Assalamualaikum
Makin ramai bertanya soal pengambilan lesen sama ada kereta mahupun
motorsikal. Jadi acik tolong mana yang termampu untuk kamu.
PROSEDUR YANG PERLU ANDA
LALUI UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU:
1) Mendaftar
§ Daftar nama anda untuk kemasukkan
belajar sama ada di pusat memandu ataupun dengan ajen, maka segala hal di
selesai agen
§ Daftar, bayar dan terus masuk kursus
KPP pada hari yang sama bagi yang daftar terus tetapi jika mengikut agen
mengikut ketetapan yang di persetujui .
2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus
(KPP01) (6 Jam)
§ Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
§ Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen
Motosikal) dan genap 17 tahun (lesen kereta)
§ Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan
memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
§ Pakaian Perempuan: Bertudung dan
memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak
dibenarkan memakai skirt paras lutut.
§ Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal
dan salinan.
§ Jadual: Kursus KPP Kereta ada
pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad
sahaja. (tertaluk juga kepada negeri )
§
3)Ujian bahagian 1: Undang-undang
berkomputer (1 jam)
§ Tempat: MYEG atau di rilek
berdekatan dengan anda
§ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
§ Dokumen: Kad pengenalan, nombor siri
buku dan RM10 (gambar)
Jika anda hanya mengambil 1 kelas
lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang
perlu anda perolehi adalah 42/50.
4)Anda akan perolehi lesen LDL
Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh
seminggu.
5)Latihan
Demo (KPP02)
§ Kelas D 5 1/2 jam
§ Kelas B2 9 1/2 jam
Sila
bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah
ditetapkan.
6)Belajar Memandu (KPP03)
Belajar memandu adalah fleksibel dan
anda boleh booking belajar memandu.
Kelas D – 10 Jam
Kelas B2/B Full – 4 Jam
Pastikan anda membawa ic dan lesen L
serta berkasut
7)Ujian Penilaian (QTI)
Calon
hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi
syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.
8)Ujian Praktikal (Bagi Kereta )
Ujian praktikal dengan JPJ akan
diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu.
Ujian-ujian yang anda perlu lalui
adalah:
a)Ujian bahagian 2:
Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit)Parking
& 3 penjuru
Ujian
bahagian 3:
Jalanraya
Bagi motor
Ujian bahagian 2
i) Litar
seperti titian 8 saat, break dan sebagainya.
Ujian bahagian 3:
i) Ujian peraturan jalan raya
8) Lesen
Memandu percubaan ‘P’
Selepas lulus, Lesen P anda akan siap
dalam masa 1 ke 7 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya
dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya.
Soalan Lazim di tanyakan pada
acik
1 .Jika sudah mempunyai Lesen B2
perlukan ambil lagi ujian komputer bagi ambil lesen D ?
Perlu bagi lesen L yang sudah lama
sebelum 2014 dan sudah expired. Jika dah ada lesen motosikal dan nak
tambah kereta kena ambil ujian berkomputer juga tetapi bila P untuk dah habis
,bila ada lesen kereta nanti tak perlu tampal "P".
Macam acik dah ada
lesen motor nak ambil kereta kena ambil semula , hahaha
2. Rabun warna boleh
ambil lesen ?
Bagi orang rabun
warna, mereka perlu menduduki Ujian Warna terlebih dahulu. Ujian warna
ini compulsory dan ada dalam ujian berkomputer yang dikeluarkan oleh
JPJ. Langkah pertama, perlu melalui ujian itu untuk pengesahan kalau gagal.
Selagi Ujian Warna tak lulus, tak boleh ambil Ujian Penglihatan.Perlu dapatkan
surat & borang daripada JPJ untuk menjalani pemeriksaan mata
di klinik kerajaan sahaja dan hal seterusnya kena rujuk pusat
memandu.
3.Kalau dah ada lesen kereta, dan
Sekarang nak ambil lesen motor pula, kena ambil Dari mula ke?
Kena start dari
awallah , ceramah 6jam untuk motor dan ke step yang seterusnya kerana sekarang
sistem dah berubah.
4. boleh ke ambil
gabungan B2 dan D ?
2016 sistem perubah
dan tiada lagi pengabungan antara lesen Motor dan kereta. Maka kena buat
asing-asing mulakan dari kereta dulu atau motor dulu lepas itu baru
seterusnya.
5.Bagaimana sekiranya
calon yang telah memiliki kelas lesen PDL atau CDL yang berkuatkuasa dan hadir
untuk menambah kelas lesen baharu selepas tarikh cut over (cth : kelas B sedia
ada dan tambah kelas kepada D, F, G, H dan I)?
Calon akan tertakluk kepada semua proses dan peraturan
baharu bagi pelaksanaan KPP berteraskan hasil pembelajaran:
- Mendaftar
permohonan tambah kelas mengikut kumpulan kelas
- lesen
Syarat mandatori memiliki buku teks KPP bagi kumpulan kelas yang dipohon
- Menduduki
kelas KPP 01 mengikut kumpulan kelas lessen
- Ujian
bahagian 1 mengikut kumpulan kelas lesen
- Mendapat
lesen LDL selepas lulus Ujian bahagian 1 bagi kelas yang ditambah
- Menduduki
latihan KPP02 dan KPP03 (kelas D sahaja)
- Menduduki
latihan praktikal 8 jam (kelas F, G, H dan I)
- Ujian
bahagian 2 dan 3 mengikut sistem ujian baharu (kelas D sahaja)
- Ujian
Praktikal (kelas F, G, H dan I)
6.Bagaimana sekiranya
calon yang tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu dan hadir mendaftar untuk
mendapatkan lesen memandu mulai 14 Julai 2014 (selepas tarikh cut over)?
Calon akan tertakluk
kepada semua proses dan peraturan baharu bagi pelaksanaan KPP berteraskan hasil
pembelajaran:
- Mendaftar
permohonan baharu mengikut kumpulan kelas lesen
- Syarat
mandatori memiliki buku teks KPP bagi kelas yang dipohon
- Menduduki
kelas KPP01 mengikut kumpulan kelas lesen
- Ujian
bahagian 1 mengikut kumpulan kelas lesen
- Mendapat
lesen LDL selepas lulus
- Ujian
bahagian 1 Menduduki latihan KPP02 dan KPP03
- Ujian
bahagian 2 dan 3 mengikut sistem ujian baharu
7. Bagaimana sekiranya calon yang telah memiliki kelas lesen PDL atau
CDL berkuatkuasa dan hadir untuk menambah kelas lesen baharu selepas tarikh cut
over (cth: kelas D sedia ada dan tambah kelas kepada E, F, G, H, I)?
Calon hanya tertakluk kepada proses dan peraturan baharu bagi
pelaksanaan KPP berteraskan hasil pembelajaran seperti berikut:
- Mendaftar
permohonan tambah kelas mengikut kumpulan kelas lesen bagi pengeluaran LDL
di kaunter JPJ
- Tidak
perlu memiliki buku teks KPP bagi kelas yang dipohon
- Tidak
perlu menduduki kelas KPP kerana persamaan kumpulan kelas
- Tidak
perlu menduduki ujian bahagian 1 Bagi tambah kelas E, perlu menduduki
kelas Pra-L sebelum mendapat LDL.
- Bagi
tambah kelas F, G, H atau I tidak perlu menduduki kelas Pra-L Menduduki
latihan praktikal 8 jam.
- Menduduki
sesi pra-ujian bagi kelas E sahaja Menduduki Ujian Praktikal
20 ulasan:
BAGUS PERKONGSIANNYA..KPD YG BELUM ADA LSEN MEMANDU PERLU AMBIL TAHU SEMUA TU...
Kena ambik tahu benda2 ni semua..alhamdulillah satu perkongsian yg baik acik
Assalamualaikum...Tuan saya nak bertanya,saya ada lesen B2 adakah saya kena mengambil semula ujian komputer sekiranya saya ingin mengambil lesen memandu kelas D..?
Kalau dri b2 nk upgrade B full?
Kalau dri b2 nk upgrade B full?
Nak tanya ada tak sebab2 yang boleh menyebabkan kita tidak boleh ambil lesen...umur 30 tahun.
Salam nak tnya. Masa nak ambik test komputer tak perlu bayar yuran apa2 lagi kan? Just pegi test dulu if lulus baru book n byar utk kpp02 kan?
Waalaikumusalam,standy by RM 10 untuk ambil gambar masa ujian kumputer
Jika buta warna yg kronik
adakah ujian kpp motorsikal sama dengan kpp kereta
adakah ujian kpp motorsikal sama dengan kpp kereta
adakah ujian kpp motorsikal sama dengan kpp kereta
Salam, saya ada L untuk manual tapi saya nak tukar kepada auto boleh ke? Dan saya belajar memandu di Jb jd bercadang nk bertukar ke Selangor sbb saya mengaji disana boleh ke?
Salam.. contoh kalau dah lulus test JPJ hari ni, esoknya dah boleh buat lesen JPJ tak? Bawak IC, lesen L dan slip lulus dari JPJ je kan?
Salam..ada x cara nak ambik lesen kereta lebih awal daripada had umur yg ditetapkan?
Saya nak tanya.. pelik la.. saya cancle class test drive sebab ada emergency case.. then sekarang diorang nak charge sy untuk class yang saya tak attend.. boleh ke diorang buat macam tu? Sebab setahu saya diorang memang kena ikut masa student kan?? Kalau student takleh harini then skip jela kan??
@maszwin kebiasanya class atau bagaimana di booking jadi biasa memang charge.
If nak ikut jadual waktu , tu kena inform dengan agent atau boleh direct sendiri uruskan
Ni kes saya ambil lesen kereta dgn mtoskal serentak, mulanya sy fikir table test tu diasingkn, mksud sy td, da 2 table test, 1 table test utk mtoskal, 1 lgi kreta, rupa2nya da table test gabungan kreta dgn mtoskal, tetapi mslahnya skrang, sy tlah lulus table test utk mtoskal, ni nak prgi ambil table test utk kreta, mcm mana lh?? Ada kh prlu ambil smula table test utk gabungan kreta dgn mtoskal?? B dan D
legit online dispensary shipping worldwide
legit online dispensary shipping worldwide
most trusted online dispensaries ship all 50 states
Catat Ulasan