Pengikut

Isnin, 24 Ogos 2015

Komunikasi Yang Berkesan Senjata Utama Menawan Kekasih Hati

Gambar hiasan
Assalamualaikum

Komunikasi adalah sesuatu yang penting dalam perhubungan mahupun interaksi sesesama insani. Kerana komunikasi itu adalah nadi kepada kehidupan kita. Komunikasi itu bukan hanya melalui perkataan tetapi ianya juga meliputi bahasa tubuh badan, bahasa isyarat dan sebagainya.

Orang selalu kata, dari mata turun ke hati tapi sebenarnya komunikasi sebagai peransang hati berfungsi.

Menjadi penghalang biasanya adalah salah faham dalam komunikasi dan mesej yang di sampaikan tidak jelas. Itu seringkali terjadi pergaduhan, pertelingkahan.

Tak pelik juga apabila melihat pasangan si cantik, dan si kacak mendapatkan pasangan yang biasa. Kita tertanya :

ilmu apa agaknya lelaki/perempuan itu gunakan untuk tawankan si kacak/si cantik tersebut.

Bila di jadi selidik, rupanya bukan hanya kerana duit semata tetapi mereka pandai dalam berkomunikasi seperti ayat romantik, lemah lembut, memahami dan sebagainya.
Mereka rasa selamat bila berada dengannya.

Lihat pentingnya komunikasi terutama interpersonal communication ,lebih tepat adalah kamunikasi dua hala.

Pekara ini tidaklah susah tetapi perlu di praktiskan

1. Menggunakan bahasa yang mudah di fahami
2. Pastikan tiada halangan yang dapat membuat mesej tidak sampai

Komunikasi melalui bahasa tubuh juga penting untuk kita mengetahui apa yang mereka rasa terutama apa yang kita ungkapkan.Kerana hasil dari percakapan kita dari reaksi mereka yang mendengar.

Elakkan salah faham dan salah mengerti kerana ianya memberi kesan yang buruk. Kadsng kerana salah faham pekara yang kecil boleh jadi besar dan masalah berlarutan.

Sebab itu ada pasangan bila mereka saling berpandangan mereka tahu apa yang di fikirkan kerana mereka mempraktikan komunikasi yang berkesan.

Statistik menunjukkan kebanyakan pasangan pada hari ini tidak mengambil berat soal komunikasi ketika melayari bahtera perkahwinan. Hal inilah yang menyebabkan mereka sering berselisih faham dan tidak menyelesaikan masalah dalam perkahwinan mereka seterusnya membawa kepada perceraian. 

Belajar untuk berkomunikasi dengan baik akan lebih mengukuhkan perhubungan anda. Komunikasi ini termasuklah dengan sentiasa mendengar apa sahaja yang diberitahu pasangan, elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah serta merumitkan keadaan dan juga sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain.



Share This!


10 ulasan:

ikhwan yusuff berkata...

betul tu acik..komukasi yang berkesan tu penting... supaya mesej yang nak disampaikan difahami..

Noriza Abdul Rahman berkata...

Ramai yang kurang faham lagi tentang bahasa tubuh ni terutama komunikasi antara suami isteri...

Mirabeads azi berkata...

kadang-kadang dah berumahtangga bertahun-tahun pun masih belajar komunikasi berkesan dengan pasangan...hehe

Isma Addi Jumbri berkata...

Perkongsian yang menarik. Ramai yang terlupa seni berkomunikasi di antara suami isteri juga perlu di 'update' selalu agar ikatan hati yang dibina terpatri rapi. Jemput juga singgah di http://travelogisma.blogspot.jp/

Papaglamz - Food Stylo Founder berkata...

Nak komunkasi terbaik mesti kena belajar. Saling mempelajri antr satu sama lainl insyllh kesepkatan dalam rumah tangga bakal di capai.. nice entri acik..!!!

Ainniah Zulkefli berkata...

setuju!
komunikasi sangat penting dalam semua hal. :)

masuri24 berkata...

Komunikasi kenalah dua hala secara toleransi

Nadia Johari berkata...

betul tu..komunikasi yang penting..

Inani Hazwani berkata...

Menarik ni :)

Haslinda Hassan Ali berkata...

komunikasi perlu jujur barulah,
tiada salah faham...kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails