Pengikut

Khamis, 10 Mac 2016

Sistem Pengambilan Lesen Memandu 2016 Dan Soalan Lazim Berkaitan Lesen Memandu



Assalamualaikum

Makin ramai bertanya soal pengambilan lesen sama ada kereta mahupun motorsikal. Jadi acik tolong mana yang termampu untuk kamu.


PROSEDUR YANG PERLU ANDA LALUI UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU:

1) Mendaftar

§  Daftar nama anda untuk kemasukkan belajar sama ada di pusat memandu ataupun dengan ajen, maka segala hal di selesai agen
§  Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama bagi yang daftar terus tetapi jika mengikut agen mengikut ketetapan yang di persetujui . 

2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus (KPP01) (6 Jam)

§  Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
§  Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen Motosikal) dan genap 17 tahun  (lesen kereta)
§  Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
§  Pakaian Perempuan: Bertudung dan memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut.
§  Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal dan salinan.
§  Jadual: Kursus KPP Kereta ada pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad sahaja.  (tertaluk juga kepada negeri ) 
§   
3)Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

§  Tempat: MYEG atau di rilek berdekatan dengan anda 
§  Masa9.00 pagi – 3.00 petang
§  DokumenKad pengenalan, nombor siri buku dan RM10 (gambar)
Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.

4)Anda akan perolehi lesen LDL

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh seminggu.

5)Latihan Demo (KPP02) 
§  Kelas D 5 1/2 jam 
§  Kelas B2 9 1/2 jam
Sila bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.
6)Belajar Memandu (KPP03)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu.

Kelas D – 10 Jam 
Kelas B2/B Full – 4 Jam
Pastikan anda membawa ic dan lesen L serta berkasut

7)Ujian Penilaian (QTI)

Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.

8)Ujian Praktikal (Bagi Kereta ) 

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu.
Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)Ujian bahagian 2:
      Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit)Parking & 3 penjuru
    
    Ujian bahagian 3:
    Jalanraya

Bagi motor 

Ujian bahagian 2
i) Litar  seperti titian 8 saat, break dan sebagainya.

Ujian bahagian 3:
      i) Ujian peraturan jalan raya

8) Lesen Memandu percubaan ‘P’

Selepas lulus, Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 7 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. 


Soalan Lazim di tanyakan pada acik 

1 .Jika sudah mempunyai Lesen B2 perlukan ambil lagi ujian komputer bagi ambil lesen D  ?

Perlu bagi lesen L yang sudah lama sebelum 2014 dan sudah expired. Jika dah ada lesen motosikal dan nak tambah kereta kena ambil ujian berkomputer juga tetapi bila P untuk dah habis ,bila ada lesen kereta nanti tak perlu tampal "P".

Macam acik dah ada lesen motor nak ambil kereta kena ambil semula , hahaha

2. Rabun warna boleh ambil lesen ? 

Bagi orang rabun warna, mereka perlu menduduki Ujian Warna terlebih dahulu. Ujian warna ini compulsory dan ada dalam ujian berkomputer yang dikeluarkan oleh JPJ. Langkah pertama, perlu melalui ujian itu untuk pengesahan kalau gagal. Selagi Ujian Warna tak lulus, tak boleh ambil Ujian Penglihatan.Perlu dapatkan surat & borang daripada JPJ untuk menjalani pemeriksaan mata di klinik kerajaan sahaja dan hal seterusnya kena rujuk pusat memandu. 

3.Kalau dah ada lesen kereta, dan Sekarang nak ambil lesen motor pula, kena ambil Dari mula ke? 

Kena start dari awallah , ceramah 6jam untuk motor dan ke step yang seterusnya kerana sekarang sistem dah berubah.

4. boleh ke ambil gabungan B2 dan D ? 

2016 sistem perubah dan tiada lagi pengabungan antara lesen Motor dan kereta. Maka kena buat asing-asing mulakan dari kereta dulu atau motor dulu lepas itu baru seterusnya. 

5.Bagaimana sekiranya calon yang telah memiliki kelas lesen PDL atau CDL yang berkuatkuasa dan hadir untuk menambah kelas lesen baharu selepas tarikh cut over (cth : kelas B sedia ada dan tambah kelas kepada D, F, G, H dan I)?

   Calon akan tertakluk kepada semua proses dan peraturan baharu bagi pelaksanaan KPP berteraskan hasil pembelajaran:

  • Mendaftar permohonan tambah kelas mengikut kumpulan kelas
  • lesen Syarat mandatori memiliki buku teks KPP bagi kumpulan kelas yang dipohon
  • Menduduki kelas KPP 01 mengikut kumpulan kelas lessen
  •  Ujian bahagian 1 mengikut kumpulan kelas lesen
  • Mendapat lesen LDL selepas lulus Ujian bahagian 1 bagi kelas yang ditambah
  • Menduduki latihan KPP02 dan KPP03 (kelas D sahaja)
  • Menduduki latihan praktikal 8 jam (kelas F, G, H dan I)
  •  Ujian bahagian 2 dan 3 mengikut sistem ujian baharu (kelas D sahaja)
  •  Ujian Praktikal (kelas F, G, H dan I)

6.Bagaimana sekiranya calon yang tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu dan hadir mendaftar untuk mendapatkan lesen memandu mulai 14 Julai 2014 (selepas tarikh cut over)? 

Calon akan tertakluk kepada semua proses dan peraturan baharu bagi pelaksanaan KPP berteraskan hasil pembelajaran: 

  • Mendaftar permohonan baharu mengikut kumpulan kelas lesen 
  • Syarat mandatori memiliki buku teks KPP bagi kelas yang dipohon 
  • Menduduki kelas KPP01 mengikut kumpulan kelas lesen 
  • Ujian bahagian 1 mengikut kumpulan kelas lesen 
  • Mendapat lesen LDL selepas lulus 
  • Ujian bahagian 1 Menduduki latihan KPP02 dan KPP03 
  • Ujian bahagian 2 dan 3 mengikut sistem ujian baharu  
7. Bagaimana sekiranya calon yang telah memiliki kelas lesen PDL atau CDL berkuatkuasa dan hadir untuk menambah kelas lesen baharu selepas tarikh cut over (cth: kelas D sedia ada dan tambah kelas kepada E, F, G, H, I)? 

Calon hanya tertakluk kepada proses dan peraturan baharu bagi pelaksanaan KPP berteraskan hasil pembelajaran seperti berikut: 

  • Mendaftar permohonan tambah kelas mengikut kumpulan kelas lesen bagi pengeluaran LDL di kaunter JPJ 
  • Tidak perlu memiliki buku teks KPP bagi kelas yang dipohon 
  • Tidak perlu menduduki kelas KPP kerana persamaan kumpulan kelas 
  • Tidak perlu menduduki ujian bahagian 1 Bagi tambah kelas E, perlu menduduki kelas Pra-L sebelum mendapat LDL. 
  • Bagi tambah kelas F, G, H atau I tidak perlu menduduki kelas Pra-L Menduduki latihan praktikal 8 jam. 
  • Menduduki sesi pra-ujian bagi kelas E sahaja Menduduki Ujian Praktikal



Share This!


16 ulasan:

  1. BAGUS PERKONGSIANNYA..KPD YG BELUM ADA LSEN MEMANDU PERLU AMBIL TAHU SEMUA TU...

    BalasPadam
  2. Kena ambik tahu benda2 ni semua..alhamdulillah satu perkongsian yg baik acik

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...Tuan saya nak bertanya,saya ada lesen B2 adakah saya kena mengambil semula ujian komputer sekiranya saya ingin mengambil lesen memandu kelas D..?

    BalasPadam
  4. Nak tanya ada tak sebab2 yang boleh menyebabkan kita tidak boleh ambil lesen...umur 30 tahun.

    BalasPadam
  5. Salam nak tnya. Masa nak ambik test komputer tak perlu bayar yuran apa2 lagi kan? Just pegi test dulu if lulus baru book n byar utk kpp02 kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,standy by RM 10 untuk ambil gambar masa ujian kumputer

      Padam
  6. adakah ujian kpp motorsikal sama dengan kpp kereta

    BalasPadam
  7. adakah ujian kpp motorsikal sama dengan kpp kereta

    BalasPadam
  8. adakah ujian kpp motorsikal sama dengan kpp kereta

    BalasPadam
  9. Salam, saya ada L untuk manual tapi saya nak tukar kepada auto boleh ke? Dan saya belajar memandu di Jb jd bercadang nk bertukar ke Selangor sbb saya mengaji disana boleh ke?

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Salam.. contoh kalau dah lulus test JPJ hari ni, esoknya dah boleh buat lesen JPJ tak? Bawak IC, lesen L dan slip lulus dari JPJ je kan?

    BalasPadam
  12. Salam..ada x cara nak ambik lesen kereta lebih awal daripada had umur yg ditetapkan?

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails