Pengikut

Ahad, 23 Ogos 2015

 Sebaik-baik Perempuan Adalah Yang Murah Maharnya & Hantarannya

Gambar hiasan

Assalamualaikum

Aku nak kawin tetapi tak cukup duit, belah isteri minta hantaran RM 20 000. Dia nak buat dekat dewan, katanya nak jemput satu kampung.

Itu mungkin situasi yang hadapi oleh sebahgian lelaki di luar sana.

Mahu menikah dan berkahwin tetapi hantarannya terlalu tinggi.Memang benar ianya melihat kesungguhan lelaki tersebut sama ada serious atau tidak. Tetapi jangan terlalu tinggi.

Mak Bedah : Kau tahu anak esah kerja kilang tapi hantaran 10 K , anak aku ada degree mesti kena lebih dari itu.

” Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Islam sememangnya mudah, tetapi jangan ambil mudah. Acik faham sekarang ini,ada gst lagi kos untuk mengadakan perkahwinan kos tinggi tetapi bawalah berbincang pada kedua belah pihak.

Tapi jangan keliru mahar ini adalah mas kawin ianya berbeza dengan hantaran.Di setiap negeri telah di tetapkan mas kawinnya. Pihak lelaki harus memberi kepada pihak perempuan sebagai syarat sah nikah.

Menjadi permasalahan adalah hantarannya.Hantaran ini adalah mengikut adat melayu dan seharusnya mengikut kemampuan pihak lelaki.

Untuk perempuan,

Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta hantaran yang tinggi sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta. Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.
Seharusnya kamu mempermudahkan maharmu dan hantarannya, mempermudahkan jalan lelaki yang hendak melamarmu. Kerana ini sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam. 
Untuk lelaki,
Mudahnya seorang wanita dengan maharnya, jangan kamu meremehkan harga mahar tersebut dengan memberikan mahar ala kadar. Lantas, kemanakan kemuliaan wanita yang akan mendampingi dirimu?

Jadi fikirlah ..
Cadangan Mempercepatkan Perkahwinan
Pertama : Buat Majlis sekadar hanya menjemput sanak saudara.
Kedua : Majlis di adakan di sebelah lelaki atau perempuan
Ketiga : Duit hantaran di kongsi bersama

Keempat : Buat majlis doa selamat

Memang benar, kawin memang sekali tapi buat yang wajib itu memadai. Lakukan sebagaimana di sarankan oleh islam. Besederhanalah.

Untuk ibu bapa sanggup ke biarkan anak di biarkan tunang bertahun-tahun untuk kumpul duit untuk memenuhi kehendak ibu bapa ?

Sanggup ke tengok anak-anak berhutang bank dan sewaktu dengannya. Kata seorang sahabat, kehidupan selepas kawin lagi mencabar dan perlu kos yang tinggi, lagi-lagi baru nak mulakan kehidupan selepas berkahwin. Jadi ,fikir-fikirkanlah


Share This!


12 ulasan:

  1. Tapi sayang zaman ini zaman nafsu..zaman pertandingan..sunnah,,hukum sewenang ditolak ke tepi..ya tidak semua..tetapi segelintirnya begitu..gembira dan gahnya sehari tetapi sengsaranya sepanjang hayat..yang betul2 mampu tiada masalah tidak menjadi kudis pun..tetapi bagi yang kurang mampu namun paksa diri..disini permasalahan bermula..besederhanalah..kehidupan selepas perkahwinan lebih mencabar..percayalah..jangan zalimi anak anak dengan masalah perbelanjaan kahwin yang tertanggung..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah..memang niat nak memudahkan. Semoga ibu bapa faham keadaan anak2 mereka.

    BalasPadam
  3. apa yang penting..kebahagiaan dan hidup aman sejahtera hingga ke jannah...

    lovelyaein.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Apa yg penting adalah kehidupan selepas kahwin tersebut..

    Jemput singgah umah saya

    http://masuri24.blogspot.com/2015/08/set-kesihatan-serendah-dari-rm-100

    BalasPadam
  5. Apa yg penting adalah kehidupan selepas kahwin tersebut..

    Jemput singgah umah saya

    http://masuri24.blogspot.com/2015/08/set-kesihatan-serendah-dari-rm-100

    BalasPadam
  6. kalau hafal alquran 30 juzuk, tak pernah ditonton mana2 laki... berbaloi la jugak...

    BalasPadam
  7. kebanyakkan yg nak bernikah... seboleh2nya nk mudah... tp kehendak ibubapa yg sukar kita nak tolak.. untunglah mereka yg punya ahli keluarga yg mementingkan kesederhanaan...

    BalasPadam
  8. bersederhana dlm segala hal insyaAllah pasti Allah permudahkan...mesyuawarah perundngan digalakan utk membangunkan masjid yg kukuh teguh...jln penyelesaian sentiasa ada tu...

    BalasPadam
  9. betul ,,, bersederhana lbh baik .. ^_^

    *jemput singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com

    BalasPadam
  10. hahahha. acik. boleh ler nikah lepas ni. ramai kan perempuan skrg nak mahar rendah :p

    BalasPadam
  11. Sekarang ni memang mahar murah tetapi hantaran nampak macam memberatkan pihak suami..susahh juga tu

    BalasPadam
  12. cukupla mahar yang sederhana..supaya tak susah dikemudian hari

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails