Pengikut

Ahad, 26 Julai 2015

Kecewa Dengan Petugas PTPTN


Assalamualaikum

Sebenar isu ini tidak ingin di besar-besarkan tetapi rasa kecewa yang membuatkan acik terpaksa menaip di blog untuk pengajaran bersama. Niat acik bukan memburukkan PTPTN cuma pegawai dan petugasnya yang membuat acik rasa kesal. Pada mulanya acik ingin keluarkan SSPN kerana dahulu acik buat kerana syarat untuk mohon ptptn. Masa itu umur acik baru 17 Tahun dan perlu menggunakan nama arwah abah.

Jadi setelah sekian lama acik ingin keluarkan sebab acik sekurangnya boleh bayar duit ptptn. Bila pergi kali pertama acik pergi ke cawangan ptptn giant Plentong. Terkejut juga sebabnya rupanya procedurnya agak leceh untuk pengeluaran. Bila acik datang petugas asyik sibuk makan dan main handphone sambi ketawa.Jadi hati makan panas,bila kita tanya seolah tak tahu perlu tanya ketuanya. Dia bagi acik borang perlu di isi. Paling rumit sebab penama akaun adalah nama arwah abah.

Jadi dia katakan perlu kemukan no akaun, pengesahan kematian dan borang yang perlu di isi sebagai waris. Penerangan dari pegawai yang petugas tidak jelas dan berkali acik tanya berkali dia kata itu sahaja.

Lusanya acik datang membawa mini statement bank  dan surst yang di minta. Sekali lagi acik datang mereka sibuk bermain handphone. Dia kata borang tak lengkap tiada sijil kematian dan tiada setem hasil.
Jadi dengan hati yang gundah balik lagi ke rumah, semalam dia tak ada cakap pun. Acik anggap biasalah manusia kadsng terlupa.

Jadi esoknya acik datang serahkan semua borang,siap acik highlight kalau apa tak cukup lagi dan ada sebarang masalah tolong telefon saya ini no saya.Dia kata dalam masa 20 hari akan masuk ke dalam akaun.

Sebulan berlalu tanpa khabar berita, check akaun tiada pun duit masuk.

Sebentar tadi, acik telefon ptptn cawangan Johor Bahru untuk mengetahui status pengeluaran duit SSPN.Pegawai tersebut minta no kad pengenalan acik, Bila dia kata borang acik tak complete sebab tiada borang dari borang post moterm dari hospital. Acik terkejutlah sebab pegawai di Giant Plentong tidak pernah sebut mahupun menyatakan sebarang untuk dapatkan post moterm dari hospital.

Kesal sekali , sebelum-sebelum ini acik berusan dengan pegawai ptptn tidak ada masalah tetapi kali ini sangat terkilan.

Pekara yang buat acik terkilan

1. Pegawai dan petugas yang ambil sambil lewa,bila di tanya berkali-kali baru menjawab kerana sibuk makan dan bermain handphone, seorang sibuk berchatting whatsapp sorang ber facebook.
2. Penerangan yang tidak lengkap dan tidak beritahu apa yang patut di lakukan.
3. Tiada telefon untuk beritahu borang dan lengkap dan sebagainya, jika acik diamkan bertahun agaknya baru selesai.

Acik ada bertanya bagaimana untuk buat aduan berkenaan petugas dan pegawai tetapi pihak mereka beritahu boleh berhubung dengan pegawai di sana. Pada acik buang masa pastinya mereka akan pertahanpekrja dia. Harap sangat jika ada pihak PPTN membaca entri ini tolong sangat tolong acik. Acik dah buntu dan sekarang ini perlu pula ke cawangan bandar uda untuk selesaikan semua.

Share This!


29 ulasan:

Shuhaida Kabdy berkata...

kadand di sebabkan dua,tiga org yang tak amanah menjalankan keje meraka,yg lain oun kena jugak..akak pernah kena juga macam.nie tapi jabatan lain la acik..harap dapat menambaikkan lah perkhidmatan mereka..

Shuhaida Kabdy berkata...

kadand di sebabkan dua,tiga org yang tak amanah menjalankan keje meraka,yg lain oun kena jugak..akak pernah kena juga macam.nie tapi jabatan lain la acik..harap dapat menambaikkan lah perkhidmatan mereka..

Nadia Johari berkata...

Nad pun bari cadang nak tutup sspn..nak amik duit dlm tu..leh bayr ptptn..kalau remeh mcm ni..sushla

muhammad zarin berkata...

Makin teruk sebenarnya ptptn...sebab tu ramai yang malas nak berurusan dengan dieorang

Akif Imtiyaz berkata...

Bab sambil lewa jalankan tugas tu tak baik laa kan..org dah tanya elok2 jawaplaaa semua sekali agar senang org nak berurusan..bila duk layan hp je bila masa kerja nak jadikkk...mkn gaji buta keee..Sepatutnya diaorang ni bgtau detail yg lengkap laa agar senang urusan kita..ni tak main sambil lewa je ...pastu bila dah siap semua urusan kita duk tggu2 tadak jawapan padahal kalau botang ada masalah call laa sbb kita dah tggalkan no phone..manusia ni pelik btol laa kan ..kalau dah camtu bila nak selesai ..tu mujur acik call..klau tak call mmg senyap let jawapnyer..sepatutnya pihak tersebut lbh alert mengenai hal ini..harap dapat perhatian sewajarnya..Geram pulak bila baca bab duk.main hp sambil gelak2 tuu siap mkn lagi tuuuu adoii takde etika langsung..panas gak dgr ni...sakit ati pon ada..

Julia Johari berkata...

acikkk...situasi kita sama tp perkara berbeza...akak setahun dik.nak dptkan surat kebebasan bayar hutang...kena ketuk org ats diorg baru terjungkit org bawah...dan dan keluar surat...acikkk jumpa org ats sng...cpt

Akif Imtiyaz berkata...

Waa typo detected ..botang tu borang laaa acik adoii emo plak sbb tu tertypo hehehe

Reena Sidek berkata...

Di sebabkan sikap sambil lewa pegawai2 mcm ni lah.. Jabatan dapat nama buruk.. Masa kta bukannya nak uruskan borang tu aja, byk lagi kerja yg nak di buat dan di sebabkan prosuder yg tak di bagitahu dgn betul, masa kt terbuang macam tu je..

Reena Sidek berkata...

Di sebabkan sikap sambil lewa pegawai2 mcm ni lah.. Jabatan dapat nama buruk.. Masa kta bukannya nak uruskan borang tu aja, byk lagi kerja yg nak di buat dan di sebabkan prosuder yg tak di bagitahu dgn betul, masa kt terbuang macam tu je..

Papaglamz berkata...

sambil lewa menyusahkan orang jer...

Engku Muzahadin berkata...

Lain kali ambik gamnbae Achik! Tu jer cara nak ajar diorg. Bila diorg tanya napa ambik gambar, cakap je nak repot pd org atasan atau kasi viral, baru padan muka!

Zizie Zack berkata...

Isk.. tak amanah langsung buat kerja.. nak kerja ke, nak berseronok tu.. disebabkan perangai dorang ni la habis semua penjawat awam dpt nama buruk.. masa zizie, xde pulak wajib bukak akaun sspn..

PeRdU cINta berkata...

Nilah dia..masalah yang tidak wajar berlaku..subhanallah..kerana nila setitik rosak susu sebelangakan..jadikan pengajaran..

Izzati Suhaide berkata...

Teruknyaa....buat kerja sambil lewa cmtu...baik tak pyh keje...

Eny Abdullah berkata...

eh kenapa diorang mintak surat postmortem pulak... mcm mcm ptptn ni

Normi Nieza berkata...

cik nor tiap2 bulan bayar balik pinjaman tp statement xpernah sampai..berapa baki ada pon cik nor tak thu..huhu

Inani Hazwani berkata...

Memang panas hati kalau kena macam tu. Kita nak cepat boleh ajdi lambat bila diorang buat kerja sambil lewa

paridah berkata...

hmm macam2 pula kerenah pegawai2 ptptn ni yer...sibuk nak dapatkan bayaran balik hutang tapi pr melayan kehendak pembayar2 hutang xtau pula...

mizz yatiey berkata...

pekerja mcm tu, kena report org atasan, nak keje ke nak main tah...tapi masih ramai yg bertanggungjawab...dlm menjalankan tugas..

Jie Susanos berkata...

adeh..skit hati btul jmpe pertugas mcm ni..

riza afzan berkata...

Memang menahan hati kalau berhadapan dengan situasi macam ni. Kita ni mengharap duit nak setelkan urusan kan? Diaorang sambil lewa.

Faziera193 berkata...

baru je aritu up pasal ptptn..tp iera kes penukaran Ujrah. Bila buat aduan kat laman web dia (yg bhgn maklum balas) baru la selesai pelarasan ujrah. Kalau tak, 7 bulan tak laras-laras lagi,,padahal borang dah diterima dan lengkap..tak tau nak kata apa..agaknya kalau tak complain kat laman web dia aritu, sampai sekarang tak laras-laras.

emalin mohd berkata...

Hopefully lepas ni setel cepat. Yelah PTPTN kan tengoh mempromosikan untuk peminjam bayar hutang kan. Kenalah beramah mesra sikit...

Mirabeads azi berkata...

macam-macam hal...sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga

Nurul Syuhaida Mustafa berkata...

Sabar aje lah berurusan dengan mereka ni

khaty aiman berkata...

perkara yang mudah apabila disusahkan jadi macam kes acik la..kesian acik dan yang lain2..

Que Achmad berkata...

abe pun pernah kena cmni, hurmmm

Que Achmad berkata...

abe pun pernah kena cmni, hurmmm

jujue berkata...

take note dah tanak pergi ptptn plentong dah kalau gini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails