Pengikut

Khamis, 17 Disember 2015

Pantai, Pulau Dan Air Terjun Popular Di Johor

Assalamualaikum

Ramai yang bertanya tempat-tempat yang menarik di Johor terutama pantai .Jadi acik senaraikan dahulu sedikit tempat yang sangat menarik dengan keindahan alam semulajadi.



Pantai Desaru – Tempat peranginan di Johor yang tepi pantai yang popular dikalangan warga JB dan juga orang Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti main jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia.

Pantai Stulang Laut – Pantai rekreasi yang hanya beberapa km dari bandar JB dan sesuai sebagai tempat santai-santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran di sekitarnya.

Pantai Tanjung Balau- Pantai yang menjadi tumpuan untuk camping dan melepak bersama rakan-rakan dan keluarga. Lokasinya berdekatan dengan Bandar Penawar.

Pantai Lido – Pantai rekreasi yang menjadi tumpuan warga JB untuk bersantai petang-petang melihat keindahan pantai dan matahari terbenam di waktu senja. Dari sini juga anda boleh melihat Singapura di seberang Selat Tebrau.



Pulau Sibu – Pulau kecil yang boleh anda datang bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti menyelam. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung Island. Di sini terdapat resort yang boleh anda menginap ketika bercuti nanti.



Pulau Rawa – Sebuah pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karagnya. Destinasi terbaik untuk anda snorkeling dan juga scuba diving. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah wind surfing, berkayak dan juga berkanu. Terdapat resort di sini untuk menginap seperti Le Club Resort dan Rawa Island Resort.



Pulau Dayang – Sebuah pulau yang terdiri daripada Pulau Aur, Pulau Pinang, Pulau Besar dan Pulau Pemanggi. Di sini merupakan destinasi popular untuk mereka yang nakkan aktiviti scuba diving. Hidupan marin di sini memang sangat banyak dan mudah untuk menjumpai ikan seperti spesis jerung, paus ataupun ikan pari.

Tanjung Piai, Pontian – Merupakan taman paya bakau yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Di sini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghunjung platform ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia.

Taman Negara Endau-Rompin – Merupakan taman hutan lipur atau hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara. Kaya dengan hidupan flora dan fauna dan batuan yang berusia jutaan tahun.



Air Terjun Kota Tinggi – Sebuah air terjun yang boleh dikatakan paling popular bagi warga Johor Bahru dan juga orang Singapura. Menempatkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung serta kolam buatan dan gelongsor air untuk kanak-kanak.

Gunung Ledang – Sebuah gunung yang penuh dengan cerita misteri dan menjadi salah satu destinasi untuk mereka yang suka mendaki. Terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan di kaki bukitnya terdapat tarikan pelancongan lain seperti air terjun, kemudahan resort dan kem motivasi.



Air Terjun Gunung Ledang – Sebuah air terjun yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Untuk ke sini pengunjung perlu ke Gunung Ledang Resort sebelum berjalan kaki ke lokasi air terjun.

Pantai Air Papan Mersing – Pantai peranginan yang cantik yang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai. Terdapat beberapa chalet dan resort untuk penginapan seperti Sri Mersing Resort Air Papan, Fishing Bay Resort dan Teluk Godek Beach Resort.

Pantai Tanjung Sepang Beach Resort - Pantai yang cantik untuk berkumpul bersama keluarga.Terletak di teluk ramunia dan berhampiran dengan pengerang. Terdapat chalet dengan harga berpatutan untuk beriadah seperti bbq, cycling dan sebagainya.


Share This!


5 ulasan:

  1. johor memang banyak tempat yg cantik2, tpi saya dh lama tak datang johor

    BalasPadam
  2. Banyak tempat menarik kat Johor. Dulu Sha study kat johor, tapi tak sempat explore pun. Rugi betul T_T

    BalasPadam
  3. bestnya bercuti...
    bolehla plan lps berlalunya musim tengkujuh ni.
    kalau gi sekarang tak berapa safe especially kalau nak mandi laut

    Pengalaman Menginap di Bustel Melaka

    BalasPadam
  4. SERONOKNYA BERCUTI DI JOHOR BANYAK TEMPAT PERCUTIAN YG MENARIK UTK DI KUNJUNGI...

    BalasPadam
  5. teringin sangat nak pegi pulau rawa n pulau harimau. acik boleh bawakkkan kott...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails