Pengikut

Sabtu, 15 Ogos 2015

Cara Basuhan Ikan Mayong & Sembilang Agar Tidak Bau Hanyir


Assalamualaikum

Acik antara makluk tuhan yang suka makan dan masakan paling sedap adalah masakan dari Mak. Masakan yang paling enak di dunia waimah kalau chef termuka dunia.

Berkali acik makan kat kedai lauk kegemaran acik seperti ikan keli,ikan mayong mahupun ikan sembilang.

Tapi sayangnya semuanya buat putus selera makan kerana rasa ikan tersebut hanyir dan bau kurang enak bila di jadikan lauk. Jadi pelik kenapalah kalau mak masak di rumah ikannya langsung tak hanyir dan enak lagi ikan baru.Inilah rahsia yang mak acik bongkarkan !!

Jadi hari ini acik nak bagi tahu cara dan teknik yang betul untuk ikan tidak hanyir.

PERTAMA : Basuh ikan tersebut 3 & 4 kali.

Bila ikan hanyir ini perlu di basuh berkali-kali pastikan basuh di bahagian dalam di basuh dengan bersih. Jangan biarkan perut dan organ kotor bahagian dalaman di biarkan

KEDUA : Basuh dengan Asam Jawa

Setelah di bersihkan maka ambil asam jawa di cuci pada ikan tersebut. Cuci juga berkali.

KETIGA : Basuh dengan Limau sambal

Dah cuci guna asam jawa, cuci lagi dengan perahan limau sambal,ambillah dalam 3 atau 4 biji. Air perahan itu di bilas ikan tersebut dan cuci sekali lagi.

KEEMPAT : Basuh dengan Tepung Gandum

Ambil sedikit tepung gandung, di campur dengan air kemudian basuh sekali lagi. Bersihkan dan di cuci 2,3 kali. 

KELIMA : Bilas dengan air bersih

Akhir sekali bilas dengan air bersih dan bau sama ada bau hanyir atau tidak. Jika tidak ,maka sedia untuk di masak. Jika belum maka ada cucian yang tak bersih maka basuh lagi.

Mesti kata ishh lecehnya kena basuh berkali-kali tetapi itulah cara yang mak acik guna untuk pastikan untuk tak bau hanyir.

Selamat mencuba semua,harap membantu.

Share This!


13 ulasan:

  1. tips berguna ni Acik..thanks share! Ikan mayong masak asam pedas memang win!

    BalasPadam
  2. Hi acik. ...akak punselalu buat mcm ni...mmg ramai x tau tips2 ni kan...sbb tu x sama masakan diorv ngan mak kita..lgpun mak masak penuh kasih syg kan...

    BalasPadam
  3. ikan kalau msh berbau hanyir dimasak apa pun xsedap...ramai yg xtau tips yg diamalkan mak2 kita ni..

    BalasPadam
  4. Mak ena pun menggunakan cara yg sama untuk basuh ikan.. Tak kira la ikan jenis apa sekali pun.. Memang hilang segala bau yg kurang menyenangkan

    BalasPadam
  5. hui...banyak jugak step nya yer acik

    BalasPadam
  6. Betul setuju...boleh juga..air asam jawa+air limau nipis/limau kasturi+garam..

    BalasPadam
  7. Wah...satu panduan yang amat berguna. Tapi sesetengah orang memang maukan bau tu...hehe

    p/s: Relaks Minda kini beroperasi di blog baru di www.dammahumnib.com. Semoga ukhwah berpanjangan

    BalasPadam
  8. tips yg sama mcm ayah mentua Elly...ayah mentua pandai masak...

    jemput singgah blog Elly... ;)

    KERABU TERUNG BAKAR ~ RESIPI TURUN TEMURUN ARWAH ATOK

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum.... achik,

    bagus tip2 nie boleh amalkan ketika basuh ikan mayong atau ikan sembilang..

    mselim3

    pls: sorry achik dah lama tak visit sini...

    BalasPadam
  10. Sebaiknya begitula cara basuhan ikan tp selalu dengan tepung gandum tu skip..hehe...kalau ayam..mesti ada basuhan dengan tepung gandum.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails