Pengikut

Selasa, 25 Ogos 2015

Kucing Di Butakan Mata Tanpa Belas Kasihan



Assalamualaikum

Beberapa hari ini bertebaran gambar-gambar yang buatkan acik marah dan geram dengan sikap manusia. Gambar haiwan yang di dera secara fizikal. Mereka tiada akal fikiran seperti kita, kita yang ada ini kenapa tak gunakan kewarasan kita ?

Apa salah binatang tersebut ?

Kesian acik tengok kucing di butakan matanya dan giginya juga tiada. Allahurabbi, begitu terseksa sekali acik tengok.

Inilah namanya manusia berhati binatang , hilang kewarasan dan hilang rasa simpati.
Walaupun ketika menyembelih ayam, kambing mahupun lembu pun, binatang itu hendaklah diperlakukan dengan penuh ihsan. Sebagaimana yang disyariatkan hendaklah menggunakan pisau yang tajam serta makruh mengasah pisau di hadapan binatang yang akan disembelih dan menyembelih binatang lain di hadapannya.

Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam DOSA-DOSA besar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.” 

(Hadits riwayat Ahmad)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat mereka yang menjadikan binatang sebagai sasaran sama ada dengan melontarnya, memanahnya, menembaknya, melastiknya atau sebagainya. Perkara ini disebut dalam hadits yang diriwayatkan oleh Sa‘id bin Jubair di mana Ibnu ‘Umar pernah menegur budak-budak yang melontar burung yang dijadikan sebagai sasaran dengan berkata:

Maksudnya:
“Siapa melakukan ini, Allah melaknat siapa yang melakukan ini. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat sesiapa yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.”

(Hadits riwayat Muslim)

Penyeksaan tu salah satu kezaliman. Islam sendiri tak benarkan menzalimi manusia bahkan haiwan. Ingat !! siapa yang dah seksa haiwan tapi dia tak bertaubat, nanti dekat akhirat Allah balas balik perbuatan dia, Allah Maha Adil . Nabi Muhammad pun sayang binatang.

Semoga Allah Lembutkan hati orang yang suka menyeksa binantang. Semoga mereka mendapat hidayah.

Share This!


15 ulasan:

  1. akak pun tak paham...jahat sangat sape yang buat ni
    mata dia cungkil, gigi dia cabut
    gila agaknya orang tu
    tak sanggup akak tengok tau...kesian sangat
    apalah dosa menatang tu

    BalasPadam
  2. melampau... Apalah salah si kucing ni... Kejam manusia yyang buat semua ni...

    BalasPadam
  3. Tergamaknya lah hai si pembuat ni..

    BalasPadam
  4. td tgk kt blog mana ntah...sedih

    BalasPadam
  5. Selagi ada masa..selagi berkesempatan..BERTAUBATLAH WAHAI SI PELAKU..terus terang acik..PC sakit hati..marah..sedih..tersangat..hati PC macam dihiris hiris..kejam..zalim..

    BalasPadam
  6. " Kalau kau tak mampu nak mengasihi bangsa manusia atas alasan hati kau sering terluka. Apa pula rasionalnya kau memberi derita pada bangsa haiwan? Bukan kah kau menyemai iblis dalam hatimu yang kau kira, kau adalah bangsa paling suci? "

    BalasPadam
  7. tiada belas kasihan langsung!

    BalasPadam
  8. ya allah...cepat2 akak scroll laju-laju...kenapa la kejam sangat diorang ni...apa la dosa kucing tuh

    BalasPadam
  9. nanti teirma la balasan org yg menaganiaya tu..

    BalasPadam
  10. Astaghfiruallah...tiada hati kah si pelaku tu...kesiannya :-((

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails