan sikap ku? Boleh kah dia terima segala kekurangan dalam diri ku?mcm² bermain di fikiran sebelum menerima pinangan e.suami... Kalau niat kita mendirikan masjid kerana Allah..InsyaƁllah...walaupun setiap perjalanan itu di penuhi dugaan dan ujian..Allah pasti bantu kita...Alhamdulillah..dpt takut² nak menerima jodoh Allah ini..dah hampir 3 thn lebih mendirikan rumahtangga.. cuma kini masih menanti rezeki zuriat dr Allah..semoga Allah beri rezeki itu pada suatu hari nanti.>Amin...

aswaleyla berkata...

hihihi. kadang2 lawak bile tengok anak muda duk post gambar sweet dengan pasangan dekat media lepas tu kawan2 duk komen, "sooo sweeet u are. nak macam ni jugak ! "

acik, kat atas tu johor ke jodoh ?hehhee

Inani Hazwani berkata...

In sha allah lengkapkan diri dengan kebaikan, moga moga jodoh kita pun begitu :)

Haslinda Hassan Ali berkata...

Sekiranya kekasih hati kita tu, bukannya jodoh yg sebenar...
Allah Swt dah tetapkan jodoh yg lain dan itulah yg terbaik...
kgd2 acik mmg takut tgk bebdk sekrg bercinta....berebut-rebut,post gambar bagai,
kononnya dia org lah yg hangat bercinta...
mcm org lain tak pernah bercinta depa buat kan...
minta lah di jauhkan anak2 sendiri buat perangai yg mcm gitu...
Seram...

paridah berkata...

SELAMAT MENEMUI JODOH YG DIIMPIKAN INSYA ALLAH...

suhaila Johar berkata...

insyaallag smpai masa pasti jodoh smpai

rabiatul adawiyah berkata...


jangan terlampau relationship goal sangat kan...hehe..

lama dah tak berblog walking

Ummul Azkee berkata...

setuju dgn acik...kita sependapat..ramai yg tak mengerti kerana terlalu terpengaruh dgn budaya barat...

Miela Asmila berkata...

Jodoh itu rahsia allah... Sesiapa sahaja noleh jadi jodoh kita.. Bercinta dengan orang lain..berkahwin dengan orang lainpun ada.. Tetap bahagia..
Akak yakin sangat, untuk disayangi kita perlu menyanyangi, ingin dicintai kita perlu menyintai dan untuk jodohbyang yang baik cuba lah jadi diti kita hamba allah yang terbaik.allah itu msha kaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails